Pejabat Daerah Dan Tanah Jerantut

Pejabat Daerah Dan Tanah Jerantut Pejabat Daerah Dan Tanah Jerantut merupakan sebuah organisasi di bawah Pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang

Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan
27000 JerantutPahang Darul Makmur

TEL:09-2663511 / 5511 / 5512
FAX:09-2665513

๐ƒ๐ˆ๐‘๐†๐€๐‡๐€๐˜๐” ๐“๐”๐€๐๐Š๐”Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-P...
01/06/2026

๐ƒ๐ˆ๐‘๐†๐€๐‡๐€๐˜๐” ๐“๐”๐€๐๐Š๐”

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Allah SWT mengurniakan perlindungan dan rahmat-Nya buat Seri Paduka Baginda Tuanku.

Daulat Tuanku.

๐ŸŒ™โœจ Salam Aidiladha 1447H โœจ๐ŸŒ™Semoga Hari Raya Aidiladha ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat kita semua...
26/05/2026

๐ŸŒ™โœจ Salam Aidiladha 1447H โœจ๐ŸŒ™

Semoga Hari Raya Aidiladha ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat kita semua.
Hayati erti pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang dalam mengeratkan silaturahim sesama insan. ๐Ÿค

Selamat Hari Raya Aidiladha
Maaf Zahir & Batin. ๐Ÿ„๐Ÿ•Œ

25/05/2026
๐Ÿšจ ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—Ÿ ๐Ÿฒ ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ! ๐ŸšจJangan tunggu saat akhir, jom bayar Cukai Tanah sebelum ๐Ÿฏ๐Ÿญ ๐— ๐—ฒ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ bagi mengelakkan denda dan t...
25/05/2026

๐Ÿšจ ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—Ÿ ๐Ÿฒ ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ! ๐Ÿšจ
Jangan tunggu saat akhir, jom bayar Cukai Tanah sebelum ๐Ÿฏ๐Ÿญ ๐— ๐—ฒ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ bagi mengelakkan denda dan tindakan rampasan.






๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐——๐—›๐—” ๐——๐—œ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—œ, ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—• ๐——๐—”๐—ง๐—” ๐—•๐—”๐—ฅ๐—จ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ฆ๐—จ๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—š๐—œ๐—ก๐—š ๐——๐—”๐—ก ๐——๐—จ๐—œ๐—ง ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—”JERANTUT, 21 Mei 2026 โ€“ Sempena sa...
22/05/2026

๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐——๐—›๐—” ๐——๐—œ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—œ, ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—• ๐——๐—”๐—ง๐—” ๐—•๐—”๐—ฅ๐—จ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ฆ๐—จ๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—š๐—œ๐—ก๐—š ๐——๐—”๐—ก ๐——๐—จ๐—œ๐—ง ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—”

JERANTUT, 21 Mei 2026 โ€“ Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba, satu program penyerahan sumbangan daging dan duit raya kepada ahli Kelab DATA Baru Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut telah diadakan dalam suasana penuh mesra dan harmoni.

Program tersebut bertujuan menghargai ahli kelab selain mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli melalui semangat kebersamaan dan keprihatinan. Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh wakil pengurusan kelab kepada para penerima yang hadir.

Inisiatif ini diharap dapat menceriakan sambutan Aidiladha serta menyemarakkan nilai kasih sayang, perpaduan dan semangat bantu-membantu dalam kalangan komuniti Kelab DATA Baru.






๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—•๐—”๐—–๐—”๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ก ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ž๐—”๐—ก ๐—จ๐—ž๐—›๐—จ๐—ช๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—๐—”๐—›๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”JERANTUT, 21 Mei 2026 โ€“ Majlis Bacaan Ya...
22/05/2026

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—•๐—”๐—–๐—”๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ก ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ž๐—”๐—ก ๐—จ๐—ž๐—›๐—จ๐—ช๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—๐—”๐—›๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”

JERANTUT, 21 Mei 2026 โ€“ Majlis Bacaan Yasin Bulanan bagi bulan Mei telah berlangsung dengan penuh khusyuk dan harmoni melibatkan warga kerja yang hadir bagi mengimarahkan program kerohanian tersebut.

Majlis seperti ini bukan sahaja menjadi medium memperkukuhkan ukhuwah sesama warga kerja, malah turut menyemai nilai-nilai murni dan budaya kerja yang positif dalam organisasi.





Hari Hol Negeri Pahang merupakan detik penuh penghormatan dan ingatan buat seluruh rakyat Pahang terhadap jasa serta leg...
21/05/2026

Hari Hol Negeri Pahang merupakan detik penuh penghormatan dan ingatan buat seluruh rakyat Pahang terhadap jasa serta legasi pemerintahan Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Riโ€™ayatuddin Al-Muโ€™adzam Shah.

