14/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
14 Mei 2026 โ Jabatan Pembedahan Am Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru (HSIJB) telah berjaya menganjurkan Perhimpunan Bulanan bagi bulan Mei 2026.
Setiap bulan, jabatan yang terpilih akan diberi tanggungjawab untuk menganjurkan Perhimpunan Bulanan sebagai platform rasmi penyampaian maklumat dan pengukuhan hubungan dalam kalangan warga kerja.
Perhimpunan ini turut memuatkan sesi Amanat Pengarah yang disampaikan oleh Dr. Hjh. Zuraini binti Zainal, Pengarah HSIJB. Beliau menyatakan rasa bangga terhadap pencapaian Jabatan Pembedahan Am, namun menekankan agar usaha memperkukuh latihan dan pembangunan kompetensi terus dipertingkatkan bagi memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada masyarakat.
Selain itu, penghargaan turut dirakamkan kepada Kerajaan Negeri Johor atas sumbangan dalam menaik taraf fasiliti pantri di Hospital Sultan Ismail. Diharapkan kerjasama yang baik ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Semoga Perhimpunan Bulanan ini terus memperkukuh komunikasi, semangat kebersamaan dan budaya kerja cemerlang warga HSIJB demi penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan efisien kepada masyarakat.