03/08/2021
SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN KELUARGA POLIS (PERKEP)
Inspirasi penubuhan Persatuan Keluarga Polis atau nama ringkasnya PERKEP lahir atas dasar inginkan kaum wanita maju dan meraih apa yang tertinggal selama ini, dengan keahlian lebih kurang 80,000 orang di seluruh Malaysia, persatuan ini terus berdiri tegap dan mantap sehingga ke hari ini.
Menyingkap kepada sejarah penubuhannya di mana persatuan yang pada asalnya dikenali sebagai βPerkumpulan Kaum Ibu Polisβ (Women Police Institute) buat pertama kalinya telah mengadakan mesyuarat pada 26 Julai 1967 yang dipengerusi oleh Y.Bhg. Tan Sri Hj. Hussain Bin Hj. Mohd. Sidek, Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu. Hasil dari itu satu Perintah Pasukan dikeluarkan pada 20 Oktober 1967 (Force Order 447/67) memaklumkan pada semua Ibu Pejabat Kontinjen dan Ibu Pejabat Daerah berkenaan dengan penubuhan persatuan wanita ini di Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia, Kuala Lumpur dan menyatakan juga undang-undang berkenaan penubuhannya.
Ekoran dari itu pada 03 Ogos 1968 satu lagi mesyuarat diadakan dipengerusikan oleh Y.Bhg. Puan Sri Hajah Saodah isteri kepada Y.Bhg. Tan Sri Mohd. Salleh Bin Ismail, Ketua Polis Negara ketika itu bertempat di Bilik Gerakan lama Ibu Pejabat Polis Jalan Bluff, Kuala Lumpur. Turut hadir sama adalah isteri-isteri Ketua Polis Negeri dan isteri-isteri PJP Sabah dan Sarawak. Di dalam mesyuarat tersebut satu kata sepakat telah dicapai iaitu memberi nama baru bagi persatuan.
Bermula dari sinilah Persatuan Keluarga Polis atau singkatannya PERKEP mendapat nama. Natijah dari itu PERKEP didaftarkan pada 10 jun 1969 (Bil. R.S.M. 779/68(6) PPP/SEL. 197/68) dengan diterajui oleh Pengerusi-Pengerusinya yang berkaliber yang menjadi asas kejayaan dan pencapaian yang membanggakan hingga ke hari ini.
πΉLAGU PERKEP πΉ
PERKEP Polis Diraja
Bersatu maju dan jaya
Membentuk ibu sentiasa
Melahirkan cita-cita
Bersama berganding tangan
Hidupkan ikrar laungan
Berikan semangat perjuangan
Kepada wira pahlawan
Halus bagaikan sutera
Membelai tangis anaknya
Itulah perjuangannya
Bersama kita nikmatinya
Majulah PERKEP sentiasa
Gerakan hati dan jiwa
Bersusaha maju jaya
Untuk kita bersama
# # # # #
π·Maksud Logo
Sebuah Persatuan, yang bernaung di bawah pentadbiran Polis Diraja Malaysia dengan ahli-ahli yang terdiri dari berbagai bangsa dan peringkat bersatu padu dalam suasana kekeluargaan, persaudaraan dan muhibah, bergerak dengan semangat dan azam untuk menuju ke arah kemajuan untuk kepentingan dan faedah ahli-ahli serta keluarga dan sealiran dengan itu turut mengharumkan nama Polis Diraja Malaysia.
πΆPenjelasan Logo :
πΉBunga Melambangkan :
i) Wanita dan kewanitaan
ii) Keharuman dan keindahan yang memberi pengertian yang baik dan berfaedah.
πΉBentuk Bulat Melambangkan :
i) Perpaduan
ii) Semangat serta azam yang padu dan kukuh.
πΉBentuk Orang :
Saiz dan warna yang berbeza dalam bentuk ini melambangkan ahli-ahli dari berbagai kaum dan peringkat.
πΉBentuk Rumah :
Melambangkan suasana kekeluargaan, persaudaraan dan muhibah.
πΉWarna Putih : Melambangkan ketulusan keikhlasan kaum wanita serta keluarga menyokong karier di dalam pasukan.
πΉBendera dan Lencana :
PERKEP akan menggunakan bentuk logo berkenaan sebagai motif bendera dan lencana bagi semua urusan dalam mencapai objektif PERKEP.