Semoga roh Al-Marhum dicucuri rahmat, ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh serta diangkat darjat di sisi Allah SWT.

Al-Fatihah.

๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—๐—ฃ๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—œ ๐—๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—งJERANTUT, 18 Mei 2026 โ€“ Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (J...
18/05/2026

๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—๐—ฃ๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—œ ๐—๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—ง

JERANTUT, 18 Mei 2026 โ€“ Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Pahang, Encik Mohammad Bin Abdullah bersama Pegawai Pendaftaran Daerah Jerantut, Encik Mohd Pisol bin Abdul Talib telah mengadakan sesi kunjung hormat pada hari ini di Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut.

Kunjungan tersebut diadakan sebagai usaha memperkukuhkan hubungan kerjasama antara Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Pahang dengan pihak pentadbiran daerah serta agensi berkaitan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Selain bertukar pandangan mengenai isu-isu semasa berkaitan perkhidmatan JPN, sesi tersebut turut membincangkan pelbagai inisiatif dan usaha penambahbaikan perkhidmatan khususnya melibatkan masyarakat di daerah Jerantut. Pertemuan dengan Pegawai Daerah Jerantut berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni serta diharapkan dapat terus memperkukuhkan kerjasama strategik demi manfaat masyarakat setempat.





๐—ž๐—˜๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ช๐—”๐—› ๐——๐—จ๐—Ÿ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐——๐—จ๐—ž๐—” ๐—•๐—”๐—š๐—œ๐—ก๐——๐—” ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—šKAMPUNG PAGI, 17 Mei 2026 โ€“ Kebawah Duli Paduka Baginda Su...
17/05/2026

๐—ž๐—˜๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ช๐—”๐—› ๐——๐—จ๐—Ÿ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐——๐—จ๐—ž๐—” ๐—•๐—”๐—š๐—œ๐—ก๐——๐—” ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—š

KAMPUNG PAGI, 17 Mei 2026 โ€“ Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan berangkat pulang selepas selesai mengadakan lawatan dan bersama rakyat di Ulu Tembeling. Sebelum berangkat pulang, Baginda berkenan mencemar duli santapan pagi di Kampung Pagi dalam suasana penuh mesra dan harmoni.

Keberangkatan Baginda jelas mencerminkan keprihatinan serta hubungan erat institusi diraja dengan rakyat di negeri ini.




๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ช๐—”๐—› ๐——๐—จ๐—Ÿ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐——๐—จ๐—ž๐—” ๐—•๐—”๐—š๐—œ๐—ก๐——๐—” ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ช๐—”๐—› ๐——๐—จ๐—Ÿ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐——๐—จ๐—ž๐—” ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—จ ๐— ๐—”๐—›๐—ž๐—ข๐—ง๐—” ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—ก๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—จ๐——๐—จ๐—ž ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ...
16/05/2026

๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ช๐—”๐—› ๐——๐—จ๐—Ÿ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐——๐—จ๐—ž๐—” ๐—•๐—”๐—š๐—œ๐—ก๐——๐—” ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ช๐—”๐—› ๐——๐—จ๐—Ÿ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐——๐—จ๐—ž๐—” ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—จ ๐— ๐—”๐—›๐—ž๐—ข๐—ง๐—” ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—ก๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—จ๐——๐—จ๐—ž ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š ๐—š๐—จ๐—ฆ๐—”๐—œ

KAMPUNG GUSAI, 16 Mei 2026 โ€“ Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang bersama Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang berkenan menyertai Program Ziarah Kasih di Kampung Gusai yang melibatkan lawatan ke dua buah rumah penduduk.

Program tersebut diadakan sebagai tanda keprihatinan baginda terhadap kebajikan rakyat serta bagi menyantuni penduduk setempat. Dalam lawatan tersebut, baginda berdua turut beramah mesra dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang diziarahi.

Selepas sesi ziarah, baginda berdua turut berkenan mengadakan lawatan ke Kebun Fertigasi Timun milik penduduk kampung bagi melihat sendiri perkembangan projek pertanian yang diusahakan. Lawatan tersebut mencerminkan sokongan terhadap usaha meningkatkan ekonomi penduduk melalui sektor pertanian moden dan berdaya maju.

Keberangkatan baginda berdua nyata membawa kegembiraan kepada penduduk Kampung Gusai serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat setempat.





Address

Jerantut
27000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:00
14:45 - 17:00

Telephone

+6092663511

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah Dan Tanah Jerantut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Daerah Dan Tanah Jerantut:

Share