Pejabat Meteorologi Terengganu

Pejabat Meteorologi Terengganu Pejabat Meteorologi bagi negeri Terengganu

Pejabat ini dipertanggungjawabkan untuk memantau dan membekalkan perkhidmatan meteorologi dan seismologi bagi negeri Kelantan dan Terengganu selain khidmat cuaca penerbangan yang cekap demi memenuhi keperluan operasi penerbangan tentera udara di negeri Kelantan dan Terengganu.

Bingkisan sepintas lalu sesi Lawatan sambil belajar dari Pelajar UITM Machang Kelantan ke PM Terengganu yang telah berla...
21/05/2026

Bingkisan sepintas lalu sesi Lawatan sambil belajar dari Pelajar UITM Machang Kelantan ke PM Terengganu yang telah berlangsung pada hari ini Khamis bersamaan 21/05/2026. Rombongan tersebut terdiri daripada 29 orang pelajar dan seorang pensyarah pengiring. Terima kasih kepada semua kakitangan PM Terengganu sama ada secara langsung atau tidak langsung yang telah bertungkus lumus melancarkan segala urusan bagi menjayakan urusan lawatan tersebut pada hari ini.

Bingkisan sepintas lalu sekitar Mesyuarat Koordinasi diantara PM Terengganu (PMTU) bersama pihak TUDM Pangkalan Udara Go...
14/05/2026

Bingkisan sepintas lalu sekitar Mesyuarat Koordinasi diantara PM Terengganu (PMTU) bersama pihak TUDM Pangkalan Udara Gong Kedak(PUGK) Bil1/2026 telah diadakan pada hari ini 14 Mei 2026 di Pejabat Meteorologi Terengganu. Mesyuarat ini telah membincangkan pelbagai perkara dan isu berbangkit antara kedua belah pihak demi kelangsungan operasi organisasi masing-masing. Antara yang hadir dan turut serta adalah Ketua Cawangan Operasi TUDM PUGK, iaitu YBrs. Lt.Kol. Nor Azaman Bin Mat Ali dan barisan Pegawai Kanan TUDM PUGK. Delegasi telah disambut baik oleh Pengarah PM Terengganu, YBrs. Puan Rabiah Al Adawiah Binti Haji Zakaria dan barisan pegawai bertugas PMTU. Pertemuan ini menjadi platform mengeratkan hubungan strategik antara agensi, di samping memperkukuh kerjasama dalam penyampaian maklumat terkini senario cuaca semasa demi operasi kedua dua agensi. Semoga jalinan ini terus utuh demi kesejahteraan dan usaha ini mencerminkan komitmen kedua dua agensi dalam memperkukuh kemampanan, penaiktarafan teknologi negara, di samping memastikan perkhidmatan yang berkualiti untuk terus memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat dan negara.

Bingkisan sepintas lalu sesi kunjung hormat daripada Pengarah Pejabat Meteorologi Terengganu, YBrs. Puan Rabiah Al Adawi...
05/05/2026

Bingkisan sepintas lalu sesi kunjung hormat daripada Pengarah Pejabat Meteorologi Terengganu, YBrs. Puan Rabiah Al Adawiah Bt. Haji Zakaria ke Jabatan Penyiaran Terengganu yang telah berlangsung pada tanggal 23 April 2026 yang lalu. Antara yang hadir dan turut serta adalah Penolong Pengarah Operasi Pejabat Meteorologi Terengganu, iaitu Puan Wan Norhasiah Binti Wan Nawi dan Cik Nor Syazwani Bt. Mamat. Delegasi telah disambut baik oleh Pengarah Penyiaran Terengganu, YBrs. Puan Noriza Salleh dan barisan pengurusan.
Pertemuan ini menjadi platform mengeratkan hubungan strategik antara agensi, di samping memperkukuh kerjasama dalam penyampaian maklumat terkini senario cuaca semasa kepada masyarakat.
Semoga jalinan ini terus utuh demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat khusus di negeri Terengganu.

