Dewan Muslimat PAS Kawasan Besut

Dewan Muslimat PAS Kawasan Besut Page ini ialah Page Rasmi Dewan Muslimat Pas Kawasan Besut

Pagi ini rohani terisi dengan program Bicara Keluarga Haraki anjuran Lajnah Pembangunan Insan dan Kerukunan Keluarga (LP...
03/06/2026

Pagi ini rohani terisi dengan program Bicara Keluarga Haraki anjuran Lajnah Pembangunan Insan dan Kerukunan Keluarga (LPIKK) PAS Kawasan Besut dengan kerjasama LPIKK Dewan Muslimat PAS Kawasan Besut (DMPKB) yang dibuat khusus untuk muslimat PAS Besut.

Terima kasih kepada panel jemputan, YB Ustazah Nor Asilah Mohamed Zin, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan merangkap ADUN Limbongan juga Ustazah Fadilah Syed Hamid, Ketua DMPKB serta moderator, Ustazah Asiah Adni Adnan.

Semoga para muslimat mengambil setiap butir kata ilmiah pada hari ini dan mengaplikasikannya dalam kehidupan sebagai srikandi ummah juga sebagai pelengkap sayap perjuangan sang suami.

Tahniah PASTI Terengganu!
31/05/2026

Tahniah PASTI Terengganu!

Alhamdulillah.

Dari Terengganu ke Bangkok.

Apa yang bermula dengan sebuah cita-cita untuk memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak Islam, semalam menerima pengiktirafan di pentas dunia.

Jabatan PASTI Negeri Terengganu dianugerahkan:

๐Ÿ† BEST PRESCHOOL OF THE YEAR
โ–ช๏ธWorld School Summit 2026, Bangkok, Thailand.

Anugerah ini bukan milik seorang individu.

Ia milik setiap guru yang ikhlas mendidik, setiap pengurus yang berkorban masa dan tenaga, setiap ibu bapa yang meletakkan kepercayaan, serta setiap anak-anak PASTI yang menjadi inspirasi perjuangan kami.

Sesungguhnya, apabila usaha disandarkan kepada Allah, tiada yang mustahil.

Terima kasih atas doa dan sokongan semua.

Melahirkan Generasi Celik Al-Quran.

30/05/2026
29/05/2026
29/05/2026

Ibadah korban bukan sekadar menyembelih, tetapi tanda ketaatan, keikhlasan dan pengorbanan kepada Allah. Semoga setiap titisan pengorbanan membawa keberkatan dan mendekatkan hati kepada-Nya. ๐Ÿค๐Ÿ„

Semoga Allah SWT merahmati Tuan Guru ๐Ÿ’š
28/05/2026

Semoga Allah SWT merahmati Tuan Guru ๐Ÿ’š

TUAN GURU MURSYIDUL AM PAS YANG ISTIQOMAH.

Oleh: Dr Riduan Mohd Nor

Guratan wajahnya berseri dengan cahaya dan senyuman khasnya melihat rombongan LESTARI yang datang. " Ahlan ...ahlan" tukasnya melihat kami. Terbuku rasa sebak apabila mencium tangannya kerna beberapa bulan lepas kondisinya yang kritikal dalam bilik ICU. Aku berdesut ke bumi Perlis selepas berceramah di Dun Rembia Melaka. Masa yang berharga untuk dibazirkan percuma . Rombongan kami berdengkur halus ditepi jalanraya negeri Kedah, demamku tak ada tanda surut minggu lepas. Pertemuan dengan Mursyidul Am seperti pil tahan sakit yang mendamaikan. Taujihat yang mengalir jernih dari takungan kolam akal Mursyidul Am, bertakung dalam nurani , kalamnya terus bersambung ,dengan nada ceria bertemu anak anak harakah.

" Apabila enta datang ziarah ni, mengingatkan ana pada suatu kenangan lama....lebih setengah abad lalu." Dia menutur cermat seperti mengingati kisah emas yang melekat dalam memori. Kisah beliau dan empat temannya yang baru bergraduat daripada Universiti Baghdad. Menziarahi Presiden PAS yang ketiga, almarhum Dr Burhanuddin al Helmi yang baharu sahaja dilepaskan daripada tahanan ISA. " Kalau tak silap ana ,tahun 1970...Dr Burhanuddin baru bebas..seminggu selepas ziarahi almarhum telah meninggal dunia" ujarnya sayu. Mursyidul Am menceritakan pesanan almarhum kepada lima anak muda yang mendapat tarbiah Ikhwanul Muslimin yang menziarahi di Taiping itu . Kelompok anak muda yang ditaja pendidikan tinggi oleh PAS agar kelima anak muda yang ditajnid ini meneruskan perjuangan bersama PAS.

