14/05/2026
Terima kasih kepada delegasi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang diketuai oleh YB Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, atas kesudian hadir ke Kota Iskandar bagi mengadakan sesi perbincangan, penyelarasan serta memperkukuh kerjasama berkaitan pembangunan sektor pertanian dan agromakanan negara.
Dalam memastikan Johor terus menerajui sektor pertanian negara, pelbagai cabaran semasa perlu terus diberi perhatian dan diperhalusi secara bersama. Antara perkara yang dibincangkan dalam sesi ini termasuk usaha mengekalkan dan memperkasa Zon Pengeluaran Makanan sebagai kawasan strategik pertanian negeri, di samping menambah baik ekosistem serta memudah cara persekitaran perniagaan (ease of doing business) khususnya melibatkan proses Kebenaran Merancang (KM), terutamanya bagi industri ternakan unggas.
Kerajaan Negeri Johor komited untuk terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan dan semua pihak berkepentingan dalam memastikan agenda keterjaminan makanan, pembangunan industri agromakanan serta pertumbuhan sektor pertanian dapat majukan demi manfaat rakyat dan negara.