08/04/2026
MESYUARAT AGUNG PUSPANITA MAJLIS PERBANDARAN KUBANG PASU KALI 1 TAHUN 2026
Tarikh : 30 Mac 2026 (Isnin)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Auditorium Dewan Wawasan
Mesyuarat Agung PUSPANITA Majlis Perbandaran Kubang Pasu Kali ke โ 1 Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 30 Mac 2026.
Majlis dimulakan dengan pendaftaran ahli pada jam 2.00 petang, disusuli dengan ketibaan Puan Azlina Binti Azizan, Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Kubang Pasu.
Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu kebangsaan Negaraku, Lagu Negeri Kedah, dan lagu rasmi PUSPANITA, serta bacaan doa oleh Puan Nurul Nadiah Bt Zolkiply.
Majlis diteruskan dengan acara cabutan bertuah yang dinantikan oleh semua ahli yang hadir.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan bersama semua ahli yang hadir.
Terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa dan ahli PUSPANITA yang hadir serta terlibat dalam menjayakan majlis pada petang ini. Semoga segala perancangan akan dapat dilaksanakan dengan kerjasama dan komitmen semua ahli dalam memperkasakan peranan wanita dalam masyarakat.