Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Jerantut

Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Jerantut Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Jerantut
YB Ir. Ts. Haji Khairil Nizam
Ahli Parlimen Jerantut

๐‰๐„๐‰๐€๐Š ๐”๐’๐€๐‡๐€๐–๐€๐ ๐‰๐„๐‘๐€๐๐“๐”๐“ ๐Ÿ“Kali ni kita singgah p**a ke Gerai Lepak Santai (Nasi Arab).Nasi Arab dia memang sedap! ๐Ÿ˜‹ Dagin...
13/09/2026

๐‰๐„๐‰๐€๐Š ๐”๐’๐€๐‡๐€๐–๐€๐ ๐‰๐„๐‘๐€๐๐“๐”๐“ ๐Ÿ“

Kali ni kita singgah p**a ke Gerai Lepak Santai (Nasi Arab).

Nasi Arab dia memang sedap! ๐Ÿ˜‹ Daging kambing lembut, ayam pun sedap. Deme kena try sendiri baru tahu.

Selain Nasi Arab, pagi-pagi sini ada macam-macam menu sarapan. Tengah hari p**a ada pilihan nasi berlauk dengan pelbagai lauk kampung.

๐Ÿ› ๐‘ต๐’‚๐’”๐’Š ๐‘จ๐’“๐’‚๐’ƒ ๐‘ฒ๐’‚๐’Ž๐’ƒ๐’Š๐’๐’ˆ & ๐‘จ๐’š๐’‚๐’Ž
๐Ÿ•– Operasi: 7 ๐’‘๐’‚๐’ˆ๐’Š โ€“ 5 ๐’‘๐’†๐’•๐’‚๐’๐’ˆ
๐Ÿ“… ๐‘ฐ๐’”๐’๐’Š๐’ โ€“ ๐‘บ๐’‚๐’ƒ๐’•๐’–

Kalau belum pernah cuba, deme kena try! ๐Ÿ‘Œ

FB: AINI JAI / Puntung Berasap

Jom support usahawan lokal Jerantut! ๐Ÿค

Hujung minggu macam biasa, memenuhi beberapa jemputan majlis kenduri dan jemputan kahwin.Mula-mula singgah ke Kg Melayu ...
12/09/2026

Hujung minggu macam biasa, memenuhi beberapa jemputan majlis kenduri dan jemputan kahwin.

Mula-mula singgah ke Kg Melayu Jerantut, memenuhi jemputan Majlis Kesyukuran Zuraโ€™ Kitchen. Lepas tu terus ke Kg Paya Rajin memenuhi jemputan kenduri kahwin, dan berakhir p**a di Felda Jengka 9, juga memenuhi jemputan majlis perkahwinan.

Alhamdulillah, dapat jumpa ramai sahabat dan orang kampung. Sambil makan, sempat sembang-sembang, bertanya khabar dan dengar macam-macam cerita.

Terima kasih kepada semua yang sudi menjemput. Kalau ada rezeki dan kesempatan, insyaAllah kita cuba hadir. ๐Ÿ˜Š๐Ÿคฒ

Hari ini saya bersama Pegawai Khas ADUN Pulau Tawar, Ustaz Shahrom, Abang Syahrom Ketua Cawangan PAS Felda Jengka 8 dan ...
11/09/2026

Hari ini saya bersama Pegawai Khas ADUN Pulau Tawar, Ustaz Shahrom, Abang Syahrom Ketua Cawangan PAS Felda Jengka 8 dan ahli-ahli cawangan turun ziarah beberapa buah rumah di Felda Jengka 8.

Ada yang baru kehilangan orang tersayang, ada juga yang sedang diuji dengan masalah kesihatan. Jadi kita singgah, tanya khabar dan dengar cerita mereka.

Kadang-kadang tak perlu buat benda besar pun. Dapat datang jumpa, duduk sembang dan tunjukkan kita ambil berat pun dah cukup bermakna.

