Balai Polis Taman Perling

Balai Polis Taman Perling POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA

12/06/2026

Salam Jumaat kepada semua Followers Page Facebook Rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM.

🧠UJI IQ SCAM ANDA! 🧠

Adakah anda cukup bijak untuk mengenal pasti modus operandi (MO) scam yang semakin licik?

Cuba jawab soalan-soalan dalam poster ini dan lihat tahap kesedaran anda terhadap jenayah komersil.

✅ 10 – 12 Betul : Tahap “Scam Hunter”
✅ 7 – 9 Betul : Tahap “Scam Aware”
⚠️ 4 – 6 Betul : Berisiko Menjadi Mangsa
🚨 0 – 3 Betul : Sasaran Mudah Scammer

Ingat, scammer sentiasa mencari mangsa yang leka dan kurang peka terhadap taktik penipuan terkini.

🔎 SEMAK sebelum bertindak
✔️ SAHKAN sebelum mempercayai
🧠 BERFIKIR sebelum klik
⚠️ BERWASPADA setiap masa

Kongsikan skor anda di ruangan komen dan cabar ahli keluarga serta rakan-rakan untuk menguji tahap IQ Scam mereka‼️‼️‼️‼️

Marilah sama- sama Test IQ kita👍
Anda boleh memberikan jawapan di ruangan komen‼️

Jawapan yang tepat akan diberikan pada Jam 2359 hrs‼️









📢 MAK, AYAH… TOLONG BACA NI!! Kalau ada orang hantar link dalam SMS atau WhatsApp…👉 JANGAN TEKAN. WALAU APA PUN JADI🚨 Se...
07/06/2026

📢 MAK, AYAH… TOLONG BACA NI!! Kalau ada orang hantar link dalam SMS atau WhatsApp…

👉 JANGAN TEKAN. WALAU APA PUN JADI
🚨 Sekarang scammer guna macam-macam alasan:
📦 “Parcel tak sampai”, 🎁 “Menang hadiah”, 💸 “Layak dapat bantuan duit”
👉 Semua tu TIPU.

Kalau nampak link pelik atau orang suruh klik cepat-cepat…
🛑 STOP dulu. Jangan panik.
🚫 Jangan tekan link tu walau dipaksa sebelum buat semakan atau pengesahan.
📞 Call anak dulu. Tanya dulu.

⚠️ Ingat pesan penting ni:
❌ Bank TAK PERNAH minta OTP dari orang awam;
❌ Polis atau Penguat Kuasa TAK AKAN minta bayar kes melalui WhatsApp atau media sosial;
❌ Hadiah TAK DATANG tanpa kita minta atau secara tiba-tiba.

Sentiasa amalkan Konsep 3S, untuk Melindungi Diri Anda:
1️⃣ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2️⃣ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3️⃣ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.

🚨 Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
📞 Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
📍 Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
👮‍♂️ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.

📢 MAK, AYAH… TOLONG BACA NI!! Kalau ada orang hantar link dalam SMS atau WhatsApp…

👉 JANGAN TEKAN. WALAU APA PUN JADI
🚨 Sekarang scammer guna macam-macam alasan:
📦 “Parcel tak sampai”, 🎁 “Menang hadiah”, 💸 “Layak dapat bantuan duit”
👉 Semua tu TIPU.

Kalau nampak link pelik atau orang suruh klik cepat-cepat…
🛑 STOP dulu. Jangan panik.
🚫 Jangan tekan link tu walau dipaksa sebelum buat semakan atau pengesahan.
📞 Call anak dulu. Tanya dulu.

⚠️ Ingat pesan penting ni:
❌ Bank TAK PERNAH minta OTP dari orang awam;
❌ Polis atau Penguat Kuasa TAK AKAN minta bayar kes melalui WhatsApp atau media sosial;
❌ Hadiah TAK DATANG tanpa kita minta atau secara tiba-tiba.

Sentiasa amalkan Konsep 3S, untuk Melindungi Diri Anda:
1️⃣ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2️⃣ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3️⃣ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.

🚨 Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
📞 Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
📍 Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
👮‍♂️ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Sources: IPK Kelantan


27/05/2026

MO Scam Menyamar Sebagai Rakan ‼️‼️

⚠️ Tanda-Tanda Scam
✅ Menghubungi menggunakan nombor baharu
✅ Minta wang dengan alasan kecemasan
✅ Mendesak supaya pindahan dibuat segera
✅ Memberi akaun bank pihak ketiga
✅ Mengelak panggilan telefon atau video call

🛡️ Nasihat

✅ Sahkan identiti melalui panggilan telefon atau video call.
✅ Hubungi nombor lama rakan tersebut.
✅ Semak nombor akaun dan telefon di Semak Mule CCID
✅ Jangan transfer wang jika terdapat keraguan.


