03/04/2026
今早与交通部长陆兆福视察柔新捷运RTS 工程进度。
马新捷运(RTS)系统的实体建筑工程已接近完成,下一阶段工作包括系统安装、验收测试、系统整合及动态测试,这些都是迈向最终现场准备阶段(Final Field Readiness, FFR)的关键步骤。
目前的进度报告显示,马新捷运项目可按照预期目标,于今年12月底完工,并在2027年1月正式投入运作。
交通部将持续密切监督项目进展,确保工程在安全、按时及符合既定标准的前提下顺利完成。
RTS每小时最多可承载一万人,将有效舒缓长堤长期以来的交通拥堵问题,提升跨境通勤效率。
目前已有8组列车完成测试,而今天我们也亲身体验了列车往返维修基地的运行过程,对未来正式通车更加充满信心与期待。
Pagi ini saya bersama YB Antholy Loke, Menteri Pengangkutan telah meninjau perkembangan projek RTS Johor–Singapura.
Kerja-kerja pembinaan RTS kini hampir siap sepenuhnya. Fasa seterusnya melibatkan pemasangan sistem, ujian penerimaan, integrasi sistem serta ujian dinamik, ia merupakan langkah-langkah penting ke arah peringkat Final Field Readiness (FFR).
Berdasarkan laporan kemajuan terkini, projek RTS dijangka dapat disiapkan mengikut sasaran pada penghujung Disember tahun ini, dan seterusnya mula beroperasi secara rasmi pada Januari 2027.
Kementerian Pengangkutan akan terus memantau rapat pelaksanaan projek ini bagi memastikan ia disiapkan dengan selamat, menepati jadual serta memenuhi piawaian yang ditetapkan.
RTS mampu menampung sehingga 10,000 penumpang setiap jam, dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di Tambak Johor serta meningkatkan kecekapan perjalanan rentas sempadan.
Setakat ini, sebanyak 8 set tren telah berjaya menjalani ujian. Hari ini, kami juga berpeluang merasai sendiri perjalanan tren ulang-alik ke depot penyelenggaraan, yang menambahkan lagi keyakinan dan harapan terhadap pembukaan rasmi projek ini.