13/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
Leadership Institute of Sarawak Civil Service (LISCS) telah menerima kunjungan delegasi daripada Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (APTNJ) pada 13 Mei 2026 (Rabu) seramai 15 orang bagi sesi lawatan penanda aras berkaitan pembangunan kompetensi, latihan dan pembangunan modal insan sektor awam.
Delegasi telah disambut mesra oleh Chief Executive Officer LISCS, Datu Dr. Haji Azhar bin Haji Ahmad, diikuti sesi pengenalan delegasi yang diketuai oleh Ketua Pengurus Operasi APTNJ, Encik Herman bin Raban.
Turut hadir ialah Puan Hairulnisha, Ketua Penolong Setiausaha (Unit Perkhidmatan), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia; Tuan Haji Muhammad Shahril Azizi, Ketua Unit, Unit Audit Dalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor; serta wakil daripada pihak ICT@Johor, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.
Sesi penerangan telah disampaikan oleh Puan Diana Marie Capel, HOD Corporate Affairs LISCS, yang merangkumi sejarah penubuhan LISCS sebagai institusi pembangunan kepimpinan dan kompetensi Perkhidmatan Awam Sarawak serta peranan strategiknya sebagai pemangkin pembangunan kompetensi penjawat awam.
Turut dikongsikan adalah pendekatan Integrated Training and Development Flow Model yang merangkumi proses analisis keperluan latihan, penyelidikan dan pembangunan, pemprofilan kump**an sasaran, pelaksanaan latihan serta penilaian dan pengukuran impak program. Selain itu, delegasi turut didedahkan dengan Competency Development Factors berasaskan konsep 70:20:10 yang menekankan pembelajaran melalui pengalaman, pendedahan sosial dan pendidikan formal.
Lawatan ini menjadi platform terbaik dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik serta perkongsian amalan terbaik antara kedua-dua institusi dalam usaha memperkasa pembangunan bakat dan kepimpinan sektor awam.