Persatuan Kebajikan Sinar Mulia Johor Bahru

Persatuan Kebajikan Sinar Mulia Johor Bahru Juga diharapkan semoga usaha kita mampu meringankan sedikit kesusahan yang dialami oleh golongan yang kurang bernasib baik dan yang amat memerlukan.

Persatuan Kebajikan Sinar Mulia Johor Bahru (PPM-011-01-17102019) tampil untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga / individu yang amat memerlukan makanan, barangan keperluan, akses inisiatif kerajaan dan khidmat kaunseling. 'Kembalikan Keindahan Senyuman Bersama'

Segala usaha kita bersama adalah salah satu bukti momentum keprihatinan di Malaysia tanpa mengira latar belakang diri dalam menghulur

kan sumbangan. Di samping itu, marilah kita sama-sama dapat merasai dan menghayati keindahan senyuman penerima dengan bantuan yang kita mampu berikan ini.

Program Sumbangan Kasih: Pengagihan Bubur Lambuk Sempena RamadhanPersatuan Kebajikan Sinar Mulia Johor Bahru (PKSMJB) te...
10/03/2026

Program Sumbangan Kasih: Pengagihan Bubur Lambuk Sempena Ramadhan

Persatuan Kebajikan Sinar Mulia Johor Bahru (PKSMJB) telah melaksanakan Program Sumbangan Kasih: Pengagihan Bubur Lambuk sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dengan kerjasama Surau Al-Hafiz.

Melalui program ini, PKSM telah menyalurkan sedikit sumbangan bagi penyediaan bubur lambuk yang kemudiannya diagihkan kepada para penganut agama Islam serta masyarakat setempat di sekitar Taman Desa Jaya, termasuk para jemaah yang hadir ke Surau Al-Hafiz.

Program ini telah berlangsung pada 08 Mac 2026 (Ahad) di Surau Al-Hafiz, Jalan Permatang 31, Taman Desa Jaya, di mana proses penyediaan bubur lambuk dilakukan secara gotong-royong sepanjang hari dan pengagihan kepada masyarakat telah dijalankan pada jam 2.00 petang.

Semoga usaha kecil ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat serta membawa keberkatan kepada semua pihak yang terlibat.

Pengedaran Hampers di kawasan Tebrau sempena Hari Deepavali. Selamat Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang me...
19/10/2025

Pengedaran Hampers di kawasan Tebrau sempena Hari Deepavali.

Selamat Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang meraikannya. Teruslah menyinari negara dengan semangat perpaduan.
#2025

Selamat Hari Malaysia🇲🇾
16/09/2025

Selamat Hari Malaysia🇲🇾

Address

Johor Bahru
81100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Kebajikan Sinar Mulia Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Kebajikan Sinar Mulia Johor Bahru:

Share

Category