Pergigian Daerah Jerantut

Pergigian Daerah Jerantut Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pergigian Daerah Jerantut, Government Organization, KP Jerantut, Jerantut.

29/04/2026

PROGRAM TRANSFORMATION WITH 1 SMILE TOGETHER (TW1ST) KOLEJ KOMUNITI JERANTUT




KOLABORASI ORAL DAN AGAMA (KOA) BERSAMA MASJID AL-FIRDAUS, FELDA PADANG PIOL20 APRIL 2026- Satu program kolaborasi kesih...
29/04/2026

KOLABORASI ORAL DAN AGAMA (KOA) BERSAMA MASJID AL-FIRDAUS, FELDA PADANG PIOL

20 APRIL 2026- Satu program kolaborasi kesihatan pergigian bersama institusi agama telah diadakan di Masjid Al- Firdaus, (F) Padang Piol dengan kerjasama Klinik Pergigian Bergerak (KPB) Daerah Lipis.

Program ini turut disertai oleh pelbagai agensi luar, seperti Tabung Haji, institusi perbankan BSN, Coway serta Klinik Kesihatan (KK) Padang Piol.

Program yang mensasarkan para penduduk daripada semua peringkat umur ini telah melibatkan ceramah dan pameran kesihatan pergigian, pemeriksaan dan rawatan pergigian serta kempen 6020.

Sekalung penghargaan kami ucapkan kepada pihak AJK masjid beserta semua pihak yang terlibat atas kerjasama jitu yang diberikan. Semoga usaha murni ini dapat kita teruskan pada masa hadapan.




PROGRAM TRANSFORMATION WITH 1 SMILE TOGETHER (TW1ST) KOLEJ KOMUNITI JERANTUT16 APRIL 2026- Telah berlangsung dengan jaya...
23/04/2026

PROGRAM TRANSFORMATION WITH 1 SMILE TOGETHER (TW1ST) KOLEJ KOMUNITI JERANTUT

16 APRIL 2026- Telah berlangsung dengan jayanya program Transformation With 1 Smile Together (TW1ST) di Kolej Komuniti Jerantut.

Program ini telah disempurnakan dengan kehadiran :
(i) Yang Berbahagia Pengarah Kolej Komuniti Jerantut, Ts. Azad Muslim bin Muhammad
(ii) Yang Berbahagia Timbalan Pengarah Pengurusan Kolej Komuniti Jerantut, Puan Noradila binti Amrun
(iii) Yang Berbahagia Pegawai Pembangunan Pelajar, En Saiful Zairy bin Mohd Zaidi
(iv) Yang Berusaha, Dr Siti Farah Amelia binti Ahmad Subhi, Penyelaras Promosi Pergigian Daerah Jerantut

Program ini telah melibatkan lantikan 4 Ikon Gigi Remaja (iGG-R) terdiri daripada para pelajar Kolej Komuniti Jerantut sendiri.

Pelbagai aktiviti bertemakan pergigian telah dilaksanakan termasuk Latihan Memberus Gigi (LMG), Dental Hunt Explorace, Ceramah dan Pameran Kesihatan Pergigian beserta pemeriksaan dan rawatan pergigian bersama Klinik Pergigian Bergerak (KPB) Daerah Lipis.

Kami merakamkan setinggi penghargaan dan apresiasi kepada semua pihak yang terlibat. Semoga kerjasama utuh ini dapat dikekalkan untuk masa yang mendatang.




Pada 2 hingga 3 April 2026, telah berlangsung dengan jayanya Program Pretest Jaguh Jerantut 5.0 yang bertempat di Dewan ...
02/04/2026

Pada 2 hingga 3 April 2026, telah berlangsung dengan jayanya Program Pretest Jaguh Jerantut 5.0 yang bertempat di Dewan Utama, Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut.

Program ini melibatkan penyertaan peserta Jaguh Jerantut 5.0 serta kakitangan dari Pejabat Pergigian Daerah Jerantut. Ia dianjurkan oleh Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) dengan kerjasama Unit Pemakanan, Unit Dietetik, Unit Psikologi Kaunseling, Unit Carapulih Kerja dan Unit Fisioterapi.
💪

Sepanjang program, para peserta telah menjalani sesi pretest kesihatan serta pelbagai aktiviti berkaitan gaya hidup sihat, termasuk penilaian fizikal dan kesedaran kesihatan.

🎯 Objektif utama program ini adalah untuk menilai tahap kesihatan awal peserta serta meningkatkan kesedaran mengenai pencegahan penyakit tidak berjangkit.

👏 Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan serta komitmen yang tinggi daripada semua peserta yang terlibat.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan program ini!

