14/05/2026
Pada 14 Mei 2026 - Program Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP)
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut telah mengandakan Program JKKP bertempat di pejabat JPS Besut. Program ini diadakan sebagai usaha berterusan dalam meningkatkan kesedaran warga kerja terhadap kepentingan penjagaan keselamatan, kesihatan serta kesejahteraan di tempat kerja.
Program pada pagi ini turut mendapat kerjasama daripada KK Kuala Besut yang hadir bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan (medical checkup) kepada warga JPS Besut. Inisiatif ini bukan sahaja membantu dalam memastikan tahap kesihatan kakitangan sentiasa berada dalam keadaan baik, malah turut memberi pendedahan mengenai kepentingan amalan gaya hidup sihat dan pengesanan awal risiko penyakit.
Pihak JPS Besut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada staf KK Kuala Besut atas kesudian hadir serta kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi melahirkan persekitaran kerja yang lebih selamat, sihat dan produktif.