InsyaAllah, kita cuba teruskan budaya ziarah macam ni. Mana yang boleh dibantu, kita bantu. Mana yang perlukan perhatian, kita cuba usahakan. ๐Ÿคฒ

Petang ini saya berkesempatan menziarahi beberapa keluarga di sekitar Taman PAKR Kuala Tembeling.Ziarah pertama membawa ...
10/09/2026

Petang ini saya berkesempatan menziarahi beberapa keluarga di sekitar Taman PAKR Kuala Tembeling.

Ziarah pertama membawa saya kembali ke sebuah rumah yang pernah saya kunjungi sebelum ini. Kali ini, keadaan beliau semakin mencabar apabila disahkan menghidap kanser tulang. Semoga dipermudahkan segala urusan rawatan dan dikurniakan kekuatan buat beliau sekeluarga. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Kemudian, saya singgah p**a menziarahi sebuah keluarga yang sedang melalui fasa bahagia apabila anak mereka berjaya melanjutkan pengajian ke UiTM Rembau. Semester kedua bakal bermula hujung bulan ini. Tahniah dan teruskan berusaha! ๐ŸŽ“โœจ

Semoga setiap keluarga yang diziarahi terus diberikan kekuatan, kesihatan dan rezeki yang luas. โค๏ธ

JEJAK USAHAWAN JERANTUT ๐Ÿ“Kedai Special Sup Gearbox PakNgah Ali di Kg Sungai Par.Dulu PakNgah Ali meniaga dekat kedai ber...
09/09/2026

JEJAK USAHAWAN JERANTUT ๐Ÿ“

Kedai Special Sup Gearbox PakNgah Ali di Kg Sungai Par.

Dulu PakNgah Ali meniaga dekat kedai berhampiran Masjid Lama. Bila kawasan kedai tu nak dibuat renovasi, beliau pindah dan mula berniaga sarapan pagi dengan membuka khemah di tepi jalan.

Disebabkan ramai p**a yang dok tanya dan minta masakan panas, PakNgah Ali ambil keputusan untuk buka kedai di lokasi baharu ini dekat dengan rumah deme.

Sekarang kedai ini p**a beroperasi dengan masakan panas bermula pukul 2.30 petang hingga pukul 7.30 malam

Slow-slow deme kemaskan kedai dan tambah lampu. InsyaAllah bila dah siap nanti, nak buka waktu malam p**a.

Kalau singgah sini, boleh cuba Sup Gearbox yang menjadi menu special deme. Nasi Goreng Sg Par pun antara menu yang boleh dicuba. ๐Ÿ˜‹

Inilah antara usahawan tempatan yang kita nak kenal dan sokong.

Deme meniaga, kita support. Deme usaha, kita bantu promosikan. ๐Ÿค

Untuk pertanyaan dan tempahan :
018 241 9729 (Pak Ngah Ali)

Seharian bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi. ๐Ÿš™๐Ÿคฒ Ziarah kematian di Kg Temin bersama YB Damak.๐ŸŒง๏ธ Ziarah dua keluarg...
08/09/2026

Seharian bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi. ๐Ÿš™

๐Ÿคฒ Ziarah kematian di Kg Temin bersama YB Damak.

๐ŸŒง๏ธ Ziarah dua keluarga mangsa ribut di Kg Mat Kilau 2, serta mangsa ribut di Warung Lepak Santai, sebelah SKJ.

โค๏ธ Akhir sekali, Ziarah Kasih buat isteri Pak Yunus Ismail yang sedang menerima rawatan di Hospital Jerantut.

Dalam sibuknya rutin harian, ada masa yang perlu diperuntukkan untuk bersama masyarakat. Menziarahi, mendengar dan berkongsi rasa.