✨ BENGKEL TRAINING OF TRAINER (TOT) PROGRAM PENURUNAN BERAT BADAN JAGUH JERANTUT 5.0 DAN UPDATE CPG OBESITY 2026 ✨Melang...
02/04/2026

✨ BENGKEL TRAINING OF TRAINER (TOT) PROGRAM PENURUNAN BERAT BADAN JAGUH JERANTUT 5.0 DAN UPDATE CPG OBESITY 2026 ✨

Melangkah ke hadapan dalam memperkasa ilmu dan kemahiran.

Bengkel ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada garis panduan terkini, malah memperkukuh peranan Person In Charge (PIC) dalam melaksanakan intervensi penurunan berat badan secara berkesan.

Bersama-sama kita membudayakan gaya hidup sihat dan mempertingkat kualiti perkhidmatan ke arah komuniti yang lebih sejahtera 💪💚

“SWEAT NOW, SLAY LATER- Dari Klinik Ke Komuniti”

Pergigian Pahang
Program Kesihatan Pergigian KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth
Pergigian Daerah Jerantut
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Dengan sukacitanya dimaklumkan, Program Pengurusan Berat Badan anjuran Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Jerantut bakal...
02/04/2026

Dengan sukacitanya dimaklumkan, Program Pengurusan Berat Badan anjuran Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Jerantut bakal bermula Isnin ini! 💪✨

Seramai 55 peserta akan memulakan perjalanan ke arah gaya hidup yang lebih sihat, lebih cergas, dan lebih yakin.

Ini bukan sekadar tentang menurunkan berat badan, tetapi tentang membina disiplin, kekuatan diri, dan kesihatan jangka panjang.

Langkah kecil hari ini, perubahan besar esok. Ayuh kita sokong dan doakan kejayaan semua peserta! 🌟

WORLD ORAL HEALTH DAY 🦷✨Hari Kesihatan Mulut Sedunia jatuh pada 20 Mac setiap tahun. Pada tahun ini, ianya membawa mesej...
30/03/2026

WORLD ORAL HEALTH DAY 🦷✨

Hari Kesihatan Mulut Sedunia jatuh pada 20 Mac setiap tahun. Pada tahun ini, ianya membawa mesej agar kita lebih peka bahawa penjagaan kesihatan mulut adalah perjalanan sepanjang hayat dari awal kelahiran sehinggalah ke usia emas.

Ayuh kita amati infografik ini! Amalan sihat hari ini membina senyuman yang yakin untuk masa depan.




AKTIVTI BERSEMPENA BULAN KESEDARAN KANSER MULUT Bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Mulut pada Februari yang lalu, ...
10/03/2026

AKTIVTI BERSEMPENA BULAN KESEDARAN KANSER MULUT

Bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Mulut pada Februari yang lalu, pelbagai aktiviti telah diadakan di klinik-klinik pergigian daerah Jerantut seperti :
1. Ceramah kesihatan pergigian dan kanser mulut
2. Demonstrasi pemeriksaan mulut kendiri
3. Kuiz kanser mulut

Cegah sebelum terlambat,
Lindungi diri, lindungi yang tersayang




INFOGRAFIK : KANSER MULUTTahukah anda, bulan Februari adalah bulan kesedaran kanser mulut!Pernah anda dengari tentang ka...
27/02/2026

INFOGRAFIK : KANSER MULUT

Tahukah anda, bulan Februari adalah bulan kesedaran kanser mulut!

Pernah anda dengari tentang kanser mulut?
Apakah yang anda perlu tahu?

Jom kita amati infografik ini!
Cegah sebelum terlambat,
Lindungi diri, lindungi yang tersayang




✨ ROCK CLIMBING X-BREAK DI VIA FERRATA PAYA GUNUNG, JERANTUT ANJURAN PEJABAT KESIHATAN PERGIGIAN DAERAH JERANTUT ✨Melang...
02/02/2026

✨ ROCK CLIMBING X-BREAK DI VIA FERRATA PAYA GUNUNG, JERANTUT ANJURAN PEJABAT KESIHATAN PERGIGIAN DAERAH JERANTUT ✨

Melangkah keluar dari zon selesa, memanjat lebih tinggi dari kebiasaan.

Aktiviti ini bukan sekadar mencabar fizikal, tetapi membina ketahanan mental, keyakinan diri dan semangat kebersamaan.

Bersama-sama kita bergerak aktif, sihat dan positif ke arah budaya kerja yang lebih seimbang dan bermakna 💪💚

“SWEAT NOW, SLAY LATER- Dari Klinik Ke Komuniti” ⛰️

Pergigian Pahang
Program Kesihatan Pergigian KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Address

KP Jerantut
Jerantut
27000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6092663133

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergigian Daerah Jerantut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share