14/07/2025
Jabatan Kesihatan Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sambutan dan penglibatan semua pihak dalam program sempena Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia, Hari Tuberkulosis Sedunia dan Pelancaran Ops Cakna Peringkat Negeri Johor Tahun 2025 yang telah berlangsung dengan jayanya pada 12 Julai 2025 bertempat di IOI Mall, Kulai, Johor. Bertemakan "Disebalik Daya Tarikan: Dedah Taktik Industri Produk Merokok", program ini menjadi landasan utama dalam memperkukuh mesej advokasi kesihatan serta membongkar strategi industri produk merokok yang menyasarkan masyarakat umum, khususnya golongan muda.
Antara pengisian utama ialah aktiviti โWalkabout BeBAsโ bersama di premis makanan yang terdapat di dalam IOI Mall Kulai, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, 'explorace', pameran interaktif, forum kesihatan dan persembahan pentas. Saksikan detik-detik menarik sepanjang hari kejadian menerusi koleksi gambar yang dikongsikan ini. Terima kasih atas sokongan berterusan semua pihak dalam menjayakan agenda kesihatan awam ke arah Johor yang lebih sihat, bebas rokok dan berinformasi.
Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit
Jabatan Kesihatan Negeri Johor (Bahagian Kesihatan Awam)