13/06/2026
13.6.2026 | SABTU
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung yang telah meluangkan masa hadir ke Perpustakaan Desa Kg Apal pada hari ini.
Kehadiran anda amat bermakna dan menjadi penyuntik semangat kepada kami untuk terus menyediakan pelbagai aktiviti serta bahan bacaan yang bermanfaat kepada masyarakat. Semoga setiap kunjungan dapat menambah ilmu pengetahuan, mencetuskan idea baharu dan memupuk budaya membaca dalam kalangan semua lapisan masyarakat.
Terima kasih atas sokongan yang berterusan. Kami berharap dapat terus berjumpa anda dalam program dan aktiviti yang akan datang.
📚 "Perpustakaan Desa Kg Apal – Pusat Ilmu, Inspirasi dan Komuniti." 📚
😊 Terima kasih kerana berkunjung. Jumpa lagi! 😊