ILIM Kampus Besut

ILIM Kampus Besut ILIM Kampus Besut adalah cawangan dari ILIM Bangi dan merupakan salah satu pusat latihan di bawah Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

RANGKUMAN PROGRAM SEPANJANG BULAN MEI 2026
30/05/2026

RANGKUMAN PROGRAM SEPANJANG BULAN MEI 2026



๐ŸŒ™ SALAM AIDILADHA 1447H Seluruh warga ILIM Kampus Besut mengucapkanSelamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh ...
26/05/2026

๐ŸŒ™ SALAM AIDILADHA 1447H

Seluruh warga ILIM Kampus Besut mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Aidiladha mengajar erti keikhlasan dalam pengorbanan, kesabaran dalam ujian serta kekuatan iman dalam mentaati perintah Allah SWT.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan jiwa dan mengeratkan ukhuwah sesama kita.

โ€œIbadah Disempurna, Ukhuwah Diperkasaโ€
โœจ Salam Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin โœจ

26/05/2026

Waktu Bertakbir Hari Raya Eidul Adha

Jenis-Jenis Takbir Raya

Takbir Mursal : Sunat bertakbir sepanjang masa bermula tenggelam matahari malam Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha sehingga takbiratul ihram solat Hari Raya.

Takbir Muqayyad : Khusus disunatkan ketika Hari Raya Aidiladha. Dilaksanakan setiap kali selepas menunaikan solat fardu.

Orang yang TIDAK menunaikan haji disunatkan takbir muqayyad setiap kali selesai menunaikan solat fardu bermula waktu Subuh 9 Zulhijah sehingga waktu Asar 13 Zulhijah.

Orang yang menunaikan haji Disunatkan takbir muqayyad selepas solat Zohor pada Hari Raya Aidiladha sehingga waktu Subuh 13 Zulhijah. Sekiranya sudah selesai bertahallul yang kedua, mereka boleh bertakbir sehingga waktu Asar, seperti orang lain.

Sumber: Pejabat M***i Wilayah Persekutuan

KURSUS ASAS MUAMALAT & KEWANGAN ISLAMBESUT, 20 Mei 2026 โ€“ Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Besut telah meng...
20/05/2026

KURSUS ASAS MUAMALAT & KEWANGAN ISLAM

BESUT, 20 Mei 2026 โ€“ Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Besut telah menganjurkan Kursus Asas Muamalat & Kewangan Islam bermula 18 hingga 20 Mei 2026 bertempat di ILIM Kampus Besut.

Kursus selama tiga hari ini bertujuan memberi pendedahan dan kefahaman asas berkaitan prinsip muamalat serta kewangan Islam kepada para peserta agar dapat diaplikasikan dalam kehidupan dan urusan harian selaras dengan tuntutan syariah.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai slot pengisian ilmiah yang disampaikan oleh barisan pensyarah berpengalaman daripada Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Antara topik yang dibincangkan termasuk pengantar syariah, qawaid fiqhiyyah berkaitan muamalat, teori akad, prinsip harta dan pemilikan serta elemen haram dalam kewangan seperti riba, gharar dan maisir.

Selain itu, peserta turut didedahkan dengan isu-isu semasa dalam muamalat Islam serta kepentingan kesedaran kewangan Islam dalam masyarakat masa kini. Program ini turut memberi ruang interaksi dan perkongsian ilmu secara lebih dekat antara penceramah dan peserta.

Penganjuran kursus ini diharap dapat meningkatkan kefahaman peserta terhadap konsep muamalat dan kewangan Islam secara menyeluruh serta melahirkan masyarakat yang lebih cakna terhadap pengurusan kewangan berteraskan syariah.

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—™๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ๐— ๐—˜ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐—ž๐—œ๐— ๐—”๐—ก ๐—ง๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—› ๐—”๐—Ÿ-๐—ค๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก๐Ÿ—“๏ธ   ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—› : 23-25 Jun 2026M/ 7-9 Muharam 1448H (Selasa-Khamis) ๏ธ   ...
20/05/2026

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—™๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ๐— ๐—˜ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐—ž๐—œ๐— ๐—”๐—ก ๐—ง๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—› ๐—”๐—Ÿ-๐—ค๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก

๐Ÿ—“๏ธ ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—› : 23-25 Jun 2026M/ 7-9 Muharam 1448H (Selasa-Khamis) ๏ธ

๐Ÿ•ฐ๏ธ MASA PENDAFTARAN : 8.30 pagi

๐Ÿข TEMPAT : ILIM Kampus Besut, Terengganu.

๐’๐€๐’๐€๐‘๐€๐ : PHEI JAKIM, Kader JAKIM, Pegawai Agensi di Bawah YB Menteri di JPM, MAIN/JAIN, KAGAT dan Penjawat Awam.