Bingkisan sepintas lalu sekitar Program Lawatan Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 yang telah diadakan di PMTU. Seramai 3 or...
22/04/2026

Bingkisan sepintas lalu sekitar Program Lawatan Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 yang telah diadakan di PMTU. Seramai 3 orang auditor telah hadir sesi lawatan tersebut yang berlangsung selama 2 hari iaitu pada 21 hingga 22 April 2026. Kesemua kakitangan PMTU telah terlibat secara langsung semasa proses audit dalaman tersebut dilaksanakan oleh para auditor yang terdiri daripada Encik Mohamed Fadli Yusof selaku Ketua Auditor, Encik Nasrul Hakim dan Encik Mohd Saharudi. Audit tersebut diadakan untuk mengenalpasti dan menambahbaik segala kelemahan dan kekurangan bagi memastikan tatakelola dan prosedur operasi tetap (SOP) sentiasa menepati kehendak dan kepuasan pelanggan atau pemegang taruh jabatan selain meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam penyampaian sistem perkhidmatan awam khususnya Jabatan Meteorologi Malaysia terutamanya menyediakan perkhidmatan meteorologi, iklim, gempa bumi dan tsunami yang cekap bagi keselamatan awam dan pembangunan lestari seperti mengeluarkan maklumat cuaca rasmi, amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang, dan keadaan laut bergelora bagi memastikan keselamatan awam.

Bingkisan sepintas lalu sekitar Mesyuarat Pengurusan PMTU Bil.2/2026 yang telah diadakan pada hari ini Khamis bersamaan ...
16/04/2026

Bingkisan sepintas lalu sekitar Mesyuarat Pengurusan PMTU Bil.2/2026 yang telah diadakan pada hari ini Khamis bersamaan dengan 16 April 2026. Kesemua staf Met Terengganu telah terlibat pada sesi mesyuarat kali ini yang telah membincangkan pelbagai perkara dan isu-isu berbangkit demi kepentingan operasi PM Terengganu. Usai sesi mesyuarat tersebut diadakan sedikit Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat PMTU sempena bulan Syawal yang mulia disamping memupuk semangat ukhwah dan kesepakatan serta saling bermaaf-maafan di antara satu sama lain

Bingkisan sepintas lalu sekitar Kerja-Kerja Penyelenggaraan Dan Ujian Bunyi Sistem Siren Tsunami Bagi Projek Sistem Amar...
16/04/2026

Bingkisan sepintas lalu sekitar Kerja-Kerja Penyelenggaraan Dan Ujian Bunyi Sistem Siren Tsunami Bagi Projek Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) di Pejabat Perikanan Daerah Besut. Penyelenggaraan dan Ujian telah diadakan pada 15 April 2026. Turut hadir bersama pada sesi pengujian tersebut adalah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Besut ) untuk menyertai dan merasai secara langsung ujian bunyi siren tsunami tersebut.
Ujian ini merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Projek Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM), yang bertujuan meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan keselamatan awam sekiranya berlaku ancaman tsunami kerana tujuan utama sistem ini diwujudkan adalah sebagai alat hebahan yang paling sesuai digunakan untuk menghebahkan maklumat dan amaran awal tsunami kepada komuniti di kawasan pantai melalui mesej bunyi dan suara.
Kerja-kerja penyelenggaraan tersebut diadakan secara berfasa dan berkala sebanyak 2 kali setahun melibatkan pengujian bunyi siren tsunami bagi memastikan sistem siren tsunami (SAATNM) ini dapat berfungsi dengan baik.

