01/05/2026
KUNJUNGAN MAHABBAH PPIM PERHUBUNGAN NEGERI KEDAH KE BESUT
🗓️1 MEI 2026(JUMAAT)
🏛️DAMAI BEACH RESORT, BUKIT KELUANG, BESUT
ALHAMDULILLAH,
Dengan penuh rasa syukur dan ukhuwwah yang mekar di hati,
Pn. Hjh. Norehan Sulong, Pengerusi Pergerakan Puteri Islam Malaysia Perhubungan Negeri Terengganu, menyambut baik serta merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas Kunjungan Mahabbah daripada Pergerakan Puteri Islam Malaysia Perhubungan Negeri Kedah.
Alhamdulillah,
PPIM PD Besut diterajui oleh Pn Hjh Wan Kuntom Wan Abdullah dan para AJK menunaikan amanah menerima kunjungan ini dengan penuh mesra dan harmoni.
Pertemuaan yang sangat membahagiakan.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada:
Yg Berbahagia Datin Che Hasnah binti Abdullah, Pengerusi PPIM PN Kedah bersama deligasi PPIM PN Kedah kerana memilih destinasi kami sebagai medan menjalin ukuwah fillah.
Pertemuan yang penuh mesra ini bukan sahaja mengeratkan silaturrahim antara dua negeri, malah menjadi wadah perkongsian ilmu, pengalaman serta pengukuhan jalinan ukhuwah demi memartabatkan perjuangan PPIM.
Semoga kunjungan ini terus menyemai semangat kebersamaan, memperkukuhkan hubungan antara saf kepimpinan dan menjadi asbab lahirnya lebih banyak kerjasama yang membawa manfaat kepada seluruh warga PPIM.
“Jauh di mata, dekat di hati.
Bertemu dalam mahabbah, berpadu dalam ukhuwah.”