04/05/2026
SAMBUTAN HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2026
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT JERANTUT
Tarikh: 4 Mei 2026
Hari: Isnin
Tempat: Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut
Program ini diadakan bagi memperingati Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia serta menghargai jasa dan pengorbanan anggota bomba dalam menjalankan tugas menyelamat.
ATUR CARA AKTIVITI
Sambutan dimulakan dengan perhimpunan baris pagi yang melibatkan anggota Pasukan A dan Pasukan C. Dalam perhimpunan tersebut, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Jerantut telah menyampaikan bacaan perutusan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kepada semua anggota yang hadir.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan nyanyian lagu rasmi, iaitu:
Lagu Negaraku
Lagu Negeri Pahang
Lagu Siap Sedia Setiap Masa
Bagi mengisi pengisian rohani, program diteruskan dengan bacaan Yasin yang disertai oleh semua anggota sebagai tanda kesyukuran dan doa kesejahteraan.
Selain itu, satu aktiviti simbolik telah dijalankan iaitu penanaman pokok jenis “Happiness Tree” di kawasan balai sebagai tanda komitmen terhadap kelestarian alam sekitar.
Sebagai penutup program, pihak balai telah mengadakan ziarah kebajikan ke atas pesara bomba yang kurang sihat sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan terhadap bekas anggota yang telah banyak berjasa kepada jabatan.
Secara keseluruhannya, sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 peringkat Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut telah berjalan dengan lancar dan penuh bermakna. Program ini bukan sahaja dapat menyemarakkan semangat anggota, malah mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk nilai keprihatinan dalam kalangan warga bomba.