Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu - Rasmi

Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu - Rasmi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu - Rasmi, Government Organization, Jitra.

03/09/2026
01/09/2026

πŸ”Šππ”π‹π€π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ π’πˆπ‡π€π“ 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀 πŸπŸŽπŸπŸ”

September bukan sekadar bulan biasa.

Inilah masa untuk kita semarakkan budaya hidup sihat, kukuhkan imuniti badan dan jadikan kesihatan sebagai gaya hidup! πŸ’ͺ✨

πŸ“… 1 hingga 30 September 2026
πŸ“ Peringkat Negeri Kedah

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda! πŸŽ‰

Jom ambil peluang untuk bergerak aktif, makan secara sihat, menjaga kebersihan, mengurus stres dengan bijak dan mengamalkan gaya hidup lebih sihat bersama keluarga serta komuniti. πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦πŸƒβ€β™€οΈπŸ₯—

πŸ’š Kesihatan bukan sekadar pilihan, tetapi tanggungjawab kita bersama.

Ayuh warga Kedah, kita jadikan September ini titik mula untuk lebih sihat, lebih cergas dan lebih sejahtera!

πŸ“² Imbas kod QR pada poster untuk mendapatkan bahan promosi dan maklumat aktiviti.







31/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ„-πŸ”πŸ— πŸ‡²πŸ‡Ύ

Tanggal 31 Ogos bukan sekadar memperingati sejarah kemerdekaan, tetapi menjadi simbol semangat, perpaduan dan kecintaan kita kepada tanah air tercinta.

Semangat patriotisme terus subur apabila kita bersama-sama menghargai keamanan, menjaga keharmonian dan memainkan peranan membina Malaysia yang lebih sejahtera.

πŸ’™β€οΈπŸ€πŸ’› Dalam kita menghayati erti kemerdekaan, marilah kita semarakkan juga budaya hidup sihat. Masyarakat yang sihat ialah aset penting kepada negara yang kuat dan maju.

Ayuh, jadikan aktiviti fizikal, pemakanan sihat, persekitaran bersih serta penjagaan kesihatan sebagai sebahagian daripada gaya hidup kita.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Malaysia yang hebat bermula dengan rakyat yang bersatu, sihat dan prihatin.

Semarakkan patriotisme. Amalkan hidup sihat. Bersama kita bina Malaysia yang lebih sihat, sejahtera dan gemilang! ❀️

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan dari Pengarah Kesihatan Negeri Kedah dan seluruh warga kerja Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.



𝐀𝐖𝐀𝐒 𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔: πŠπ„π’ π‰π€ππ†πŠπˆπ“π€π 𝐏𝐄𝐑𝐍𝐀𝐅𝐀𝐒𝐀𝐍 πŒπ„ππˆππ†πŠπ€π“ πŒπ„ππƒπ€πƒπ€πŠ! 🌫️😷Susulan terdapat kawasan di seluruh negara yang mencatatkan...
30/08/2026

𝐀𝐖𝐀𝐒 𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔: πŠπ„π’ π‰π€ππ†πŠπˆπ“π€π 𝐏𝐄𝐑𝐍𝐀𝐅𝐀𝐒𝐀𝐍 πŒπ„ππˆππ†πŠπ€π“ πŒπ„ππƒπ€πƒπ€πŠ! 🌫️😷

Susulan terdapat kawasan di seluruh negara yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, KKM amat menyarankan agar orang awam mengurangkan aktiviti di luar. Jika anda terpaksa keluar, pastikan anda menggunakan pelitup muka yang TEPAT:

βœ… Pelitup Muka Jenis N95:

Mampu menapis hampir 95% partikel daripada udara jerebu.

Reka bentuknya sesuai dan melekap kemas bagi menghalang udara tercemar masuk ke salur pernafasan.

❌ Pelitup Muka Biasa (3-ply mask):

Hanya menapis 12% daripada partikel halus jerebu.

Tidak melekap pada muka dan tidak kemas, membolehkan udara tercemar mudah masuk ke salur pernafasan.

Lindungi diri dan keluarga anda, terutamanya golongan berisiko seperti kanak-kanak, wanita hamil, dan warga emas. Segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan yang berhampiran jika anda mengalami gejala seperti batuk, selesema, atau sesak nafas.



