Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor, Government Organization, KOMPLEKS JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI JOHOR, Jalan PADI BAHAGIA, BANDAR BARU UDA, Johor Bahru.

13/06/2026

Kursus Permanian Beradas: Satu Suntikan; Baka Jutawan

Tarikh: 2 Julai 2026 (Khamis)

Lokasi:
Dewan Serbaguna Kampung Balai Badang (Teori)
Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Balai Badang.

Jangan lepaskan peluang!!!

PERMOHONAN ADALAH TERHAD!!!

Keutamaan kepada penternak Daerah Segamat

๐Ÿ“ข HEBAHAN PROGRAM MIKROCIP & PASPORT KUCINGJabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor menjemput pemilik kucing di sekit...
12/06/2026

๐Ÿ“ข HEBAHAN PROGRAM MIKROCIP & PASPORT KUCING

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor menjemput pemilik kucing di sekitar Daerah Kota Tinggi dan kawasan berhampiran untuk menyertai Program Mikrocip & Pasport Kucing yang akan dianjurkan oleh Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kota Tinggi.

Program ini bertujuan meningkatkan tahap kebajikan haiwan kesayangan melalui pengenalan identiti kekal (mikrocip) serta penyimpanan rekod kesihatan dan vaksinasi yang lebih sistematik.

๐Ÿ“… 26 Jun 2026 (Jumaat)
๐Ÿ“ KIP Mall, Kota Tinggi
โฐ 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Pemilik kucing yang berminat adalah digalakkan untuk membuat pendaftaran awal melalui pautan atau kod QR yang disediakan pada poster.

๐Ÿพ Kucing Beridentiti, Pemilik Lebih Yakin!

๐Ÿฑ KUCING KESAYANGAN ANDA SUDAH BERIDENTITI? ๐Ÿฑ

Tahukah anda, kucing yang mempunyai mikrocip dan pasport haiwan kesayangan lebih mudah dikenal pasti sekiranya hilang, selain mempunyai rekod kesihatan yang tersusun dan lengkap?

๐Ÿ“ข Jom sertai Program Mikrocip & Pasport Kucing 2026!

โœ… Identiti unik dan kekal bagi setiap kucing
โœ… Memudahkan pemilik dikesan jika kucing hilang
โœ… Rekod vaksinasi dan kesihatan lebih teratur
โœ… Memudahkan urusan perjalanan atau pemindahan haiwan
โœ… Mengurangkan risiko pertikaian pemilikan

๐Ÿ“… Tarikh: 26 Jun 2026 (Jumaat)
๐Ÿ“ Lokasi: KIP Mall, Kota Tinggi
โฐ Masa: 8.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari

๐Ÿ’™ Berikan perlindungan terbaik untuk si bulus anda. Dengan mikrocip dan pasport, kucing lebih selamat, terjamin dan mudah dijejaki sekiranya berlaku kehilangan.

๐Ÿ“ฒ Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran atau hubungi kami untuk maklumat lanjut.

โ€œKucing Beridentiti, Pemilik Lebih Yakin!โ€ ๐Ÿพ


10/06/2026

KEMPEN KESEDARAN PENCEGAHAN DAN KAWALAN PENYAKIT TERNAKAN BABI 2026

Program yang memberi fokus kepada peningkatan kesedaran berkaitan penyakit ternakan babi, biosekuriti serta penggunaan antimikrobial secara bertanggungjawab bagi memastikan industri penternakan terus selamat, mampan dan berdaya saing.

KEMPEN KESEDARAN PENCEGAHAN DAN KAWALAN PENYAKIT TERNAKAN BABIHari ini telah berlangsungnya Kempen Kesedaran Pencegahan ...
10/06/2026

KEMPEN KESEDARAN PENCEGAHAN DAN KAWALAN PENYAKIT TERNAKAN BABI

Hari ini telah berlangsungnya Kempen Kesedaran Pencegahan dan Kawalan Penyakit Ternakan Babi yang bertujuan meningkatkan pengetahuan serta kesedaran pemain industri mengenai langkah-langkah pencegahan dan kawalan penyakit dalam industri penternakan babi.

Program ini memberi penekanan kepada amalan biosekuriti yang baik, pemantauan kesihatan ternakan secara berterusan serta tindakan segera yang perlu diambil bagi mengurangkan risiko penularan penyakit dan kesedaran terhadap isu kerintangan antibiotik dalm sub sektor ternakan. Usaha ini penting dalam memastikan industri penternakan babi kekal produktif, berdaya saing dan bebas daripada ancaman penyakit.

Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pemain industri yang telah meluangkan masa untuk hadir dan memberikan komitmen sepanjang program berlangsung. Kerjasama serta penglibatan aktif semua amat penting dalam memastikan usaha pencegahan dan kawalan penyakit ternakan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dan diamalkan bagi menjamin kesihatan ternakan, keselamatan makanan serta kelestarian industri penternakan.

