Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu

Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu Tanggungjawab Berdakwah , Mengutip & Mengagih Zakat

SIASATAN BAIK PULIH RUMAH & AGIHAN PERMULAAN MUALLAF Alhamdulillah, hari ini Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu (PZDKP) te...
14/06/2026

SIASATAN BAIK PULIH RUMAH & AGIHAN PERMULAAN MUALLAF

Alhamdulillah, hari ini Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu (PZDKP) telah melaksanakan Siasatan Skim Agihan Baik Pulih Rumah di beberapa kawasan yang terlibat. Siasatan tersebut dilaksanakan oleh 3 orang kakitangan PZDKP.

Dalam masa yang sama, PZDKP turut melaksanakan Agihan Permulaan Muallaf kepada seorang saudara baru yang baru memeluk Agama Islam. Penyampaian agihan tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Zakat Daerah Kubang Pasu, Kapten (B) Abdul Nasir Bin Hasan sebagai tanda keprihatinan pihak zakat terhadap kebajikan golongan mualaf agar terus dibimbing dan disantuni dengan baik.

Semoga segala agihan yang disampaikan ini dapat memberi manfaat serta menjadi pemangkin semangat kepada para penerima dalam meneruskan kehidupan dengan lebih sejahtera dan diberkati.

PROGRAM SANTUNI ASNAF BERSAMA MUZAKKI Alhamdulillah, Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu (PZDKP) telah berjaya melaksanakan...
10/06/2026

PROGRAM SANTUNI ASNAF BERSAMA MUZAKKI

Alhamdulillah, Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu (PZDKP) telah berjaya melaksanakan Program Santuni Asnaf Bersama Muzakki yang diketuai oleh Pegawai Zakat Daerah Kubang Pasu Kapten (B) Abdul Nasir bin Hasan, Ustaz Muhamad Faidulatraf bin Abdullah, Penolong Pegawai Zakat Daerah Kubang Pasu serta barisan staf kutipan PZDKP.

Program ini bertujuan memberi peluang kepada para muzakki untuk melihat sendiri impak agihan zakat yang telah disalurkan kepada golongan asnaf. Sepanjang program berlangsung, para muzakki telah dibawa meninjau lima buah rumah penerima bantuan yang melibatkan Agihan Jaya Diri dan Agihan Bulanan.

Melalui sesi ziarah ini, para muzakki berpeluang berinteraksi secara langsung dengan para penerima serta memahami keadaan dan cabaran yang mereka hadapi. Program seumpama ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara pembayar zakat dan penerima, malah meningkatkan keyakinan bahawa sumbangan zakat yang disalurkan benar-benar memberi impak kepada kehidupan asnaf.

Semoga usaha murni ini terus menyemarakkan semangat keprihatinan dan menjadi inspirasi kepada lebih ramai masyarakat untuk menunaikan kewajipan berzakat serta bersama-sama membantu mereka yang memerlukan.

AGIHAN PERKAHWINAN SAUDARA BARUAlhamdulillah, Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu (PZDKP) telah menyalurkan Agihan Perkahwi...
08/06/2026

AGIHAN PERKAHWINAN SAUDARA BARU

Alhamdulillah, Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu (PZDKP) telah menyalurkan Agihan Perkahwinan Saudara Baru kepada Pn. Aisyah Rinna Rauland dan Pn. Fellysha Uson Genesis, yang merupakan saudara baru beragama Islam.

Agihan ini merupakan salah satu inisiatif Lembaga Zakat Negeri Kedah melalui PZDKP dalam membantu dan menyantuni golongan mualaf yang memerlukan, khususnya bagi meringankan beban serta membantu memulakan kehidupan baharu dengan lebih sejahtera dan teratur.

Penyampaian agihan tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Zakat Daerah Kubang Pasu, Kapten (B) Abdul Nasir bin Hasan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap kebajikan saudara baru Islam.

Semoga bantuan yang disalurkan ini dapat memberi manfaat serta menjadi pemudah cara kepada saudari Pn. Aisyah Rinna Rauland dan Pn. Fellysha Uson Genesis dalam membina kehidupan berkeluarga yang harmoni, diberkati dan sentiasa berada di bawah rahmat Allah SWT.

