Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Besut

Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Besut AADK BESUT

Assalamualaikum, dengan rasa sedih dan dukacita saya ingin memaklumkan bahawa Mohamad Norsaifulzan Bin Muhamad (Saiful P...
26/11/2025

Assalamualaikum, dengan rasa sedih dan dukacita saya ingin memaklumkan bahawa Mohamad Norsaifulzan Bin Muhamad (Saiful Puje) Pembantu Antidadah S2 PUSPEN Besut telah kembali ke rahmatullah pada pukul 12.30 malam hari ni.

إنا لله وإنا إليه راجعون

Mohon sedekahkan Al-Fatihah dan doakan semoga rohnya diberi ketenangan dan ditempatkan di syurga-Nya. Aamiin

Sesungguhnya, Allah lebih menyayanginya.....🥹

CERAMAH DAN PAMERAN ANTIDADAH DI SRIDAR AN-NUR26.11.2025 (RABU)-AADK Daerah Besut telah dijemput untuk mengadakan Cerama...
26/11/2025

CERAMAH DAN PAMERAN ANTIDADAH DI SRIDAR AN-NUR

26.11.2025 (RABU)-AADK Daerah Besut telah dijemput untuk mengadakan Ceramah dan Pameran Antidadah di Sekolah Rendah Islam Dar (SRIDAR) An-Nur. Ceramah telah disampaikan oleh En. Khairil Izhar bin Mat Taha selaku Ketua Unit Pencegahan Aadk Daerah Besut berkaitan Penyalahgunaan Dadah.

Terima kasih kepada pihak SRIDAR AN-NUR atas jemputan dan tanda sokongan ke atas usaha membanteras penyalahgunaan dadah serta bahan untuk generasi masa depan.

_____________________________________________

Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari https://www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



25/11/2025

🎬 MONTAJ VIDEO: SEMINAR & HARI APRESIASI KEPULIHAN AADK 2025

Seminar Menangani Gejala Dadah dan Hari Apresiasi Kepulihan AADK 2025 berlangsung meriah dengan kehadiran DYTM Tuanku Raja Muda Kedah serta pemimpin utama negara. Program ini menampilkan pembentangan holistik berkaitan pencegahan, keselamatan dan pemulihan, selaras dengan usaha memperkukuh kesiapsiagaan komuniti.

Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah
Kementerian Dalam Negeri






25/11/2025
25/11/2025

🎬 RANGKUMAN VIDEO: SEMINAR & HARI APRESIASI KEPULIHAN AADK 2025

Seminar Menangani Gejala Dadah dan Hari Apresiasi Kepulihan AADK 2025 berlangsung meriah dengan kehadiran DYTM Tuanku Raja Muda Kedah serta pemimpin utama negara. Program ini menampilkan pembentangan holistik berkaitan pencegahan, keselamatan dan pemulihan, selaras dengan usaha memperkukuh kesiapsiagaan komuniti.

Majlis turut meraikan klien yang berjaya mengekalkan kepulihan sebagai simbol ketabahan dan komitmen mereka membina kehidupan baharu. Pelbagai aktiviti sampingan seperti pameran perkhidmatan, jualan produk klien dan penyertaan syarikat swasta dalam menawarkan peluang pekerjaan turut menyerikan program.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen AADK mendekati masyarakat secara inklusif dan penuh empati, demi memperkukuh sokongan terhadap pencegahan, pemulihan dan kesinambungan kepulihan.





25/11/2025
24 November 2025- Pameran dan ceramah Antidadah di Sekolah Kebangsaan Bukit Tempurong telah dilaksanakan dengan jayanya....
25/11/2025

24 November 2025- Pameran dan ceramah Antidadah di Sekolah Kebangsaan Bukit Tempurong telah dilaksanakan dengan jayanya.

Ceramah berkaitan kempen hidup sihat tanpa dadah peringkat sekolah telah disampaikan oleh En Khairil Izhar Bin Mat Taha iaitu Ketua Unit Pencegahan AADK Daerah Besut.

Setinggi penghargaan kepada pihak sekolah kerana telah berjaya melaksanakan program ini.




