MAQIS JOHOR

MAQIS JOHOR Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Negeri Johor

๐๐„๐๐†๐ˆ๐Œ๐๐Ž๐‘๐“๐€๐ ๐Œ๐ˆ๐Š๐‘๐Ž๐Ž๐‘๐†๐€๐๐ˆ๐’๐Œ๐€ & ๐๐€๐‡๐€๐ ๐Ž๐‘๐†๐€๐๐€๐ (๐Œ๐Ž๐๐Ž) ๐Š๐„ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€Pengimportan MOBO ke Malaysia adalah dibenarkan tertakluk ...
12/05/2026

๐๐„๐๐†๐ˆ๐Œ๐๐Ž๐‘๐“๐€๐ ๐Œ๐ˆ๐Š๐‘๐Ž๐Ž๐‘๐†๐€๐๐ˆ๐’๐Œ๐€ & ๐๐€๐‡๐€๐ ๐Ž๐‘๐†๐€๐๐€๐ (๐Œ๐Ž๐๐Ž) ๐Š๐„ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

Pengimportan MOBO ke Malaysia adalah dibenarkan tertakluk kepada syarat dan kelulusan pihak berkuasa berkaitan.

i) Bahan Organan
Merangkumi bahan yang mengandungi tinja haiwan atau tidak.

Keperluan:
โ€ข Permit Import MAQIS
โ€ข Kelulusan pengimportan daripada DOA/DVS

Tujuan:
โ€ข Komersial
โ€ข Penyelidikan berkaitan pertanian

Contoh:
โ€ข Baja organik
โ€ข Baja bio
โ€ข Plant growth promoting
โ€ข Root growth promoting
โ€ข Soil conditioner / soil amendment

ii) Mikroorganisma
Melibatkan mikroorganisma patogenik (pathogenic microbes) atau mikroorganisma berfaedah (beneficial microorganisms).

Keperluan:
โ€ข Permit Import MAQIS
โ€ข Kelulusan pengimportan daripada DOA

Tujuan:
โ€ข Penyelidikan berkaitan pertanian sahaja.










๐๐„๐‘๐Œ๐Ž๐‡๐Ž๐๐€๐ ๐Š๐„๐‹๐”๐‹๐”๐’๐€๐ ๐๐‘๐„๐Œ๐ˆ๐’ ๐Š๐”๐€๐‘๐€๐๐“๐ˆ๐ ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐๐€๐†๐ˆ ๐“๐”๐‰๐”๐€๐ ๐ˆ๐Œ๐๐Ž๐‘๐“/๐„๐Š๐’๐๐Ž๐‘๐“Pemohon yang ingin mendapatkan kelulusan premis kua...
12/05/2026

๐๐„๐‘๐Œ๐Ž๐‡๐Ž๐๐€๐ ๐Š๐„๐‹๐”๐‹๐”๐’๐€๐ ๐๐‘๐„๐Œ๐ˆ๐’ ๐Š๐”๐€๐‘๐€๐๐“๐ˆ๐ ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐๐€๐†๐ˆ ๐“๐”๐‰๐”๐€๐ ๐ˆ๐Œ๐๐Ž๐‘๐“/๐„๐Š๐’๐๐Ž๐‘๐“

Pemohon yang ingin mendapatkan kelulusan premis kuarantin ikan bagi tujuan import atau eksport hendaklah:

โœ… Mendapatkan Borang Permohonan MKI-01 daripada Bahagian Kuarantin atau Pejabat MAQIS Negeri dan mengisi borang tersebut dengan lengkap.

โœ… Mengemukakan borang permohonan yang lengkap beserta surat rasmi dan dokumen berkaitan kepada Bahagian Kuarantin Ibu Pejabat atau Pejabat MAQIS Negeri.

โš ๏ธ Peringatan:
Pastikan pemohon merujuk senarai semak permohonan yang ditetapkan serta melampirkan semua dokumen sokongan yang berkaitan bagi melancarkan proses semakan dan kelulusan permohonan.