PENGURNIAAN PINGAT SULTAN IBRAHIM TAHUN 2026Kluang, 6 Jun โ€“ Majlis penuh istiadat bagi Pengurniaan Pingat Sempena Sambut...
09/06/2026

PENGURNIAAN PINGAT SULTAN IBRAHIM TAHUN 2026

Kluang, 6 Jun โ€“ Majlis penuh istiadat bagi Pengurniaan Pingat Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor telah berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang, Johor. Pengurniaan tersebut telah disempurnakan oleh DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Pengurniaan pingat tersebut merupakan satu pengiktirafan tertinggi daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor kepada penerima yang telah memberikan perkhidmatan serta bakti yang membanggakan dalam pelbagai bidang. Anugerah ini turut mencerminkan penghargaan institusi Kesultanan Johor terhadap usaha dan dedikasi rakyat yang menyumbang kepada kemajuan negeri Johor.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor (JPVNJ) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Haji Borhan bin Alias dan Encik Zamari bin Mohd Amin, pegawai bersara JPVNJ, atas penganugerahan Pingat Kerana Lama dan Baik Dalam Pekerjaan (PLP) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Tahun 2026.

Pengurniaan ini merupakan satu penghormatan yang amat bermakna sebagai pengiktirafan terhadap jasa, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan oleh kedua-dua penerima sepanjang tempoh perkhidmatan mereka dalam sektor awam khususnya kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor.

Semoga pengiktirafan yang diterima menjadi kenangan yang membanggakan serta lambang penghargaan atas segala sumbangan dan bakti yang telah diberikan kepada jabatan, masyarakat dan negeri Johor.

Sekalung tahniah dan syabas daripada Pengarah serta seluruh warga JPVNJ. Terima kasih atas segala jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan. ๐ŸŽ–๏ธโœจ

๐——๐—œ๐—ฅ๐—š๐—”๐—›๐—”๐—ฌ๐—จ ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก๐—ž๐—จPatik sekalian warga Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor dengan penuh takzim merafak sembah dan ...
01/06/2026

๐——๐—œ๐—ฅ๐—š๐—”๐—›๐—”๐—ฌ๐—จ ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก๐—ž๐—จ

Patik sekalian warga Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor dengan penuh takzim merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Patik sekalian menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT serta mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dikurniakan keafiatan, kesejahteraan, kebahagiaan dan sentiasa berada dalam rahmat serta lindungan-Nya.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku terus dikurniakan kebijaksanaan dan kekuatan dalam menaungi rakyat serta memayungi negara ke arah kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan yang berterusan.

๐——๐—ฎ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜ ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐˜‚

Ikhlas daripada
Pengarah dan Seluruh Warga
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor



Sempena sambutan Hari Wesak, Jabatan Perkhidmatan Veterinar merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Menyambut Hari Wes...
31/05/2026

Sempena sambutan Hari Wesak, Jabatan Perkhidmatan Veterinar merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha di Malaysia.

Hari Wesak merupakan kesempatan yang bermakna untuk menghayati nilai-nilai sejagat seperti keamanan, kebijaksanaan, belas ihsan dan keharmonian yang menjadi tunjang kepada pembentukan masyarakat yang bersatu padu dan saling menghormati. Dalam kepelbagaian budaya dan kepercayaan yang menjadi kekuatan negara, marilah kita terus memupuk semangat muhibah, persefahaman dan toleransi demi kesejahteraan bersama.

Semoga sambutan Hari Wesak pada tahun ini disambut dengan penuh ketenangan, kegembiraan dan keberkatan bersama keluarga serta insan tersayang, sekali gus memperkukuhkan lagi semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ikhlas daripada
Warga Kerja Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor

30/05/2026

LAKSANAKAN IBADAH KORBAN DI TEMPAT BERPERMIT

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor (JPVNJ) menasihatkan orang ramai supaya melaksanakan ibadah korban dan aktiviti penyembelihan di 1 Rumah Sembelih Kerajaan/ 17 Rumah Sembelih Swasta Berlesen/ 4 Rumah Sembelih Kebenaran Negeri/ 188 Pusat Kebenaran Sembelihan Sementara (PKSS) yang diluluskan atau Masjid dan Surau yg dibenarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Pelaksanaan ibadah korban di premis yang diluluskan bukan sahaja membantu mengurangkan risiko kemalangan dan kejadian tidak diingini malah keselamatan pengendali, peserta program serta orang awam sentiasa terpelihara.

Haiwan seperti lembu dan kerbau mempunyai kekuatan yang tinggi serta boleh bertindak di luar jangkaan apabila berada dalam keadaan tertekan dan ketakutan. Oleh itu, pengendalian haiwan korban hendaklah dilaksanakan oleh individu yang berpengalaman dan terlatih serta di lokasi yang sesuai dan diluluskan sahaja.

Marilah kita bersama-sama memastikan ibadah korban dilaksanakan dengan penuh tertib, mematuhi prosedur keselamatan demi kesejahteraan semua pihak.

Sumber : Berita JohorFM

โ€œVeterinar Kompeten, Masyarakat Sejahteraโ€

29/05/2026

Address

KOMPLEKS JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI JOHOR, Jalan PADI BAHAGIA, BANDAR BARU UDA
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 03:30
Sunday 08:00 - 05:00

Telephone

+6072412771

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share