In sha Allah, . ๐Ÿค

๐™‹๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™–๐™ฉ๐™ช๐™–๐™ฃ ๐™๐™ข๐™ข๐™–๐™, ๐˜ผ๐™ฃ๐™ฉ๐™–๐™ง๐™– ๐™‹๐™š๐™ฃ๐™œ๐™ค๐™ง๐™—๐™–๐™ฃ๐™–๐™ฃ ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ฅ๐™š๐™ฃ๐™ฉ๐™ž๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ.Petang tadi saya bersama ahli-ahli PAS Kawasan Jerantut dalam progra...
07/09/2026

๐™‹๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™–๐™ฉ๐™ช๐™–๐™ฃ ๐™๐™ข๐™ข๐™–๐™, ๐˜ผ๐™ฃ๐™ฉ๐™–๐™ง๐™– ๐™‹๐™š๐™ฃ๐™œ๐™ค๐™ง๐™—๐™–๐™ฃ๐™–๐™ฃ ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ฅ๐™š๐™ฃ๐™ฉ๐™ž๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ.

Petang tadi saya bersama ahli-ahli PAS Kawasan Jerantut dalam program dalaman yang dimulakan dengan iftar jamaie, sebelum diteruskan dengan Kuliah Haraki Khas dan perkongsian bersama.

Seperti semalam, saya mulakan tausiyah sayadengan membedah beberapa intipati daripada Ucapan Dasar Presiden PAS yang disampaikan di Muktamar Tahunan PAS Pusat baru-baru ini, khususnya berkaitan penyatuan ummah, berlapang dada dan bertolak ansur dalam perbincangan, serta amanah untuk mengisi kemenangan.

Kita perlu memahami bahawa kemenangan bukan sekadar soal mencapai kuasa, tetapi bagaimana kemenangan itu diisi dengan penyelesaian Islam yang membawa keadilan, kebajikan dan kesejahteraan kepada rakyat.

Moga iftar dan pengisian malam ini menjadi ruang untuk kita memperkukuh ukhuwwah, menyatukan saf dan menyegarkan kembali tekad untuk terus bekerja menghadapi amanah yang lebih besar.

Saf disatukan, ukhuwwah diperkukuh, kemenangan diisi dengan penyelesaian Islam. ๐Ÿค๐Ÿป

๐•ป๐–Š๐–“๐–ž๐–Š๐–‘๐–Š๐–˜๐–†๐–Ž๐–†๐–“ ๐•ด๐–˜๐–‘๐–†๐–’ ๐•ธ๐–Š๐–“๐–Œ๐–Ž๐–˜๐–Ž ๐•ถ๐–Š๐–’๐–Š๐–“๐–†๐–“๐–Œ๐–†๐–“.Tema yang bukan sekadar slogan, tetapi membawa amanah besar untuk kita mengisi kem...
06/09/2026

๐•ป๐–Š๐–“๐–ž๐–Š๐–‘๐–Š๐–˜๐–†๐–Ž๐–†๐–“ ๐•ด๐–˜๐–‘๐–†๐–’ ๐•ธ๐–Š๐–“๐–Œ๐–Ž๐–˜๐–Ž ๐•ถ๐–Š๐–’๐–Š๐–“๐–†๐–“๐–Œ๐–†๐–“.

Tema yang bukan sekadar slogan, tetapi membawa amanah besar untuk kita mengisi kemenangan dengan keadilan, kebajikan dan kesejahteraan buat rakyat.

Dan, Muktamar kali ini amatlah istimewa. Para muktamirin bukan sahaja menerima kehadiran pimpinan UMNO, tetapi ia juga menjadi isyarat yang cukup jelas bahawa usaha ke arah ๐‘ท๐’†๐’๐’š๐’‚๐’•๐’–๐’‚๐’ ๐‘ผ๐’Ž๐’Ž๐’‚๐’‰ sedang dan akan terus kita realisasikan.

Berbeza pandangan itu biasa. Namun, apabila kepentingan agama, bangsa dan masa depan negara menjadi keutamaan, ruang untuk duduk bersama perlu sentiasa dibuka.

Lebih penting, kemenangan yang kita miliki mesti diisi dengan dasar dan penyelesaian yang nyata.