๐๐„๐๐ƒ๐€๐…๐“๐€๐‘๐€๐ ๐€๐Š๐€๐”๐ ๐’๐๐„๐„๐ƒPengimport, pengeksport dan ejen dagangan yang pertama kali berurusan dengan MAQIS boleh membuat ...
12/05/2026

๐๐„๐๐ƒ๐€๐…๐“๐€๐‘๐€๐ ๐€๐Š๐€๐”๐ ๐’๐๐„๐„๐ƒ

Pengimport, pengeksport dan ejen dagangan yang pertama kali berurusan dengan MAQIS boleh membuat pendaftaran melalui Sistem Pendaftaran Pengimport, Pengeksport & Ejen Dagangan (SPEED) di pautan berikut:

๐Ÿ”— https://imaqis.maqis.gov.my/SPEED/ #!/login

โš ๏ธ PERINGATAN
Pemohon hendaklah memuat naik Borang Syarat-Syarat Pendaftaran yang lengkap diisi ke dalam sistem semasa proses pendaftaran dilakukan.

๐Ÿ“„ Borang Syarat-Syarat Pendaftaran:
https://www.maqis.gov.my/wp-content/uploads/2025/06/BORANG-SYARAT-SYARAT-PENDAFTARAN.pdf

๐๐„๐‘๐Œ๐Ž๐‡๐Ž๐๐€๐ ๐๐„๐‘๐Œ๐ˆ๐“

Permohonan permit import dan eksport p**a boleh dibuat melalui sistem ePermit di pautan berikut:

๐Ÿ”— https://newepermit2.dagangnet.com.my/epermit/html/login

๐Ÿ“ž Untuk mendapatkan ID pengguna dan kata laluan, sila hubungi DagangNet Careline di talian:
1300-133-133










12/05/2026

๐๐€๐๐ƒ๐”๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐€๐…๐“๐€๐‘๐€๐ ๐’๐ˆ๐’๐“๐„๐Œ ๐’๐๐„๐„๐ƒ

Laman Sesawang Sistem Pendaftaran, Pengeksport & Ejen Dagangan (SPEED):
https://imaqis.maqis.gov.my/SPEED/ #!/login










๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€"๐๐ž๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐Š๐ž๐ฌ๐ฎ๐ฆ๐š ๐๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š"Selamat Hari Pekerja 2026 kepada seluruh warga MAQIS dan semua pekerja...
30/04/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€

"๐๐ž๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐Š๐ž๐ฌ๐ฎ๐ฆ๐š ๐๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š"

Selamat Hari Pekerja 2026 kepada seluruh warga MAQIS dan semua pekerja di Malaysia.

Terima kasih atas dedikasi, komitmen dan semangat yang berterusan dalam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah. Segala usaha dan pengorbanan anda amat dihargai dalam memacu kecemerlangan bersama.

Semoga terus maju dan cemerlang dalam setiap langkah.

Ikhlas daripada
Warga MAQIS Negeri Johor










26 APRIL 2026 | AHAD | SEGAMAT๐Œ๐„๐๐‰๐€๐‹๐ˆ๐ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐๐† ๐€๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐ƒ๐ˆ ๐๐€๐“๐” ๐€๐๐€๐Œ, ๐’๐„๐†๐€๐Œ๐€๐“Lawatan rasmi oleh Timba...
27/04/2026

26 APRIL 2026 | AHAD | SEGAMAT

๐Œ๐„๐๐‰๐€๐‹๐ˆ๐ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐๐† ๐€๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐ƒ๐ˆ ๐๐€๐“๐” ๐€๐๐€๐Œ, ๐’๐„๐†๐€๐Œ๐€๐“

Lawatan rasmi oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Dr. Azhari Sharidan bin Abu Bakar bersama Pengarah MAQIS Negeri Johor, Edie Putra bin Md Yusof ke Kampung Angkat MADANI di Batu Anam, Segamat.

