Perkep IPD Seri Alam Johor

Perkep IPD Seri Alam Johor β„™π•’π•˜π•– β„π•’π•€π•žπ•š
ℙ𝔼ℝ𝕂𝔼ℙ 𝕀ℙ𝔻 π•Šπ•–π•£π•š π”Έπ•π•’π•ž.

π•Šπ•’π•π•¦π•£π•’π•Ÿ π•£π•’π•€π•žπ•š π•‘π•–π•£π•œπ• π•Ÿπ•˜π•€π•šπ•’π•Ÿ
π•’π•œπ•₯π•šπ•§π•šπ•₯π•š, π•œπ•–π•“π•’π•›π•šπ•œπ•’π•Ÿ π••π•’π•Ÿ π•‘π•£π• π•˜π•£π•’π•ž
π•œπ•–π•π•¦π•’π•£π•˜π•’ β„™π• π•π•šπ•€ π”»π•šπ•£π•’π•›π•’ 𝕄𝕒𝕝𝕒π•ͺπ•€π•šπ•’.

11/08/2026
𝑴𝑨𝑱𝑳𝑰𝑺 𝑴𝑨𝑲𝑨𝑡 𝑴𝑨𝑳𝑨𝑴 𝑷𝑬𝑹𝑲𝑬𝑷 𝑰𝑷𝑫 𝑺𝑬𝑹𝑰 π‘¨π‘³π‘¨π‘΄πŸ“… 1 Ogos 2026 (Sabtu)πŸ“ Tanjung Puteri Resort & Golf, Pasir Gudang, Johor🎭 Tema: R...
11/08/2026

𝑴𝑨𝑱𝑳𝑰𝑺 𝑴𝑨𝑲𝑨𝑡 𝑴𝑨𝑳𝑨𝑴 𝑷𝑬𝑹𝑲𝑬𝑷 𝑰𝑷𝑫 𝑺𝑬𝑹𝑰 𝑨𝑳𝑨𝑴

πŸ“… 1 Ogos 2026 (Sabtu)
πŸ“ Tanjung Puteri Resort & Golf, Pasir Gudang, Johor
🎭 Tema: Retro 60–70 an
β€œSaturday Night Fever”

π“π‘π«π¨π°π›πšπœπ€ 𝐭𝐨 𝐭𝐑𝐞 𝐠𝐨𝐨𝐝 𝐨π₯𝐝 𝐝𝐚𝐲𝐬🌟

PERKEP IPD Seri Alam telah menganjurkan Majlis Makan Malam bertemakan Retro β€œSaturday Night Fever” dalam suasana penuh kemeriahan, keceriaan dan nostalgia.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Puan Azian binti Hj. Suratman, Pengerusi PERKEP IPD Seri Alam, YBhg. Puan Santhanamary a/p Joseph, Naib Pengerusi PERKEP IPD Seri Alam serta Puan Norasimah binti Daud, Biro Rumah PERKEP Seri Alam, bersama barisan AJK dan ahli PERKEP IPD Seri Alam.

Pelbagai pengisian menarik telah memeriahkan malam,antaranya persembahan nyanyian dan tarian, acara permainan,pertandingan Best Dress serta penyampaian cenderahati kepada ahli PERKEP yang bertukar dan bersara.

Lebih bermakna,majlis turut diserikan dengan sambutan kejutan sempena Hari Ulang Tahun YBhg. Puan Azian binti Hj. Suratman,sebagai tanda kasih dan penghargaan daripada seluruh warga PERKEP IPD Seri Alam.

Majlis ini bukan sekadar meraikan sebuah malam yang penuh warna-warni,tetapi menjadi medan untuk menghargai jasa,mengenang sumbangan,mengeratkan ukhuwah serta memperkukuhkan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga PERKEP IPD Seri Alam.

Satu malam,seribu kenangan.
Bersama kita cipta memori, bersama kita kukuhkan ukhuwah.

Semoga semangat kebersamaan dan kekeluargaan yang terjalin terus menjadi kekuatan PERKEP IPD Seri Alam dalam melangkah lebih jauh dan cemerlang pada masa akan datang.




16/02/2026
16/02/2026

🧧✨ SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2026 ✨🧧

Sempena sambutan Tahun Baru Cina 2026, saya bagi pihak seluruh warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat yang meraikannya.

Semoga perayaan ini disambut dalam suasana aman, harmoni dan penuh keceriaan bersama keluarga tercinta.

Didoakan agar tahun yang baharu ini membawa keberkatan, kemakmuran serta kejayaan yang berpanjangan.

Gong Xi Fa Cai.

Ikhlas daripada,
ACP Mohd Sohaimi bin Ishak
Ketua Polis Daerah Seri Alam dan isteri Puan Azian binti Hj.Suratman
Pengerusi PERKEP, IPD Seri Alam serta seluruh warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam



Address

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam
Johor Bahru
81750

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkep IPD Seri Alam Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share