*BINGKISAN SEPINTAS LALU 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗞𝗘𝗣𝗜𝗠𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗬𝗨 & 𝗞𝗘𝗧𝗔𝗠𝗔𝗗𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠*Alhamdul...
04/04/2026

*BINGKISAN SEPINTAS LALU 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗞𝗘𝗣𝗜𝗠𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗬𝗨 & 𝗞𝗘𝗧𝗔𝗠𝗔𝗗𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠*

Alhamdulillah, pada 2 April 2026, beberapa orang kakitangan PM Terengganu telah hadir atas jemputan oleh pihak urusetia ke Majlis Perasmian Karnival Alam Melayu & Ketamadunan Islam yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus. Program ini merupakan satu inisiatif besar dalam memperkasakan jati diri anak bangsa serta memartabatkan sejarah kegemilangan Islam di Nusantara.

𝗦𝗼𝗿𝗼𝘁𝗮𝗻 𝗨𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 :
Perasmian: Majlis telah dirasmikan oleh YB Yang Dipertua (Speaker) Dewan Undangan Negeri Terengganu, mewakili YAB Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.

Ucapan Pengarah: Turut memberikan ucaptama adalah YB Dr. Muhammad Khalil bin Abdul Hadi, Exco Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah selaku Pengarah Program.

Semoga usaha murni ini menjadi pemangkin kepada penyatuan ummah dan kebangkitan syiar Islam, khususnya di Bumi Darul Iman yang tercinta.

PMTU sentiasa menyokong program yang memupuk semangat ukhwah demi penyatuan ummah rumpun Melayu Nusantara. Diharapkan program seperti ini akan sentiasa berterusan pada masa akan datang.

Bingkisan sepintas lalu sekitar Pelaksanaan Ujian Penilaian Kompetensi Bagi Aeronautical Meteorological Personnel (AMP) ...
31/03/2026

Bingkisan sepintas lalu sekitar Pelaksanaan Ujian Penilaian Kompetensi Bagi Aeronautical Meteorological Personnel (AMP) di PMTU pada 30 Mac 2026. Standard Kompetensi adalah salah satu kaedah penilaian kompetensi bagi AMF dan Pencerap Meteorologi Penerbangan (Aeronautical Meteorological Observer (AMO). Penilaian ini telah dijalankan pada 30 Mac 2026 dan dilaksanakan oleh Pegawai Penilai (Assessor) yang berkelayakan iaitu Encik Mohd Azizi Bin Mat Taib. AMO yang terlibat adalah En.Mohammad Shamriza bin Saari. Semoga beliau berjaya menghadapi ujian tersebut dan memperoleh keputusan yang cemerlang.

Sepintas lalu bingkisan sekitar taklimat berkenaan Pengurusan Kewangan (Rahsia Urus Harta tanpa Sengketa) oleh pihak LTH...
29/03/2026

Sepintas lalu bingkisan sekitar taklimat berkenaan Pengurusan Kewangan (Rahsia Urus Harta tanpa Sengketa) oleh pihak LTH Group Asia telah diadakan pada hari ini 29 Mac 2026 di PM Terengganu. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Puan Fatin Noor Aiza Natasha Binti Sahabuddin selaku Quality Agent pihak LTH Group Asia. Penerangan tersebut berkisar tentang peri pentingya pengurusan kewangan hibah, terutamanya hibah takaful, ia amat penting untuk menjamin kelangsungan kewangan waris, menyediakan dana tunai segera, dan mengelakkan pembekuan harta pusaka. Ia juga membolehkan pemindahan harta secara sukarela semasa hidup tanpa melalui proses faraid yang rumit, sekaligus mengelakkan konflik keluarga dan membantu melunaskan hutang si mati. Semoga perkongsian semasa taklimat tersebut memberi manfaat kepada semua staf di PMTU.

21/03/2026

Selamat Hari Raya saya ucapkan kepada semua 😊 semoga raya tahun ini penuh bermakna buat semua .Kunjungilah sanak saudara yang telah lama tidak bersua. Bermaafan lah sesama kita. Berhati-hati jika memandu.
Hari berganti minggu
Minggu berganti bulan
Bulan berganti tahun
Bila lagi nak jumpa 🤩

Address

KM 8 Jalan Jertih Kuala Besut
Jertih
22000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Meteorologi Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Meteorologi Terengganu:

Share