Sepanjang lawatan ini, pihak pengurusan kampung telah memperkenalkan pelbagai projek dan inisiatif yang sedang dilaksanakan, merangkumi pembangunan komuniti, peningkatan sosioekonomi serta usaha memperkukuh kesejahteraan penduduk setempat.

Lawatan ini turut menjadi platform penting dalam mengeratkan hubungan antara agensi dan komuniti, di samping memberi pendedahan secara langsung kepada kepimpinan tertinggi MAQIS terhadap pelaksanaan projek di peringkat akar umbi.

Semoga usaha ini terus diperkasa dalam menyokong aspirasi pembangunan MADANI yang inklusif dan mampan.










26 APRIL 2026 | AHAD | BATU PAHAT๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐”๐€ ๐“๐ˆ๐Œ๐๐€๐‹๐€๐ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐”๐€๐‘๐€๐๐“๐ˆ๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐Š๐’๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ (...
27/04/2026

26 APRIL 2026 | AHAD | BATU PAHAT

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐”๐€ ๐“๐ˆ๐Œ๐๐€๐‹๐€๐ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐”๐€๐‘๐€๐๐“๐ˆ๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐Š๐’๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ (๐Œ๐€๐๐ˆ๐’) ๐Š๐„ ๐Œ๐€๐๐ˆ๐’ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘.

Lawatan kerja Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) diteruskan pada hari kedua dengan pengisian program yang memberi tumpuan kepada pemantauan operasi di lapangan serta pengukuhan hubungan kerja bersama warga MAQIS Negeri Johor.

Antara pengisian lawatan adalah termasuk lawatan ke Jeti Rightbase, Batu Pahat yang bertujuan meninjau operasi pemeriksaan dan penguatkuasaan di pintu masuk melalui jeti. Lawatan ini memberi fokus kepada prosedur pemeriksaan komoditi serta pematuhan terhadap syarat biosekuriti bagi memastikan kawalan kemasukan hasil pertanian dan perikanan dilaksanakan secara teratur dan berkesan.

Selain itu, sesi Meet & Greet bersama Ketua Zon 3 (Batu Pahat) serta Pegawai MAQIS Batu Pahat, Johor telah diadakan sebagai platform interaksi antara pihak pengurusan tertinggi dan pegawai di lapangan. Sesi ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim, malah memperkukuh kerjasama melalui perbincangan isu operasi setempat, cabaran semasa serta cadangan penambahbaikan ke arah meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.

Lawatan ini turut merangkumi tinjauan ke Premis Kuarantin Ikan Xian Leng Trading yang bertujuan menilai tahap pematuhan terhadap prosedur kuarantin hidupan akuatik. Penekanan diberikan kepada aspek kesihatan ikan, pengurusan kuarantin serta kawalan penyakit bagi memastikan standard biosekuriti sentiasa dipatuhi, di samping memberi pencerahan berkaitan proses pengimportan dan pengeksportan mengikut prosedur yang betul.

Lawatan hari kedua ini mencerminkan komitmen berterusan MAQIS dalam memperkukuh sistem kawalan dan penguatkuasaan di lapangan serta memastikan keselamatan biosekuriti negara sentiasa terpelihara.










25 APRIL 2026 | SABTU | GELANG PATAH๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐“๐ˆ๐Œ๐๐€๐‹๐€๐ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐”๐€๐‘๐€๐๐“๐ˆ๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐Š๐’๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ (๐Œ๐€๐๐ˆ๐’) ๐Š...
27/04/2026

25 APRIL 2026 | SABTU | GELANG PATAH

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐“๐ˆ๐Œ๐๐€๐‹๐€๐ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐”๐€๐‘๐€๐๐“๐ˆ๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐Š๐’๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ (๐Œ๐€๐๐ˆ๐’) ๐Š๐„ ๐Œ๐€๐๐ˆ๐’ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Dr. Azhari Sharidan bin Abu Bakar telah mengadakan lawatan ke MAQIS Negeri Johor sebagai usaha memperkukuh pemantauan, mengeratkan silaturahim bersama pegawai MAQIS di Johor serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaan fungsi jabatan di peringkat negeri.

