PAS Cawangan Bukit Payong Hilir

PAS Cawangan Bukit Payong Hilir Media Rasmi PAS Cawangan Bukit Payong Hilir
(1)

19/05/2024

KENYATAAN MEDIA

GLOBAL INFRASTRUCTURE PARTNERS (GIP) YANG DIMILIKI BLACKROCK, SYARIKAT PRO-ISRAEL MEMILIKI SAHAM MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD (MAHB)

17 MEI 2024

1. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita tentang saham pegangan dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) juga dimiliki oleh Global Infrastructure Partners (GIP) yang merupakan anak syarikat kepada sebuah syarikat dari Amerika Syarikat iaitu BlackRock. BlackRock merupakan pemilik kepada pemegang saham semua syarikat pembekal senjata yang membolehkan Israel terus melakukan genosid ke atas rakyat Palestin.

2. Hal ini tidak sepatutnya berlaku, dan sebarang syarikat yang Pro-Israel tidak seharusnya diberi ruang untuk bertapak di Malaysia, lebih-lebih lagi di tempat-tempat strategik seperti lapangan terbang.

3. Malaysia sudah jelas dan tegas dengan pendirian bahawa kita tidak akan menormalisasikan sebarang hubungan dengan Israel. Hatta, hubungan perdagangan sekalipun kerana keuntungan-keuntungan inilah yang membolehkan Israel terus menggila di bumi Palestin.

4. Dalam pada itu, apakah signifikannya syarikat ini diberi kebebasan untuk memiliki saham di MAHB sedangkan rekod-rekod pengurusannya di lapangan-lapangan terbang lain yang dimilikinya dilihat teruk dan gagal. Oleh itu, Pemuda Perikatan Nasional kesal dengan keadaan yang sedang berlaku kini dan menuntut penjelasan daripada pihak berkenaan, terutamanya pihak kerajaan yang dilihat hanya berdiam diri sehingga kini.

5. Pemuda Perikatan Nasional ingin menegaskan bahawa sebarang hal atau perkara yang mempunyai hubungan dengan Israel perlu dibatalkan serta-merta tanpa kompromi. Tiada guna hanya suara lantang di peringkat antarabangsa, tetapi tindakan di belakang lain nadanya.

YB AFNAN HAMIMI DATO‘ TAIB AZAMUDDEN
Ketua Pemuda Perikatan Nasional



19/05/2024
19/05/2024
19/05/2024
19/05/2024
19/05/2024
19/05/2024
Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Besut kali ke-652024
18/05/2024

Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Besut kali ke-65
2024

Address

Jerteh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Cawangan Bukit Payong Hilir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share