07/05/2026
π
πππππ ππππππ ππππ πππππππππππ πππ, ππππππππ πππππππ πππππ πππππππ πππππ πππππππππ ππππ
πππ ππππππ
KUALA LUMPUR, 5 Mei 2026 β FELCRA Berhad menyambut baik pengumuman Kerajaan mengenai pelaksanaan biodiesel B15 bermula 1 Jun ini sebagai langkah berperingkat dalam memperkukuh penggunaan sawit negara serta menyokong agenda tenaga yang lebih mampan.
Pengerusi FELCRA Berhad, Datoβ Sri Ahmad Jazlan Yaakub berkata, pelaksanaan biodiesel B15 dilihat sebagai perkembangan positif kepada industri sawit negara, khususnya dalam memperkukuh rantaian nilai komoditi yang memberi manfaat kepada masyarakat luar bandar dan peserta FELCRA.
βLangkah ini memberi isyarat bahawa sektor sawit terus memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Apabila permintaan terhadap produk sawit diperkukuh secara berperingkat dan terkawal, ia berpotensi memberi impak positif kepada keseluruhan ekosistem industri serta komuniti yang bergantung kepada sektor ini,β katanya.
Beliau berkata, pendekatan Kerajaan yang melaksanakan B15 secara berfasa juga wajar dilihat sebagai langkah seimbang bagi memastikan kestabilan pasaran, keperluan industri dan kepentingan rakyat terus diberi perhatian.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, Mohamed Ismi Abdul Majid berkata, walaupun FELCRA tidak terlibat secara langsung dalam pengeluaran biodiesel, FELCRA memainkan peranan penting dalam membekalkan hasil sawit dan bahan mentah berkaitan yang menyokong industri biofuel negara.
βMelalui operasi perladangan dan pemprosesan sawit, FELCRA turut menghasilkan bahan mentah berkaitan seperti POME Oil dan Palm Kernel Shells (PKS). Pensijilan International Sustainability and Carbon Certification (ISCC) bagi produk-produk ini memperkukuh kedudukan FELCRA sebagai pembekal bahan mentah lestari yang mematuhi piawaian antarabangsa, termasuk dalam rantaian bekalan biofuel dan Sustainable Aviation Fuel (SAF),β katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa operasi kilang sawit FELCRA menghasilkan produk sampingan dan bahan berkaitan seperti sludge oil, PKS dan POME Oil yang disalurkan kepada pemain industri yang terlibat dalam ekosistem biofuel dan ekonomi kitaran.
Menurut beliau, perkembangan tersebut selari dengan usaha FELCRA dalam memperkukuh pendekatan kelestarian, waste-to-wealth dan pengurangan pelepasan karbon menerusi operasi pemprosesan kelapa sawit.
FELCRA komited untuk terus menyokong agenda pembangunan negara melalui pendekatan yang strategik, mampan dan berpaksikan manfaat kepada masyarakat luar bandar selaras dengan tema sambutan 60 tahun, Membina Masa Depan.
βDari hasil ladang, untuk manfaat rakyat.β
Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi Korporat FELCRA Berhad
Tel: 03-4145 5440