Sepanjang lawatan ini, pengisian dimulakan dengan lawatan ke Tapak Projek Pusat Pemeriksaan Lanjut Dagangan Komoditi Pertanian (Further Investigation Centre โ€“ FIC) di Gelang Patah yang memberi fokus kepada penilaian kemajuan pembangunan projek sebagai pusat rujukan penting dalam pemeriksaan lanjut komoditi pertanian. Kewujudan fasiliti ini dijangka mampu mempertingkat keupayaan pengesanan risiko biosekuriti serta mempercepat proses penguatkuasaan di pintu masuk negara.

Seterusnya, sesi Meet & Greet bersama Ketua Zon 1 dan Zon 2 serta Pegawai Pentadbiran dan Operasi di Pejabat Operasi MAQIS KSAB telah diadakan bagi membuka ruang perbincangan dua hala antara pengurusan tertinggi dan warga kerja di lapangan. Sesi ini merangkumi perkongsian isu operasi semasa, cabaran penguatkuasaan serta cadangan penambahbaikan ke arah memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien dan berintegriti.

Lawatan ini turut merangkumi tinjauan ke premis kuarantin ikan LL Malaysia (SeaLife Malaysia) di Taman Tema No.7, Jalan Legoland, Bandar Medini, Iskandar Puteri. Tinjauan ini bertujuan menilai tahap pematuhan terhadap prosedur kuarantin hidupan akuatik, dengan penekanan kepada aspek kesihatan ikan, kawalan penyakit serta pematuhan standard biosekuriti bagi menjamin keselamatan ekosistem dan kelestarian industri perikanan negara.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan pihak MAQIS dalam memastikan setiap aspek kawalan, pemeriksaan dan penguatkuasaan dilaksanakan secara profesional, sistematik dan berkesan demi melindungi kepentingan negara.










๐๐Ž๐“๐ˆ๐’ ๐๐„๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐ ๐๐„๐‘๐Š๐€๐ˆ๐“๐€๐ ๐†๐€๐๐†๐†๐”๐€๐ (๐ƒ๐Ž๐–๐๐“๐ˆ๐Œ๐„) ๐’๐ˆ๐’๐“๐„๐Œ ๐ข๐Œ๐€๐๐ˆ๐’ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐ˆ๐’๐“๐„๐Œ ๐’๐๐„๐„๐ƒAdalah dimaklumkan bahawa sistem iMAQIS & S...
23/04/2026

๐๐Ž๐“๐ˆ๐’ ๐๐„๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐ ๐๐„๐‘๐Š๐€๐ˆ๐“๐€๐ ๐†๐€๐๐†๐†๐”๐€๐ (๐ƒ๐Ž๐–๐๐“๐ˆ๐Œ๐„) ๐’๐ˆ๐’๐“๐„๐Œ ๐ข๐Œ๐€๐๐ˆ๐’ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐ˆ๐’๐“๐„๐Œ ๐’๐๐„๐„๐ƒ

Adalah dimaklumkan bahawa sistem iMAQIS & SPEED akan mengalami gangguan sepenuhnya pada 25 April 2026 (12:00 AM - 3:00 PM) bagi memberi ruang kepada aktiviti Deployment & Go-Live Migrasi Server di PDSA dan ibu pejabat MAQIS Putrajaya.










