05/06/2026
MAKLUMAN RASMI
SERAHAN BAKI BANTUAN KASIH JOHOR 4.0
DI BAWAH YPKDT
Dimaklumkan bahawa YPKDT akan melaksanakan serahan baki Bantuan Kasih Johor 4.0 kepada penerima yang layak tetapi tidak hadir semasa sesi penyerahan yang telah dijadualkan sebelum ini bagi kategori:
✅ Bantuan Suri Rumah Tidak Bekerja
✅ Bantuan Pasangan Baru Berkahwin (Bukan Islam)
PERHATIAN PENERIMA
📞 Penerima yang terlibat akan dihubungi semula oleh pihak urus setia kami bagi memaklumkan tarikh, masa dan kaedah serahan yang ditetapkan sama ada melalui:
* Panggilan Telefon
* WhatsApp
* SMS
WAKIL DIBENARKAN
Sekiranya penerima tidak dapat hadir, penebusan boleh diwakilkan kepada:
👨 Suami / Isteri
👨🦳 Ibu / Bapa
(Bawa salinan ic wakil dan dokumen penerima)
RUJUKAN MAKLUMAT
📱 Sila rujuk saluran media sosial rasmi YPKDT atau hubungi Pejabat YPKDT Daerah untuk mendapatkan maklumat terkini.
⚠️ Jangan mudah terpengaruh dengan maklumat yang tidak disahkan.
Kerjasama semua penerima amat dihargai.
Pengurusan
Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim