Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor

 Ahad | 14 Jun 2026 | Pusat Latihan Wilayah Selatan (PULAPAS)MAJLIS PENUTUPAN PERKHEMAHAN UJIAN KENAIKAN PANGKAT SARJAN ...
14/06/2026



Ahad | 14 Jun 2026 | Pusat Latihan Wilayah Selatan (PULAPAS)

MAJLIS PENUTUPAN PERKHEMAHAN UJIAN KENAIKAN PANGKAT SARJAN KADET SEKOLAH PERTAHANAN AWAM (KASPA) PERINGKAT APM NEGERI JOHOR TAHUN 2026

Dirasmikan oleh, YS. TPj. (PA) Kamal bin Mokhtar, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Johor. Turut hadir Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Kamal bin Ahmad Utong, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Johor; Lt. M (PA) Muhammad Fahmi bin Fitri, Pegawai Pulapas; Pegawai-Pegawai Pertahanan Awam Daerah, Jurulatih, Pegawai Teknikal dan Guru Pengiring.

Program ini telah melabuhkan tirainya dengan jayanya setelah berlangsung selama tiga hari dua malam, menghimpunkan para kadet dalam pelbagai aktiviti latihan, penilaian kemahiran dan pembangunan.

Seramai 36 orang pelajar telah menyertai program ini dan berjaya menamatkan keseluruhan ujian serta aktiviti yang telah dirancang. Diharapkan pengalaman dan ilmu yang diperoleh sepanjang perkhemahan ini akan menjadi asas kepada pembentukan generasi pemimpin muda yang berintegriti, berwibawa dan sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat.

©️ Media APM Johor















LATIHANSabtu | 13 Jun 2026 | Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS)PERKHEMAHAN UJIAN KENAIKAN PANGKAT S...
13/06/2026

LATIHAN

Sabtu | 13 Jun 2026 | Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS)

PERKHEMAHAN UJIAN KENAIKAN PANGKAT SARJAN KADET SEKOLAH PERTAHANAN AWAM (KASPA) PERINGKAT APM NEGERI JOHOR TAHUN 2026

Hari kedua Perkhemahan Ujian Kenaikan Pangkat Sarjan Kadet Sekolah Pertahanan Awam (KASPA) Peringkat APM Negeri Johor Tahun 2026 yang menghimpunkan seramai 36 orang pelajar dari seluruh negeri Johor.

Para kadet diuji dengan kemahiran kawad kaki, kemahiran menyelamat, kemahiran melawan kebakaran dan kemahiran pertolongan cemas.

Ujian ini bukan sahaja menguji keupayaan fizikal dan mental para kadet, malah turut membentuk sahsiah, semangat kerjasama, jati diri serta nilai kepimpinan yang tinggi selaras dengan aspirasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam melahirkan generasi muda yang berdisiplin, berintegriti dan sentiasa bersedia berkhidmat kepada masyarakat.

Semoga program ini dapat melahirkan lebih ramai pemimpin muda KASPA yang berwibawa serta mampu menjadi aset penting dalam usaha memperkukuhkan kesiapsiagaan komuniti terhadap sebarang bentuk kecemasan dan bencana.

©️ Media APM Johor















13/06/2026
13/06/2026
 Jumaat | 12 Jun 2026 | Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS)PERKHEMAHAN UJIAN KENAIKAN PANGKAT SARJAN...
12/06/2026



Jumaat | 12 Jun 2026 | Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS)

PERKHEMAHAN UJIAN KENAIKAN PANGKAT SARJAN, KADET SEKOLAH PERTAHANAN AWAM (KASPA) PERINGKAT APM NEGERI JOHOR TAHUN 2026

Telah berlangsung Perkhemahan Ujian Kenaikan Pangkat Sarjan, Kadet Sekolah Pertahanan Awam (KASPA) Peringkat APM Negeri Johor Tahun 2026 yang melibatkan penyertaan kadet-kadet sekolah pertahanan awam dari seluruh negeri Johor.

Sepanjang perkhemahan ini, para peserta telah menjalani pelbagai latihan dan penilaian yang merangkumi ujian kemahiran, ujian bertulis serta aktiviti berkaitan pertahanan awam yang bertujuan mengukur tahap pengetahuan, kecekapan dan kepimpinan kadet. Program ini merupakan salah satu platform penting dalam melahirkan generasi kadet yang berdisiplin, berdaya saing serta memiliki semangat kesukarelawanan yang tinggi.

Selain menguji kompetensi peserta bagi melayakkan mereka ke kenaikan pangkat Sarjan KASPA, perkhemahan ini turut memberi pendedahan kepada aspek kesiapsiagaan bencana, pengurusan kecemasan, kerja berpasukan serta pembentukan sahsiah yang cemerlang selaras dengan aspirasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dalam melahirkan masyarakat yang peka, berdaya tahan dan bersedia menghadapi sebarang situasi kecemasan.

©️ Media APM Johor















12/06/2026
 KHAMIS | 11 JUN 2026 | DESARU COASTTAKLIMAT ARAHAN NADMA NO. 01Lt. Kol. (PA) Mohd Huzaimi bin Raup, Timbalan Pengarah A...
11/06/2026



KHAMIS | 11 JUN 2026 | DESARU COAST

TAKLIMAT ARAHAN NADMA NO. 01

Lt. Kol. (PA) Mohd Huzaimi bin Raup, Timbalan Pengarah APM Negeri Johor, telah dijemput sebagai penceramah bagi menyampaikan taklimat berkenaan Arahan NADMA No. 01. Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan serta pemahaman yang lebih jelas mengenai dasar, peranan, fungsi dan mekanisme pengurusan bencana negara yang digariskan di bawah Arahan NADMA No. 01.

Sesi perkongsian ini turut menekankan kepentingan penyelarasan tindakan antara agensi-agensi berkaitan dalam menghadapi sebarang insiden kecemasan dan bencana, selaras dengan usaha memperkukuhkan kesiapsiagaan, kecekapan pengurusan serta tindak balas yang bersepadu demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

Program ini menjadi platform penting dalam meningkatkan kefahaman peserta terhadap struktur pengurusan bencana negara serta peranan setiap agensi dalam memastikan pelaksanaan tindakan yang efektif dan tersusun ketika menghadapi situasi kecemasan.

©️ Media APM Johor















 KHAMIS | 11 JUN 2026 | PADANG SERBAGUNA TAMAN PUTRI, KULAILATIHAN KECERGASAN FIZIKAL SEMPENA LATIHAN BULANAN APM NEGERI...
11/06/2026



KHAMIS | 11 JUN 2026 | PADANG SERBAGUNA TAMAN PUTRI, KULAI

LATIHAN KECERGASAN FIZIKAL SEMPENA LATIHAN BULANAN APM NEGERI JOHOR SERTA SESI PENCARIAN DAN PEMILIHAN BAKAT PEMAIN BOLA SEPAK BAGI APM NEGERI JOHOR.

Latihan ini bertujuan meningkatkan tahap kecergasan fizikal, daya tahan serta semangat kerja berpasukan dalam kalangan pegawai dan anggota. Pada masa yang sama, sesi pemilihan bakat turut diadakan bagi mengenal pasti pemain-pemain berpotensi untuk memperkukuhkan pasukan bola sepak APM Negeri Johor dalam pertandingan yang akan datang.

©️ Media APM Johor















Address

Jabatan Perdana Menteri, Plot 1, Jalan Kempas 5/3, Kawasan Perindustrian Tampoi
Johor Bahru
81200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor:

Share