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H / 2026MSelamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam dan warga masya...
26/05/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H / 2026M

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam dan warga masyarakat.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan serta mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita. Hayatilah erti pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang dalam kehidupan bermasyarakat.

Berhati-hati di jalan raya, utamakan keselamatan keluarga dan sentiasa menjaga keharmonian komuniti.

✨ “Niatkan Ibadah, Eratkan Ukhuwah, Lebih Bermakna, Lebih Berkat.”

22/05/2026



JANGAN BUAT GURAUAN MELAMPAU DI SEKOLAH!

Apa yang dianggap sekadar gurauan oleh kita, boleh menjadi pengalaman yang menyakitkan bagi orang lain. Perbuatan seperti menarik kerusi, mengejek, merampas makanan atau mengganggu barang rakan bukan satu hiburan, malah boleh mengakibatkan kecederaan fizikal, tekanan emosi dan menjejaskan keyakinan diri mangsa. Sekolah sepatutnya menjadi tempat selamat untuk belajar dan memupuk rasa hormat sesama rakan.

Jadilah pelajar berakhlak mulia dan berfikir sebelum bertindak. Ingat, setiap kata dan perbuatan memberi kesan kepada orang lain. 🤝💙

“Bergurau berpada-pada, hormat sesama kita.”





#21052026

21/05/2026
20/05/2026




[POSTING PILIHAN] SCAM ALERT: TIPU PELABURAN TIDAK WUJUD

Jangan mudah terpedaya dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan luar biasa dalam masa singkat. Tawaran seperti “labur hari ini, untung berganda esok” sering kali menjadi taktik sindiket penipuan untuk memperdayakan mangsa. Lebih membimbangkan, ada pihak menawarkan komisen lumayan sekiranya berjaya membawa masuk orang lain ke dalam skim tersebut.

Ingat! tiada pelaburan sah yang menjanjikan keuntungan tinggi dalam masa singkat tanpa risiko.

Sentiasa semak latar belakang syarikat melalui SC Approved List di www.sc.com.my dan dapatkan nasihat daripada pihak berwibawa sebelum membuat sebarang pelaburan. Laporkan segera kepada NSRC di talian 997 sekiranya anda menjadi mangsa penipuan.

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM

SIARAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH JOHOR BAHRU UTARA, ACP RADIN RAMLAN BIN RADIN TAHA."𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐇𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 (𝐎𝐇)"
20/05/2026

SIARAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH JOHOR BAHRU UTARA, ACP RADIN RAMLAN BIN RADIN TAHA.

"𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐇𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 (𝐎𝐇)"

19/05/2026

Pinjam atau beri Kad ATM milik sendiri kepada orang lain‼️‼️🙏🏻🙏🏻

✅Seksyen 424A

Memiliki atau mengawal akaun bank / instrumen pembayaran milik orang lain tanpa tujuan atau kuasa yang sah.
Contoh: simpan kad ATM atau akaun orang lain untuk tujuan scam.

Hukuman:‼️‼️

Denda RM5,000 – RM50,000
Penjara 6 bulan – 5 tahun
Atau kedua-duanya sekali.

✅Seksyen 424B

Memberi akaun bank atau instrumen pembayaran sendiri kepada orang lain tanpa tujuan sah.
Contoh: sewa akaun bank kepada scammer (“akaun keldai”).

Hukuman:‼️‼️

Denda RM10,000 – RM100,000
Penjara 1 – 7 tahun
Atau kedua-duanya sekali

✅Seksyen 424C

Menggunakan akaun atau instrumen pembayaran untuk transaksi tanpa tujuan sah, sama ada:

akaun sendiri, atau
akaun orang lain.

Contoh: menerima atau memindahkan duit scam.

Hukuman:‼️‼️

Penjara 3 – 10 tahun
Denda RM10,000 – RM150,000
Atau kedua-duanya sekali.

✅Seksyen 424D

Memberi takrif:

“institusi kewangan”
“instrumen pembayaran”

Termasuk bank, bank Islam, kad ATM, kad debit, e-wallet dan instrumen pembayaran lain.






19/05/2026

Address

No 23 Jalan Persisiran Perling, Taman Perling
Johor Bahru
81200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Taman Perling posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share