SIASATAN SKIM AGIHAN BAIK PULIH RUMAHAlhamdulillah, pada 7 Jun 2026, Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu (PZDKP) telah mela...
07/06/2026

SIASATAN SKIM AGIHAN BAIK PULIH RUMAH

Alhamdulillah, pada 7 Jun 2026, Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu (PZDKP) telah melaksanakan siasatan bagi Skim Agihan Baik Pulih Rumah terhadap beberapa permohonan yang diterima bagi memastikan setiap permohonan dinilai secara teliti serta memenuhi syarat kelayakan asnaf yang telah ditetapkan.

Lawatan tapak dijalankan bagi menilai tahap kerosakan kediaman serta keadaan semasa rumah penerima agar bantuan yang disalurkan dapat memberi manfaat dari aspek keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan hidup asnaf.

PZDKP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan pelaksanaan skim ini. Semoga segala usaha yang dilaksanakan ini menjadi asbab kebaikan dalam membantu meningkatkan taraf hidup asnaf serta memperkukuhkan pembangunan ummah melalui pengurusan zakat yang sistematik, prihatin dan berkesan

PENYERAHAN AGIHAN BENCANA MUSIBAH ALAMPejabat Zakat Daerah Kubang Pasu (PZDKP) telah melaksanakan siasatan di bawah Skim...
04/06/2026

PENYERAHAN AGIHAN BENCANA MUSIBAH ALAM

Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu (PZDKP) telah melaksanakan siasatan di bawah Skim Agihan Musibah Alam kepada seorang penerima yang layak iaitu Abd Ghani bin Nayan yang terjejas akibat kejadian ribut di kediamannya.

Beliau merupakan penduduk Kariah Masjid Al-Ahmadiah (Kubang Sepat). Agihan ini disalurkan sebagai tanda keprihatinan pihak PZDKP terhadap golongan asnaf yang memerlukan perhatian segera.

Pihak PZDKP turut menyalurkan bantuan awal berupa kit makanan dan sumbangan kewangan bagi membantu meringankan beban yang dihadapi. Serahan tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Zakat Daerah Kubang Pasu, Kapten (B) Abdul Nasir bin Hasan bersama Penolong Pegawai Zakat Daerah Kubang Pasu, Ustaz Faidulatraf bin Abdullah.

Semoga bantuan yang disalurkan ini dapat memberi keringanan kepada penerima serta membantu dalam proses pemulihan kehidupan ke arah yang lebih baik.

TAZKIRAH, KHUTBAH & IMAM DI MASJID AL-HASHIM KAMPUNG GELONG RAMBAI Alhamdulillah, pada hari ini telah berlangsung dengan...
22/05/2026

TAZKIRAH, KHUTBAH & IMAM DI MASJID AL-HASHIM KAMPUNG GELONG RAMBAI

Alhamdulillah, pada hari ini telah berlangsung dengan jayanya program Tazkirah dan Khutbah di Masjid Al-Hashim Kg Gelong Rambai dengan kehadiran para jemaah yang memberikan sambutan yang amat baik.

Pihak Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Imam serta Ahli Jawatankuasa Masjid atas kerjasama, layanan mesra dan sokongan yang diberikan sepanjang program ini dilaksanakan.

Tazkirah dan khutbah telah disampaikan oleh Pegawai Zakat Daerah Kubang Pasu, Kapten (B) Abdul Nasir bin Hasan yang menyentuh tentang kepentingan zakat, sedekah dan wakaf sebagai antara amalan yang mampu memperkukuhkan kebajikan ummah serta membantu golongan yang memerlukan.

Semoga usaha dakwah seperti ini dapat terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi menyemai kesedaran masyarakat tentang tanggungjawab bersama dalam membantu asnaf serta memperkasakan institusi zakat

SIASATAN SKIM AGIHAN BAIK PULIH RUMAHAlhamdulillah, pada 20 Mei 2026, Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu (PZDKP) telah mel...
20/05/2026

SIASATAN SKIM AGIHAN BAIK PULIH RUMAH

Alhamdulillah, pada 20 Mei 2026, Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu (PZDKP) telah melaksanakan siasatan bagi Skim Agihan Baik Pulih Rumah terhadap beberapa permohonan yang diterima bagi memastikan setiap permohonan dinilai secara teliti serta memenuhi syarat kelayakan asnaf yang telah ditetapkan.

Siasatan ini diketuai oleh Ustaz Muhamad Faidulatraf bin Abdullah selaku Penolong Pegawai bersama staf PZDKP. Lawatan tapak dijalankan bagi menilai tahap kerosakan kediaman serta keadaan semasa rumah penerima agar bantuan yang disalurkan dapat memberi manfaat dari aspek keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan hidup asnaf. Siasatan kali ini melibatkan kediaman Encik Ayob bin Don, Encik Anzeri bin Saad, Encik Zainab binti Taib dan Encik Mohd Hafiz bin Che Mansor.