๐๐„๐‘๐Œ๐Ž๐‡๐Ž๐๐€๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ : Sila Layari: https://itis.islam.gov.my/catalogs/01kbgz8t3n2gchgk7qatcab3wa

๐€๐๐‰๐”๐‘๐€๐ : ILIM Kampus Utama Bangi & ILIM Kampus Besut

๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐“ ๐‹๐€๐๐‰๐”๐“, ๐‡๐”๐๐”๐๐†๐ˆ:
Ustaz Mohd Salleh bin Ariff
Seksyen Quran dan Hadis
Program Teras
Institut Latihan Islam Malaysia
No. Telefon: 03-8921 8442
Emel: [email protected]

Bismillahirrahmanirrahim...Selamat datang bulan mulia, Dzulhijah...Semoga Allah senantiasa memberikan kemudahan & kelanc...
18/05/2026

Bismillahirrahmanirrahim...
Selamat datang bulan mulia, Dzulhijah...

Semoga Allah senantiasa memberikan kemudahan & kelancaran dalam setiap langkah kita ๐Ÿคฒ

๐Œ๐”๐‡๐€๐ƒ๐‡๐€๐‘๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ : "๐๐Ž๐‹๐„๐Œ๐ˆ๐Š ๐€๐Š๐ˆ๐ƒ๐€๐‡ ๐Œ๐€๐’๐€ ๐Š๐ˆ๐๐ˆ"14 Mei 2026 โ€“ ILIM Kampus Besut telah menganjurkan Program Muhadharah Per...
14/05/2026

๐Œ๐”๐‡๐€๐ƒ๐‡๐€๐‘๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ : "๐๐Ž๐‹๐„๐Œ๐ˆ๐Š ๐€๐Š๐ˆ๐ƒ๐€๐‡ ๐Œ๐€๐’๐€ ๐Š๐ˆ๐๐ˆ"

14 Mei 2026 โ€“ ILIM Kampus Besut telah menganjurkan Program Muhadharah Perdana: Polemik Akidah Masa Kini bertempat di Dewan Ibnu Masโ€™ud, ILIM Kampus Besut, Terengganu dengan penyertaan seramai 280 orang peserta.

Program yang berlangsung bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari ini bertujuan memberi pendedahan serta meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap isu-isu akidah semasa yang semakin mencabar dalam arus modenisasi masa kini.

Majlis dimulakan dengan pendaftaran peserta, ketibaan dif-dif jemputan, nyanyian lagu Negaraku, Zikir Asmaul Husna serta bacaan doa. Seterusnya, ucapan aluan telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Ibrahim, Pengarah Kampus, ILIM Kampus Besut.

Ceramah pertama bertajuk โ€œPenghayatan Akidah Islam Perisai Jati Diri Muslimโ€ telah disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Wan Khairul Aiman bin Mokhtar, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pembangunan), UniSZA. Sesi diteruskan dengan soal jawab bersama para peserta.

Program diteruskan dengan ceramah kedua bertajuk โ€œBenteng Akidah Dalam Mendepani Arus Modenisasiโ€ yang disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Abdul Manam bin Mohamad, Pensyarah UniSZA merangkap Ahli Panel Tasawwuf JAKIM. Kupasan yang disampaikan memberi penekanan terhadap kepentingan memperkukuhkan pegangan akidah umat Islam dalam menghadapi pelbagai cabaran pemikiran dan pengaruh semasa.

Penganjuran program ini diharap dapat menjadi platform ilmiah dalam memperkasakan kefahaman akidah serta memupuk kesedaran masyarakat untuk terus berpegang teguh kepada ajaran Islam yang sebenar.

KURSUS MINDA SEJAHTERA: JIWA TENANG, PRESTASI CEMERLANG DI ILIM KAMPUS BESUTBESUT, 12 Mei 2026 โ€“ Institut Latihan Islam ...
12/05/2026

KURSUS MINDA SEJAHTERA: JIWA TENANG, PRESTASI CEMERLANG DI ILIM KAMPUS BESUT

BESUT, 12 Mei 2026 โ€“ Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Besut telah menganjurkan Kursus Minda Sejahtera: Jiwa Tenang, Prestasi Cemerlang pada 11 hingga 12 Mei 2026 bersamaan 23-24 Zulkaedah 1447H bertempat di Bilik Seminar Al-Ghazali, ILIM Kampus Besut dengan penyertaan seramai 46 orang peserta.

Program anjuran Seksyen Kecemerlangan (SKEC) ini bertujuan meningkatkan kesedaran peserta mengenai kepentingan kesejahteraan mental dan emosi dalam pekerjaan serta membentuk prestasi cemerlang melalui pengurusan minda yang efektif.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai slot ceramah berkaitan kesihatan mental, pengurusan tekanan, keseimbangan kerja dan kehidupan (work-life balance), serta asas kaunseling untuk sokongan rakan sekerja.