" Hari ini ana nak berpesan perkara yang sama kepada enta semua, orang muda..teruskan perjuangan ..perjuangan ini akan terus bersambung , yang tua akan pergi " nadanya lirih.

Perbualan kami terus menjalar kepada isu isu pendidikan yang digerakkan oleh jamaah PAS. Mursyidul Am PAS sangat obses dengan usaha pemberdayaan ilmu dan pendidikan PAS . Beliau bercerita tentang permintaan tinggi masyarakat untuk menghantar anak anak ke Sekolah rendah Islam , PASTI dan lain lain. PAS sebagai gerakan Islam mempunyai tanggungjawab untuk melahirkan generasi al Quran sebagai pelapis perjuangan dimedan dakwah,amal tarbawi dan siasah. " Hebatnya anak- anak yang ditarbiah di sekolah jamaah ini,ana kadang kadang rasa malu melihat mereka menghafal al Quran lebih banyak daripada ana " katanya berlucu dalam nada merendah diri.

Topik perbualan kami juga seputar dunia pengalaman politik Mursyidul Am sendiri. " Ana masuk bertanding tujuh kali dalam pilihanraya...empat yang ana menang termasuk PRK Arau " getusnya lagi. Moral ceritanya , perjalanan panjang dalam jamaah bukan sekadar zaman bahagia mendakap kemenangan dokongan rakyat tetapi setiap amilin mesti terus bekerja dizaman jamaah diuji dengan kesusahan.

Ustaz Hashim Jasin seorang pemimpin pelajar antara yang diasuh oleh Sheikh Taqiuddin Qandil sehinggalah sebelum melanjutkan pendidikan tinggi di Baghdad ,beliau pernah menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis.

Pada tahun 1963 p**a, satu rombongan pelajar Malaysia telah dihantar belajar ke Baghdad yang terdiri daripada 10 orang pelajar. PAS telah diberi peluang menghantar sepuluh orang pelajar itu dengan ihsan daripada Perdana Menteri Iraq Muhammad Arif as-Salam yang merupakan simpatisan Ikhwanul Muslimin di Iraq walaupun beliau daripada Parti Sosialis.

Ikhwanul Muslimin Iraq mempunyai hubungan dengan tokoh-tokoh PAS di Malaysia dalam dekad 1960an seperti Ustaz Abu Bakar Hamzah dan lain- lain. Kerajaan Iraq pada zaman itu turut memberikan bantuan kepada YPTIK Nilam Puri yang ditubuhkan oleh kerajaan Kelantan. PAS telah memilih anak-anak muda yang berpotensi dan dilihat mempunyai tendensi dan bakat untuk menjadi penyambung perjuangan Islam . Mereka alumni sekolah-sekolah agama yang dipilih dari seluruh negara. Sepuluh pelajar terpilih dengan tapisan yang piawai itu ialah:

1. Ustaz Hashim Jasin.
2. Ustaz Mohamad Daud Iraqi
3. Ustaz Hasan Shukri.
4. Ustaz Abdul Rahim Md Zain
5. Ustaz Hasbullah Kasban.
6. Ustaz Abdul Ghani Kasa.
7. Ustaz Dahlan Muhammad Zain.
8. Ustaz Abdul Halim Yahya.
9. Ustaz Isamuddin Haji Ahmad
10. Ustaz Azmi Ahmad.

Penulis pernah mendengar pengkisahan ini daripada almarhum Ustaz Haji Hassan Syukri, juga Ustaz Hashim Jasin sendiri bagaimana generasi tajnid ini diasuh. Pelajar-pelajar pilihan PAS ini mendapat bimbingan secara langsung daripada tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin di Iraq. Antara sosok penting IM Iraq yang memasak fikrah kepada Ustaz Hashim ialah Dr Abdul Karim Zaidan, Sheikh Soleh Ali Abu Mun'im,Sheikh Abdul Aziz Al Badri dan lain lain.

Mursyidul Am PAS keempat ini mencicip kuliah secara formal dalam bidang Syariah dan bahasa Arab di kampus dan juga program kaderisasi dakwah Ikhwanul Muslimin membentuk karektor Mursyidul Am PAS ini. Iraq mempunyai ramai tokoh pemikir Ikhwanul Muslimin seperti Sheikh Muhamad Mahmud Sowwaf dan Sheikh Abdul Aziz al-Badri. Sebahagian daripada pelajar ini akhirnya menjadi aktivis PAS sama ada di peringkat Pusat atau Negeri.