Barang siapa yang memudaratkan orang lain, Allah SWT akan mendedahkan mudarat padanya. Barang siapa yang menyusahkan ora...
21/11/2025

Barang siapa yang memudaratkan orang lain, Allah SWT akan mendedahkan mudarat padanya. Barang siapa yang menyusahkan orang lain, Allah SWT boleh menyusahkan urusannya.

Hadis riwayat Al-Tirmizi.

Marilah kita menjauhi perbuatan yang menzalimi, memudaratkan atau menyusahkan orang lain.

Sebaliknya, kita hidupkan budaya ihsan, saling membantu dan memudahkan urusan sesama insan.

Ikhlas daripada Dato' Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan.




Barang siapa yang memudaratkan orang lain, Allah SWT akan mendedahkan mudarat padanya. Barang siapa yang menyusahkan orang lain, Allah SWT boleh menyusahkan urusannya.

Hadis riwayat Al-Tirmizi.

Marilah kita menjauhi perbuatan yang menzalimi, memudaratkan atau menyusahkan orang lain.

Sebaliknya, kita hidupkan budaya ihsan, saling membantu dan memudahkan urusan sesama insan.

Ikhlas daripada Dato' Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah




21/11/2025

Seminar Menangani Gejala Dadah & Hari Apresiasi Kepulihan 2025
“Aku, Keluarga dan AADK”

Program eksklusif anjuran AADK ini menghimpunkan pakar, penggiat komuniti serta wira-wira pemulihan bagi memperkukuh kefahaman masyarakat dalam pencegahan dadah dan pengukuhan sokongan keluarga.

Program ini menghimpunkan seramai 500 pejuang kepulihan yang berjaya mengekalkan kepulihan daripada bahan terlarang itu.

Selain itu, AADK turut menghimpunkan kumpulan sistem sokongan terdiri daripada ibu bapa, suami isteri, ahli keluarga yg turut menjadi tulang belakang kepada proses pengekalan kepulihan ini.

Majlis dirasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia, Tuanku Raja Muda Kedah.

📅 23 November 2025 (Ahad)
🕣 8.30 pagi – 2.00 petang
📍 Raia Hotel & Convention Centre, Alor Setar

Sertai kami dalam usaha memperkasa komuniti melalui kerjasama berstrategi ke arah Malaysia bebas ancaman dadah.

AADK, PENJARA PERKUKUH PELAKSANAAN PROGRAM TVET DI PUSPENKetua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Dato’ Ruslin...
20/11/2025

AADK, PENJARA PERKUKUH PELAKSANAAN PROGRAM TVET DI PUSPEN

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Dato’ Ruslin Jusoh telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Dato’ Abdul Aziz Abdul Razak bertempat di Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Kajang.

Kunjungan ini merupakan usaha AADK untuk memperkukuhkan kerjasama strategik bersama Jabatan Penjara Malaysia dalam memperluas pelaksanaan Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) seluruh negara.

Delegasi AADK turut disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Tuan Zainudin Abdullah dan sembilan orang pegawai kanan AADK yang terlibat secara langsung dalam perancangan program pemulihan dan latihan kemahiran klien.

Perbincangan antara kedua-dua pihak tertumpu kepada pelaksanaan program TVET sebagai satu elemen terapi pemulihan kepada klien PUSPEN agar mereka mampu memperoleh kemahiran teknikal dan vokasional sepanjang tempoh rawatan dan pemulihan.

Program ini juga adalah selaras dengan hasrat Kerajaan MADANI yang mahu melihat PUSPEN menjadi platform pembangunan modal insan dengan memberi peluang kedua kepada klien melalui pemerkasaan kemahiran hidup dan keusahawanan.

YAB Timbalan Perdana Menteri sebelum ini turut menekankan keperluan pelaksanaan program TVET secara menyeluruh di semua PUSPEN sebagai strategi jangka panjang membina daya tahan klien selepas tamat pemulihan.

AADK kini menyasarkan pelaksanaan program TVET sebagai komponen tetap dalam sistem pemulihan agar klien dapat kembali ke pangkuan masyarakat sebagai individu yang produktif, berdikari serta bebas daripada pengaruh bahan terlarang.








Address

Jerteh
22200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096958594

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Besut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share