Antara penceramah yang terlibat ialah Tn. Syed Mohd Al Shukri bin Tuan Sharif, Pn. Shariffah Shakinaz Nur Azah binti Syed Mohamed Fadzillah, Dr. Siti Hajar binti Mohamad Yusoff serta En. Mohd Rahim bin Ariffin yang berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan kesejahteraan emosi serta pembangunan diri.

Majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ruslan bin Ibrahim, Pengarah ILIM Kampus Besut. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan menjaga kesejahteraan mental dan emosi dalam membentuk warga kerja yang produktif, harmoni dan berprestasi tinggi selaras dengan tuntutan persekitaran kerja masa kini.

Beliau turut berharap agar ilmu dan pengisian yang diperoleh sepanjang kursus dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian serta membantu peserta mengurus tekanan dengan lebih baik demi melahirkan suasana kerja yang positif dan sejahtera.

๐‘ฒ๐’–๐’“๐’”๐’–๐’”โ€œ๐‘ท๐’†๐’๐’–๐’‘๐’–๐’‰โ€ ๐‘ฏ๐’‚๐’Š๐’˜๐’‚๐’ ๐‘ด๐’†๐’๐’–๐’“๐’–๐’• ๐‘บ๐’š๐’‚๐’“๐’‚๐’ŒBESUT, 12 Mei 2026 โ€“ ILIM Kampus Besut telah menganjurkan Kursus โ€œPelupuhโ€ Haiwan M...
12/05/2026

๐‘ฒ๐’–๐’“๐’”๐’–๐’”โ€œ๐‘ท๐’†๐’๐’–๐’‘๐’–๐’‰โ€ ๐‘ฏ๐’‚๐’Š๐’˜๐’‚๐’ ๐‘ด๐’†๐’๐’–๐’“๐’–๐’• ๐‘บ๐’š๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ

BESUT, 12 Mei 2026 โ€“ ILIM Kampus Besut telah menganjurkan Kursus โ€œPelupuhโ€ Haiwan Menurut Syarak pada 11 hingga 12 Mei 2026 bertempat di Bilik Seminar As-Syafie, ILIM Kampus Besut.

Kursus anjuran Seksyen Pengurusan Hal Ehwal Islam (SPHEI) ILIM Kampus Besut ini disertai oleh pegawai Hal Ehwal Islam serta penjawat awam bagi memberi pendedahan berkaitan konsep pelupuh haiwan menurut perspektif syarak.

Antara objektif utama kursus adalah untuk memberikan kefahaman menyeluruh mengenai hukum-hakam berkaitan pelupuh haiwan dalam Islam, selain mendedahkan peserta kepada kaedah dan prosedur pelupuh yang dibenarkan syarak. Kursus ini turut memberi penekanan terhadap aspek etika dan kebajikan haiwan dalam urusan pelupuh dan penyembelihan.

Sepanjang dua hari kursus berlangsung, para peserta didedahkan dengan beberapa slot pengisian merangkumi prosedur permohonan permit penternakan dan pembiakan lembu mengikut garis panduan veterinar, teknologi terkini penyembelihan, isu-isu semasa berkaitan penyembelihan dan pelupuh, serta hukum dan kaedah pelupuh menurut syarak.

Selain sesi teori, kursus ini turut melibatkan sesi amali sembelihan dan melapah bagi memberi pendedahan serta pengalaman praktikal kepada para peserta berkaitan kaedah pelupuh dan penyembelihan menurut syarak.

Majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh Pengarah ILIM Kampus Besut, Tuan Haji Ruslan bin Ibrahim. Beliau dalam ucapannya berharap agar ilmu dan pendedahan yang diperoleh sepanjang kursus dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam melaksanakan tugasan berkaitan pengurusan haiwan dan penyembelihan menurut syarak.

Penganjuran kursus ini diharap dapat meningkatkan kefahaman serta kesedaran peserta terhadap pengurusan pelupuh haiwan yang lebih beretika, berperikemanusiaan dan mematuhi tuntutan syarak.

12/05/2026

๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—น๐˜‚๐—ป๐—ด ๐˜๐—ฎ๐—ต๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ๐˜‚๐—ฐ๐—ฎ๐—ฝ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—บ๐—ฎ ๐—”๐—ป๐˜‚๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—–๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—œ๐—ป๐˜€๐˜๐—ถ๐˜๐˜‚๐˜ ๐—Ÿ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—บ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ

Pengiktirafan ini merupakan tanda penghargaan atas segala usaha, komitmen, dedikasi dan kecemerlangan yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab dengan penuh integriti dan profesionalisme.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan, memperkukuh semangat kerja berpasukan dan menyemarakkan budaya kerja cemerlang dalam perkhidmatan.

โ€œMenjana Kecemerlanganโ€

Ikhlas daripada:
Pengarah Kanan & Warga Institut Latihan Islam Malaysia

Address

Jalan Pantai Peranginan, Bukit Keluang
Jerteh

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Website

http://www.islam.gov.my/

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ILIM Kampus Besut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share