21 APRIL 2026 | SELASA | GELANG PATAH๐“๐€๐Š๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‹๐”๐๐”๐’๐€๐ ๐‘๐„๐Š๐Ž๐ƒ ๐€๐–๐€๐Œ ๐Œ๐€๐๐ˆ๐’ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Taklimat Pelupusan Rekod...
22/04/2026

21 APRIL 2026 | SELASA | GELANG PATAH

๐“๐€๐Š๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‹๐”๐๐”๐’๐€๐ ๐‘๐„๐Š๐Ž๐ƒ ๐€๐–๐€๐Œ ๐Œ๐€๐๐ˆ๐’ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Taklimat Pelupusan Rekod Awam MAQIS Negeri Johor Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Taklimat MAQIS, KSAB dengan penyampaian oleh Penceramah, Puan Bonnyta Binti Bujang daripada Arkib Negara Malaysia Negeri Johor. Program ini telah melibatkan penyertaan seramai 18 orang pegawai daripada pintu-pintu masuk sekitar Johor.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah MAQIS Negeri Johor, Tuan Edie Putra bin Md Yusof. Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta pemahaman yang lebih jelas berkaitan pengurusan rekod awam, khususnya dari aspek pelupusan rekod mengikut tatacara dan peraturan yang telah ditetapkan.

Selain itu, program ini turut merangkumi sesi ๐ก๐š๐ง๐๐ฌ-๐จ๐ง yang memberi gambaran lebih menyeluruh dan praktikal kepada peserta mengenai langkah-langkah sebenar dalam proses pelupusan rekod awam, termasuk kaedah pengasingan, penilaian serta dokumentasi yang perlu dilaksanakan. Melalui sesi praktikal ini, para peserta berpeluang meningkatkan kefahaman secara langsung serta mengaplikasikan ilmu yang diperoleh, sekali gus memastikan pengurusan rekod dilaksanakan dengan lebih teratur, cekap dan mematuhi garis panduan yang berkuat kuasa.










13 APRIL 2026 | ISNIN | JOHOR BAHRU๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐‰๐”๐Œ๐๐€๐€๐ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐€๐๐ˆ๐’ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐Œ๐€๐๐ˆ๐’ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐“๐€๐‡๐”๐ ...
14/04/2026

13 APRIL 2026 | ISNIN | JOHOR BAHRU

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐‰๐”๐Œ๐๐€๐€๐ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐€๐๐ˆ๐’ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐Œ๐€๐๐ˆ๐’ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Majlis perjumpaan ini telah diadakan di Pejabat MAQIS Negeri Johor, Bangunan Sultan Iskandar sebagai platform untuk memperkukuh komunikasi, menyelaras hala tuju organisasi serta menyampaikan maklumat semasa kepada seluruh warga MAQIS Negeri Johor.

Perjumpaan ini turut melibatkan penyertaan warga kerja dari semua pintu masuk di Negeri Johor, sekali gus memastikan penyampaian maklumat yang menyeluruh, konsisten dan berkesan kepada setiap lapisan pegawai dan anggota.

Antara perkara utama yang dibincangkan adalah berkaitan pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) yang dilaksanakan selaras dengan arahan semasa Kerajaan. Penekanan turut diberikan terhadap kepatuhan kepada garis panduan yang ditetapkan, di samping memastikan kelangsungan operasi, kecekapan penyampaian perkhidmatan serta tahap produktiviti kerja sentiasa berada pada tahap optimum.

Majlis ini juga membuka ruang kepada warga kerja untuk mendapatkan penjelasan lanjut, berkongsi pandangan serta memperkukuh semangat kerja berpasukan dalam mendepani perubahan dasar dan keperluan semasa.

Adalah diharapkan agar semua warga MAQIS Negeri Johor terus komited, responsif dan berintegriti dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan selaras dengan aspirasi organisasi dan dasar Kerajaan.










Address

Aras 2, Anjung Utara, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Lingkaran Dalam
Johor Bahru
80300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6072241786

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MAQIS JOHOR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MAQIS JOHOR:

Share