PZDKP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan pelaksanaan skim ini. Semoga segala usaha yang dilaksanakan ini menjadi asbab kebaikan dalam membantu meningkatkan taraf hidup asnaf serta memperkukuhkan pembangunan ummah melalui pengurusan zakat yang sistematik, prihatin dan berkesan.

SERAHAN AGIHAN BINA RUMAH LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH (LZNK)  Alhamdulillah, pada 20 Mei 2026, Pejabat Zakat Daerah Kuban...
20/05/2026

SERAHAN AGIHAN BINA RUMAH LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH (LZNK)

Alhamdulillah, pada 20 Mei 2026, Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu (PZDKP) telah selesai melaksanakan serahan agihan Bina Rumah yang disempurnakan oleh Pegawai Zakat Daerah Kubang Pasu, Kapten (B) Abdul Nasir bin Hasan. Agihan ini merupakan salah satu inisiatif LZNK dalam membantu golongan asnaf memiliki kediaman yang lebih selesa, selamat dan sempurna untuk didiami.

Pelaksanaan agihan ini mencerminkan komitmen berterusan PZDKP dalam memastikan kebajikan asnaf terus terbela melalui penyaluran zakat yang berkesan serta menepati keperluan penerima.

Semoga segala usaha ini diberkati Allah SWT dan memberi manfaat berpanjangan kepada penerima.

SIASATAN SKIM BANTUAN BAIK PULIH RUMAHAlhamdulillah, pada 17 Mei 2026, Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu (PZDKP) telah me...
17/05/2026

SIASATAN SKIM BANTUAN BAIK PULIH RUMAH

Alhamdulillah, pada 17 Mei 2026, Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu (PZDKP) telah melaksanakan siasatan bagi Skim Bantuan Baik Pulih Rumah terhadap beberapa permohonan yang diterima bagi memastikan setiap permohonan dinilai secara teliti serta memenuhi syarat kelayakan asnaf yang telah ditetapkan.

Siasatan ini diketuai oleh Ustaz Muhamad Faidulatraf bin Abdullah selaku Penolong Pegawai bersama staf PZDKP. Lawatan tapak dijalankan bagi menilai tahap kerosakan kediaman serta keadaan semasa rumah penerima agar bantuan yang disalurkan dapat memberi manfaat dari aspek keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan hidup asnaf.

Siasatan kali ini melibatkan kediaman Puan Norashimah Mohamad di Kg Alor Batu, Mukim Gelong, Encik Zulkifli Suari di Kampung Putat, Encik Azmielnazar Abu Bakar di Kg Batas Bengkok serta Encik Zainuddin Abd Kadir di Tandop Matang Paku.

PZDKP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan pelaksanaan skim ini. Semoga segala usaha yang dilaksanakan ini menjadi asbab kebaikan dalam membantu meningkatkan taraf hidup asnaf serta memperkukuhkan pembangunan ummah melalui pengurusan zakat yang sistematik, prihatin dan berkesan.

TAZKIRAH, KHUTBAH & IMAM DI KARIAH MASJID AN-NUR (KAMPUNG DARAT)Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya program ...
16/05/2026

TAZKIRAH, KHUTBAH & IMAM DI KARIAH MASJID AN-NUR (KAMPUNG DARAT)

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya program Tazkirah dan Khutbah di kariah Masjid An-Nur, Kampung Darat dengan kehadiran para jemaah yang memberikan sambutan yang amat baik.

Pihak Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu (PZDKP) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Imam serta Ahli Jawatankuasa Masjid atas kerjasama, layanan mesra dan sokongan yang diberikan sepanjang program ini dilaksanakan.

Tazkirah dan khutbah telah disampaikan oleh Pegawai Zakat Daerah Kubang Pasu, Kapten (B) Abdul Nasir bin Hasan yang menyentuh tentang kepentingan zakat, sedekah dan wakaf sebagai antara amalan yang mampu memperkukuhkan kebajikan ummah serta membantu golongan yang memerlukan.

Semoga usaha dakwah seperti ini dapat terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi menyemai kesedaran masyarakat tentang tanggungjawab bersama dalam membantu asnaf serta memperkasakan institusi zakat.

Address

NO. 240 PEKAN JITRA 2
Jitra
06000

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 15:30
Sunday 09:00 - 16:30

Telephone

+6049171561

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share