Perpustakaan Desa Kg. Padang Luas, Jerteh, Terengganu

Perpustakaan Desa Kg. Padang Luas, Jerteh, Terengganu Government Organization Library

11 JUN 2026 I AHADAssalamualaikum gaiss!Aktiviti Maya Hari Ini."KUIZ MAAL HIJRAH"Jom pakat like dan komen jawapan masing...
14/06/2026

11 JUN 2026 I AHAD

Assalamualaikum gaiss!
Aktiviti Maya Hari Ini.

"KUIZ MAAL HIJRAH"

Jom pakat like dan komen jawapan masing-masing.






14 JUN 2026 I AHADπŸ₯΅πŸ’§ KESAN KEKURANGAN AIR DI MUSIM PANASDalam cuaca panas, badan kehilangan lebih banyak cecair melalui ...
14/06/2026

14 JUN 2026 I AHAD
πŸ₯΅πŸ’§ KESAN KEKURANGAN AIR DI MUSIM PANAS
Dalam cuaca panas, badan kehilangan lebih banyak cecair melalui peluh. Jika air yang hilang tidak diganti, tubuh boleh mengalami dehidrasi.
Antara tanda dan kesan kekurangan air ialah:
⚠️ Sakit kepala dan pening
⚠️ Cepat letih dan lesu
⚠️ Kurang fokus ketika belajar atau bekerja
⚠️ Mulut dan tekak menjadi kering
⚠️ Air kencing menjadi pekat dan berwarna gelap
⚠️ Risiko strok haba yang boleh membahayakan nyawa
Jangan tunggu sehingga dahaga baru hendak minum.
Amalkan minum air masak secukupnya sepanjang hari, terutama ketika cuaca panas atau melakukan aktiviti luar.
πŸ’¦ Air yang mencukupi membantu badan kekal segar, minda lebih fokus dan kesihatan lebih terjaga.
Lindungi diri dan keluarga daripada dehidrasi. Minum air secukupnya setiap hari.




Kredit: Malaysia Mendidik

14 JUN 2026 I AHADSetiap kelahiran di Malaysia wajib didaftarkan tapi Jangan keliru, kerana pendaftaran kelahiran di Mal...
14/06/2026

14 JUN 2026 I AHAD

Setiap kelahiran di Malaysia wajib didaftarkan tapi Jangan keliru, kerana pendaftaran kelahiran di Malaysia tidak bermaksud seseorang itu automatik menjadi warganegara Malaysia.
Anda mungkin pernah melihat pasangan bukan warganegara datang ke JPN untuk mendaftarkan kelahiran anak mereka. Namun, tidak bermakna anak tersebut akan menerima Sijil Kelahiran berwarna hijau.
Bagi kes anak kepada bukan warganegara JPN akan mengeluarkan Sijil Kelahiran Bukan Warganegara berwarna merah jambu (pink). Ini menunjukkan kelahiran telah didaftarkan secara sah, tetapi bukan bukti kewarganegaraan Malaysia.
Ringkasnya:
Daftar kelahiran = rekod kelahiran
Kewarganegaraan = ditentukan oleh undang-undang
Saifuddin Nasution Ismail
Kementerian Dalam Negeri (KDN)




Kredit: Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia

13 JUN 2026 I SABTU Terima kasih kepada adik-adik yang telah menyertai aktiviti di Perpustakaan Desa Kampung Padang Luas...
13/06/2026

13 JUN 2026 I SABTU

Terima kasih kepada adik-adik yang telah menyertai aktiviti di Perpustakaan Desa Kampung Padang Luas pada hari ini. πŸ₯°

Kehadiran dan semangat anda memeriahkan lagi suasana aktiviti yang dijalankan. Kami amat menghargai penyertaan semua dan berharap adik-adik seronok serta mendapat pengalaman yang bermanfaat.