Bagi mengurangkan pendedahan kepada kualiti udara yang tidak sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan aga...
30/08/2026

Bagi mengurangkan pendedahan kepada kualiti udara yang tidak sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan agar orang ramai mempraktikkan 7 langkah pencegahan utama berikut:

1. Kekalkan Hidrasi Tubuh: Pastikan anda meminum air kosong secukupnya, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari bagi kelancaran sistem badan.
2. Hadkan Aktiviti Luar: Kurangkan keberadaan dan aktiviti fizikal di luar rumah atau kawasan terbuka buat masa ini.
3. Gunakan Pelitup Muka Spesifik: Pemakaian penutup muka jenis N95 atau P100 adalah amat digalakkan sekiranya urusan di luar tidak dapat dielakkan.
4. Jaga Kebersihan Diri: Segera bersihkan tangan dan muka menggunakan sabun dan air bersih setiap kali selesai melakukan urusan di luar.
5. Kawal Kualiti Udara Dalaman: Pastikan persekitaran di dalam rumah sentiasa bersih. Penggunaan alat pendingin hawa dan penapis udara adalah amat disarankan.
6. Elakkan Pencemaran Tambahan: Hentikan sebarang sumber pencemaran udara di dalam kediaman, terutamanya amalan merokok yang membahayakan kesihatan paru-paru seisi keluarga.
7. Aktifkan Kitaran Udara Dalaman Kenderaan: Ketika memandu, gunakan pendingin hawa dan pastikan fungsi kitaran udara dalaman (recirculation mode) diaktifkan bagi menghalang asap dari luar menyerap masuk.

Sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami sebarang gejala seperti batuk berterusan, tekak perit, mata pedih, atau sesak nafas, segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan yang berhampiran. Kesihatan anda adalah keutamaan.

29/08/2026

⚠️ πˆππ” 𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔 πŠπ„πƒπ€π‡ π’π„πŒπ€πŠπˆπ πŒπ„ππˆππ†πŠπ€π“!

Berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada 29 Ogos 2026, jam 9.00 pagi, beberapa kawasan di Kedah merekodkan bacaan

🟑Tidak Sihat
Sungai Petani (161)
Alor Setar (155)
Langkawi (157)

🟒Sederhana
Kulim (97)

Ketika jerebu, lindungi diri dan keluarga dengan:
🏠 Hadkan aktiviti luar bangunan
😷 Pakai pelitup hidung dan mulut
πŸ’§ Kerap minum air kosong
πŸ‘§ Pantau tahap kesihatan kanak-kanak, warga emas dan pesakit kronik

Jika mengalami gejala seperti batuk, sakit tekak, sesak nafas atau mata berair, dapatkan nasihat dan rawatan di fasiliti kesihatan berdekatan.

Semak bacaan IPU semasa dan ambil langkah berjaga-jaga. Kesihatan kita, tanggungjawab kita bersama.



Jangan lupa..Luangkan hanya 1 jam untuk bersihkan kawasan rumah & hapuskan tempat pembiakan nyamuk. Setiap tindakan anda...
29/08/2026

Jangan lupa..

Luangkan hanya 1 jam untuk bersihkan kawasan rumah & hapuskan tempat pembiakan nyamuk. Setiap tindakan anda boleh menyelamatkan nyawa.

πŸ“Έ Ambil gambar & kongsi di media sosial!

πŸ“’ Gunakan hashtag:

29/08/2026

πŽππ„ π‡πŽπ”π‘ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 𝐂𝐋𝐄𝐀𝐍 𝐔𝐏 πŸπŸŽπŸπŸ” πŸ§Ήβ™»οΈ

Sabtu minggu ke-4 setiap bulan adalah hari One Hour Malaysia Clean Up!

Jom rakyat Kedah pakat luangkan masa sat selama 1 jam hari ini (29 Ogos 2026) bersama ahli keluarga untuk sertai aktiviti penting yang dapat menyelamatkan nyawa kita.

πŸ”¦ Cari dan musnahkan tempat pembiakan Nyamuk Aedes di dalam dan luar rumah kita. Imbas kod QR disediakan atau klik pautan berikut untuk menggunakan senarai semak digital pemeriksaan tempat pembiakan nyamuk Aedes yang telah disediakan

https://bit.ly/senaraisemakdigitaltempatpembiakanaedes

♻️ Lakukan kitar semula bagi memastikan kawasan kita lebih bersih dan sihat.

πŸ’ͺ Bersama kita wujudkan persekitaran yang lebih sihat dan bebas dari pembiakan Nyamuk Aedes!

πŸ“Έ Jangan lupa kongsikan aktiviti anda dengan gambar & tanda pagar:





Address

Jitra

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049171355

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu - Rasmi:

Shortcuts

Share