06/05/2026
Mesyuarat Entrance Audit Pengurusan Kewangan Pejabat Tanah Daerah Muar ๐
Telah berlangsung Mesyuarat Entrance Audit Pengurusan Kewangan di Pejabat Tanah Daerah Muar pada 5 Mei 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Tanah Daerah Muar. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Berusaha Encik Mohd Hisam bin Said, Pentadbir Tanah Daerah serta diwakili para Penolong Pentadbir Tanah dan turut dihadiri oleh Puan Noor Nabilah binti Masnawi, Penolong Ketua Audit Dalam (Negeri), Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor bagi membentangkan tujuan audit.
Sesi ini bertujuan memberikan penerangan menyeluruh kepada pihak auditi mengenai lapan kawalan utama dalam pengurusan kewangan. Taklimat ini penting bagi memastikan setiap prosedur yang dilaksanakan selaras dengan piawaian yang ditetapkan serta mematuhi peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa.
Adalah menjadi harapan agar proses audit ini dapat memperkukuh sistem kawalan dalaman serta mengenal pasti ruang penambahbaikan bagi mengekalkan kecemerlangan tadbir urus di Pejabat Tanah Daerah Muar.