Jangan lupa untuk datang lagi kerana banyak lagi aktiviti menarik, menyeronokkan dan berfaedah yang akan diadakan pada masa akan datang. Kami sentiasa menantikan kedatangan anda di Perpustakaan Desa Kampung Padang Luas! πŸ“šβœ¨

Jumpa lagi di aktiviti seterusnya! 😊🌟







13 JUN 2026 I SABTUPOTASSIUM: MINERAL KECIL, KESAN BESAR PADA JANTUNG DAN OTOTPotassium atau kalium ialah sejenis garam ...
13/06/2026

13 JUN 2026 I SABTU

POTASSIUM: MINERAL KECIL, KESAN BESAR PADA JANTUNG DAN OTOT
Potassium atau kalium ialah sejenis garam mineral yang diperoleh daripada makanan harian. Ia penting untuk fungsi otot, saraf dan rentak jantung.
Namun, paras potassium dalam darah tidak boleh terlalu rendah dan tidak boleh terlalu tinggi.
Apabila terlalu rendah, seseorang boleh mengalami rasa terlalu lesu, otot lemah atau kejang, loya, muntah dan rentak jantung tidak sekata.
Apabila terlalu tinggi p**a, risikonya juga serius, terutama kepada pesakit buah pinggang kronik dan pesakit dialisis.
Ini kerana buah pinggang berperanan mengawal paras potassium dalam badan. Jika fungsi buah pinggang merosot, potassium boleh terkumpul dalam darah dan menyebabkan komplikasi berbahaya.
Sebab itu, nasihat β€œmakan banyak makanan tinggi potassium” tidak sesuai untuk semua orang.
Bagi individu sihat, makanan seperti sayur, buah, kekacang dan sumber makanan semula jadi lain boleh membantu melengkapkan keperluan potassium harian.
Tetapi bagi pesakit buah pinggang, pesakit dialisis atau mereka yang mengambil ubat tertentu, pengambilan makanan tinggi potassium perlu ikut nasihat doktor atau pakar diet.
Potassium penting. Tetapi keseimbangan lebih penting.

Kredit: Public Health Malaysia

13 JUN 2026 I SABTUπŸ“š DAFTAR u-PUSTAKA HARI INI! πŸ“šTahukah anda? Dengan keahlian u-Pustaka, anda boleh mengakses pelbagai ...
13/06/2026

13 JUN 2026 I SABTU

πŸ“š DAFTAR u-PUSTAKA HARI INI! πŸ“š
Tahukah anda? Dengan keahlian u-Pustaka, anda boleh mengakses pelbagai koleksi digital seperti e-buku, e-majalah, bahan rujukan dan banyak lagi β€” semuanya di hujung jari, bila-bila masa dan di mana sahaja.
βœ… Percuma untuk rakyat Malaysia
βœ… Akses bahan digital 24/7
βœ… Mudah didaftarkan secara dalam talian
βœ… Sesuai untuk pelajar, penjawat awam, usahawan dan seluruh keluarga
Ikuti langkah mudah dalam poster ini untuk mendaftar dan mula menikmati dunia ilmu tanpa sempadan.
🌐 Daftar sekarang di: www.u-library.gov.my
β€œUtamakan Pengetahuan, Ingatlah u-Pustaka”


Kredit: u-Pustaka : u-Library

13 JUN 2026 I SABTUπŸ˜‡Stres adalah keadaan resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat tekanan mental atau fizikal.Stres ad...
13/06/2026

13 JUN 2026 I SABTU

πŸ˜‡Stres adalah keadaan resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat tekanan mental atau fizikal.
Stres adalah normal pada situasi tertentu. Namun cara anda mengurus stres mampu memberikan impak positif atau sebaliknya kepada diri.
Amalkan tip seperti di atas bagi menangani stres yang dialami.
πŸ’ͺ☎️Untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bantuan sokongan sosial, hubungi Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental- Talian HEAL 15555 (Help with Empathy And Love) yang beroperasi setiap hari termasuk cuti umum bermula 08:00 pagi hingga 12.00 tengah malam.
β€œπ—žπ—˜π—¦π—œπ—›π—”π—§π—”π—‘ π— π—˜π—‘π—§π—”π—Ÿ π— π—œπ—Ÿπ—œπ—ž π—¦π—˜π— π—¨π—”β€

Kredit: Kementerian KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

13/06/2026

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Jom bersama-sama menjadi sebahagian daripada detik bersejarah Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan yang akan disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri.