๐”๐œ๐š๐ฉ๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ฌ๐š๐ซ ๐๐ซ๐ž๐ฌ๐ข๐๐ž๐ง turut menggariskan gagasan ๐–๐š๐ฐ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐ˆ๐ง๐๐ฎ๐ค ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š ๐’๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š 2051 (๐–๐ˆ๐๐’ 2051) sebagai pelan induk jangka panjang, di samping konsep ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š ๐๐ž๐ซ๐ค๐ž๐›๐š๐ฃ๐ข๐ค๐š๐ง yang meletakkan keadilan, kesejahteraan dan kebajikan rakyat sebagai tanggungjawab bersama.

๐Š๐ž๐ซ๐š๐ง๐ ๐ค๐š ๐Œ๐š๐ง๐ข๐Ÿ๐ž๐ฌ๐ญ๐จ ๐๐‘๐”-16 p**a mengangkat lima tonggak utama: politik yang berintegriti, adil dan stabil; ekonomi yang membawa kemakmuran serta pengagihan yang lebih adil; pembangunan sosial melalui pendidikan, kesihatan dan kebajikan; jaminan hak dalam masyarakat majmuk; serta dasar luar yang berdaulat dan bermaruah.

Inilah makna mengisi kemenangan bukan sekadar menang pilihan raya, tetapi menggunakan kemenangan untuk membina negara yang lebih sejahtera, adil dan berkebajikan.

Insya-Allah, daripada muktamar ini kita bawa p**ang semangat yang lebih segar, tekad yang lebih kuat dan langkah yang lebih tersusun.

Penyatuan ummah kita gerakkan.
Kemenangan kita isi.
Malaysia kita bina bersama. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Momen-momen ini diambil selepas sahaja perasmian Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-72. ๐Ÿ˜

P/s: Gambar pertama merupakan team Media/IT yang bertungkus-lumus sepanjang Muktamar di Kelantan tahun ini. Mereka inilah hero yang tidak didendangkan, yang menjadikan muktamar ini AWESOME ๐Ÿ˜Ž

Walaupun baru sahaja p**ang dari Muktamar Tahunan PAS Pusat di Kota Bharu pagi tadi, malam ini saya terus bersama sahaba...
06/09/2026

Walaupun baru sahaja p**ang dari Muktamar Tahunan PAS Pusat di Kota Bharu pagi tadi, malam ini saya terus bersama sahabat-sahabat di Jerantut dalam Program Munajat T300 PRU16 DUN Damak.

Malam ini saya berkesempatan menyampaikan tausiyah, dengan menjadikan intipati Ucapan Dasar Presiden PAS sebagai pedoman dan renungan bersama.

Antaranya tentang pentingnya penyatuan ummah, berlapang dada dan bertolak ansur dalam perbincangan, serta bagaimana kita mengisi kemenangan apabila diberikan amanah oleh rakyat.

Kemenangan bukan sekadar untuk diraikan, tetapi mesti diisi dengan tawaran Islam sebagai jalan penyelesaian kepada permasalahan rakyat dan negara.

Semoga munajat dan usaha kita malam ini menjadi bekalan untuk terus istiqamah bekerja, memperkukuh kesatuan dan bersedia menghadapi PRU16.

Dari muktamar, terus turun ke medan. โœŠ๐Ÿป

Bersempena bermulanya cuti persekolahan pada hujung minggu lepas, saya sempat memenuhi beberapa jemputan walimah sekitar...
01/09/2026

Bersempena bermulanya cuti persekolahan pada hujung minggu lepas, saya sempat memenuhi beberapa jemputan walimah sekitar Jerantut.

Musim cuti sekolah ni memang lain macam meriahnya. Ke sana sini memenuhi jemputan, bertemu sahabat handai dan saudara-mara, sambil tumpang seronok meraikan pasangan pengantin ๐Ÿ˜Š

Yang keluar dari Jerantut tengah bercuti tuuโ€ฆ jem tengah makan ke tuuu? ๐Ÿคญ

Apa-apa pun hati-hati atas jalan raya, ingatlah kepada yang tersayang ๐Ÿฅน

In sha Allah

Address

21, LORONG TEMIN UTAMA 1, TAMAN TEMIN UTAMA
Jerantut
27000

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Friday 09:00 - 16:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Jerantut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share