Generasi beliau sebahagian besar telah berangkat ke negeri abadi. " Ana dah 87 tahun , tak tahu berapa lagi baki umur..doakan ana sihat, terasa tak puas berjuang atas katil, kadang ana ikuti mesyuarat secara online" Tuan Guru Mursyidul Am melepaskan apa yang terbuku. Berkeringat dilapangan adalah therapi sebuah kehidupan bermanfaat . Mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, AJK DPPP, Ketua Dewan Ulama Perlis, AJK PAS Pusat, Pesuruhjaya PAS Perlis serta puluhan jawatan yang lain dalam PAS. Tuan Guru Ustaz Hashim pernah menggalang jawatan ADUN dan juga Ahli Parlimen. April 1998 beliau memenangi Pilihanraya Kecil Arau menewaskan Ismail Kassim ( adinda DS Shahidan Kassim). Ini juga bukti kekuatan PAS bukan bersandar faktor Anwar Ibrahim dan gelombang reformasi 1998. Ini kerana ramai avatar PH, bahkan penulis serta pengkaji politik BBNU sering menyebut bahawa PAS menumpang kekuatan Anwar Ibrahim walhal pemecaran Anwar pada September 1998!.

Figura dakwah yang disukai ramai ini juga adalah bekas Pegawai Agama FELDA sebelum bersara pada tahun 1989. Dengan kep**angan ke alam abadi Dato Dr Haron Din pada 16 September 2016 maka penelitian dibuat untuk melantik pengganti Mursyidul Am yang berikutnya. Tuan Guru Ustaz Hashim Jasin dipilih oleh Majlis Syura Ulama untuk menjadi Mursyidul Am PAS yang keempat sehingga kini.

Sesungguhnya perkataan istiqomah sangat ringan untuk diluncurkan melepasi kerongkong,namun sangat berat untuk dilaksanakan dalam kehidupan yang penuh dengan ujian serta keseronokan sementara. Moga kita semua diteguhkan tapak kaki untuk terus beristiqomah dalam perjuangan ini.

( Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi LESTARI )

28/05/2026

Mesyuarat Agung Tahunan bukan sekadar acara rutin organisasi, bahkan merupakan satu ๐š๐ฆ๐š๐ง๐š๐ก ๐๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐๐š๐ง ๐ญ๐š๐ซ๐›๐ข๐ฒ๐š๐ก ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค ๐ฃ๐ข๐ฐ๐š ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐ฆ๐ž๐ฆ๐š๐ก๐š๐ฆ๐ข ๐ž๐ซ๐ญ๐ข ๐ญ๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐› ๐›๐ž๐ซ๐ฃ๐ž๐ฆ๐š๐š๐ก.

[Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan Besut Kali Ke-63]

Alhamdulillah selesai Qurban Perdana Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial Dewan Muslimat PAS Kawasan Besut (LKKS DMP...
28/05/2026

Alhamdulillah selesai Qurban Perdana Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial Dewan Muslimat PAS Kawasan Besut (LKKS DMPKB) pada hari ini.

Ini merupakan tahun ketiga program Qurban Perdana dari LKKS DMPKB telah dijalankan dengan menumbangkan seekor lembu. Daging qurban telah diagihkan kepada mereka yang memerlukan di sekitar Besut.

โ€œKami Cakna, Kami Prihatin.โ€

Selamat Hari Raya Aidiladha kami ucapkan. Bersama kita menghayati erti pengorbanan dari sirah Nabi Ibrahim a.s dan Nabi ...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha kami ucapkan. Bersama kita menghayati erti pengorbanan dari sirah Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Tentang bagaimana mentaati perintah Allah SWT dengan seutuhnya tanpa soal.

Semoga kita menjadi hamba yang mencintai-Nya dan dicintai-Nya.

๐’๐ž๐ฆ๐š๐ง๐ ๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฃ๐ฎ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ซ๐ž๐ง๐ญ๐š๐ฌ๐ข ๐ง๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐Ÿ’šTerima kasih kepada petugas Muslimat dari DUN Jerteh dan DUN Kota Putera yang bera...
26/05/2026

๐’๐ž๐ฆ๐š๐ง๐ ๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฃ๐ฎ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ซ๐ž๐ง๐ญ๐š๐ฌ๐ข ๐ง๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐Ÿ’š

Terima kasih kepada petugas Muslimat dari DUN Jerteh dan DUN Kota Putera yang berada di DUN Rembia pada beberapa hari yang lepas bagi membantu gerak kerja sempena PRN Melaka.

Semoga setiap langkah, tenaga dan pengorbanan yang dicurahkan menjadi amal soleh serta dipermudahkan segala urusan sepanjang misi ini.

Address

Jerteh

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Muslimat PAS Kawasan Besut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dewan Muslimat PAS Kawasan Besut:

Share