πŸ“… 13 Jun 2026 (Sabtu)
πŸ•“ 4.00 Petang
πŸ“ Pentas Utama, Pekarangan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah

Sambutan ini menghimpunkan kepelbagaian budaya, warisan dan semangat kebersamaan rakyat Malaysia dalam memperkukuh perpaduan demi masa depan negara yang lebih harmoni dan sejahtera.

✨ Mari raikan keunikan kita, eratkan silaturahim dan buktikan bahawa perpaduan adalah kekuatan negara.

"Bersama Membina Negara Bangsa"

Anwar Ibrahim
Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Jabatan Penerangan Malaysia
Malaysia MADANI
Jabatan Penerangan Sabah
JPNIN Sabah





13 JUN 2026 I SABTUBayam Hijau atau Bayam Merah: Mana Lebih Berkhasiat?Tahukah anda bahawa bayam hijau dan bayam merah s...
13/06/2026

13 JUN 2026 I SABTU

Bayam Hijau atau Bayam Merah: Mana Lebih Berkhasiat?
Tahukah anda bahawa bayam hijau dan bayam merah sebenarnya mempunyai banyak persamaan dari segi khasiat pemakanan?
Kedua-duanya merupakan sayuran berdaun yang kaya dengan vitamin, mineral, antioksidan dan fitokimia yang penting untuk kesihatan tubuh.
Bayam hijau terkenal dengan kandungan klorofil, lutein dan beta-karotena yang tinggi.
Sebatian ini membantu menjaga kesihatan mata, melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas serta menyokong fungsi imun badan.
Selain itu, bayam hijau juga kaya dengan vitamin A dan vitamin C yang penting untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.
Bayam merah p**a mendapat warna merah keunguan daripada pigmen semula jadi yang dikenali sebagai betasianin.
Pigmen ini mempunyai sifat antioksidan yang kuat dan sering dikaitkan dengan potensi anti-radang.
Terdapat beberapa kajian turut melaporkan bahawa beberapa varieti bayam merah mempunyai kapasiti antioksidan yang lebih tinggi berbanding varieti bayam biasa.
Dari segi manfaat kesihatan, kedua-dua jenis bayam membantu melawan radikal bebas, menyokong kesihatan jantung, membantu mengawal paras gula darah dan menyumbang kepada pengurusan berat badan.
Kandungan nitrat semula jadi dalam bayam juga boleh membantu meningkatkan prestasi fizikal dan mempercepatkan pemulihan badan selepas aktiviti lasak.
Walau bagaimanapun, kandungan nutrien sebenar boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti varieti tanaman, kaedah penanaman, tahap cahaya matahari, pembajaan dan cara penyediaan makanan.
Kaedah memasak yang berbeza juga boleh mengubah kandungan vitamin dan antioksidan dalam sayuran.
Kesimp**annya, tiada keperluan untuk memilih satu jenis sahaja.
Mengamalkan kedua-dua bayam hijau dan bayam merah dalam diet harian adalah pilihan terbaik untuk mendapat pelbagai manfaat nutrisi dan menyokong gaya hidup sihat.

Kredit: Jabatan Pertanian Malaysia

10 JUN 2026 I RABUAssalamualaikum gaissAktiviti Maya Hari Ini."KUIZ TOKOH PAHLAWAN"Jom pakat like dan komen jawapan masi...
10/06/2026

10 JUN 2026 I RABU

Assalamualaikum gaiss

Aktiviti Maya Hari Ini.
"KUIZ TOKOH PAHLAWAN"

Jom pakat like dan komen jawapan masing-masing.







Address

Perpustakaan Desa Kg Padang Luas
Jerteh
22000

Opening Hours

Wednesday 08:45 - 17:00
Saturday 08:45 - 05:00
Sunday 08:45 - 05:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa Kg. Padang Luas, Jerteh, Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perpustakaan Desa Kg. Padang Luas, Jerteh, Terengganu:

Share