Felda Sungai Lui, Bandar Seri Jempol, N. Sembilan Darul Khusus, Malaysia.

  • Home
  • Malaysia
  • Jempol
  • Felda Sungai Lui, Bandar Seri Jempol, N. Sembilan Darul Khusus, Malaysia.

Felda Sungai Lui, Bandar Seri Jempol, N. Sembilan Darul Khusus, Malaysia. Desa ku indah dan permai

24/04/2026

📢 NOTIS PERSIDANGAN
UMNO CAWANGAN KG FELDA SUNGAI LUI

Assalamualaikum / Salam sejahtera,
Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Persidangan Cawangan akan diadakan seperti berikut:

📅 Tarikh: 25/04/2026 (Sabtu)
🕒 Masa: 2.00 petang
📍 Tempat: Dewan Orang Ramai Felda SG LUI

Oleh yang demikian, anda dijemput hadir bagi menunaikan tanggungjawab sebagai Ahli Cawangan.

Kehadiran anda adalah sangat-sangat dihargai demi perjuangan parti bagi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Sekian, terima kasih.

“Bersatu • Bersetia • Berkhidmat”

Setiausaha
Pn Ruslina BT Mohamad


Pendaftaran ahli baru👇

Portal rasmi pendaftaran keahlian UMNO — daftar, semak status, dan sertai komuniti ahli.

26/10/2025

Alhamdulillah 💕 Jumaat 24 Okt
Tajuk Khutbah: Media Sosial antara Manfaat Dengan Mudarat


Abaikan tawaran keuntungan tidak masuk akal. Jumlah dan tempoh singkat elak penipuan scammer.🇲🇾
28/09/2025

Abaikan tawaran keuntungan tidak masuk akal. Jumlah dan tempoh singkat elak penipuan scammer.🇲🇾

Assalamulaikum... Di jemput semua warga FELDA SUNGAI LUI ke program Sukan Komuniti Pkt Rancagan pada 27.09.2025 bertempa...
25/09/2025

Assalamulaikum... Di jemput semua warga FELDA SUNGAI LUI ke program Sukan Komuniti Pkt Rancagan pada 27.09.2025 bertempat di dewan orang ramai FELDA SG Lui bermula jam 8.00 pagi.. Pelbagai acara s**an akan di pertandingan...jom hadir

Allahumma Salli 'ala Sayyidina Muhammadin wa 'ala ali Sayyidina Muhammad" 💕
05/09/2025

Allahumma Salli 'ala Sayyidina Muhammadin wa 'ala ali Sayyidina Muhammad" 💕

Akhlak Rasulullah SAW yang wajar menjadi contoh buat kita semua.💕 PERMARKAHAN BOCOR JIKA NAK ALLAH SYG..SPERTI RASULULLA...
05/09/2025

Akhlak Rasulullah SAW yang wajar menjadi contoh buat kita semua.💕 PERMARKAHAN BOCOR JIKA NAK ALLAH SYG..SPERTI RASULULLAH SAW. Jika tiada satu pun dibawah.. Nauzubillahi min Zalik... masih ada masa..

١. Baginda selalu diam.
٢. Berbicara ketika perlu.
٣. Perbicaraannya fasih , ringkas tetapi padat .
٤. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.
٥. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab الله swt).
٦. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu’.
٧. Berfikir terus-menerus.
٨. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.
٩. Tidak pernah mencela makanan. Apabila s**a , Baginda akan makan. Jika tidak , ditinggalkannya tanpa mencelanya.
١٠ . Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.
١١ . Marah bukan kerana nafsu .
١٢ . Apabila kebenaran dipermainkan , Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya.
١٣ . Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.
١٤ . Apabila s**a Baginda akan memejamkan mata.
١٥ . Tidak pernah berkata kotor , berbuat keji dan melampaui batas.
١٦ . Tidak pernah berteriak-teriak di pasar.
١٧ . Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada .
١٨ . Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad dijalan الله swt.
١٩ . Apabila menghadapi dua perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara ma'siat.
٢٠ . Di rumah , Baginda adalah manusia biasa yang membasuh pakaian , memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.
٢١ . Ketika duduk atau pun berdiri , Baginda selalu berzikir .
٢٢ . Raut wajahnya selalu ceria , perangainya dapat dicontohi dengan mudah , lemah lembut & peramah.
٢٣ . Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar , berteriak-teriak , lebih-lebih lagi mencela orang lain.
٢٤ . Tiga perkara yang dijauhi ; perselisihan , bongkak & segala yang tidak diperlukan.
٢٥ . Tidak pernah mencela & memaki hamun orang lain.
٢٦ . Tidak pernah mencungkil rahsia orang lain.
٢٧ . Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala.
٢٨ . Perbicaraannya memukau sesiapa pun yang mendengarnya lalu terpegun seolah-olah ada burung melintas di atas kepala mereka.
٢٩ . Sesiapa yang melihat Baginda sepintas lalu akan merasa gerun & hormat terhadapnya.
٣٠ . Sesiapa yang selalu bergaul & telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.
٣١ . Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk & tidak membezakan dikalangan mereka.
٣٢ . Sesiapa yang meminta sesuatu , pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dengan tutur kata yang lemah lembut.
٣٣ . Tangan Baginda selalu terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa pilih kasih . Baginda adalah ayah bagi mereka semua .
٣٤ . Dimanana pun Baginda berada , disitu terpancar cahaya ilmu , sikap malu & sabar serta amanah .
٣٥ . Tidak ada yang berani meninggikan suara dihadapan Baginda kerana kewibawaan Baginda .
٣٦ . Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya ; menghormati orang tua , menyayangi yang kecil , mengutamakan orang yang ada hajat , menjaga keperluan & kebajikan orang asing.
٣٧ . Tidak terus memotong percakapan orang lain. Jika ingin memotong , Baginda hentikan dahulu ataupun berdiri.
٣٨ . Paling berlapang dada.
٣٩ . Paling tepat dalam berbicara.
٤٠ . Paling halus keperibadiannya.
٤١ . Paling ramah & beradab dalam pergaulan & muamalahnya.

Salam Maulidur Rasul
FB/TikTok Masjid Qariah Felda Sglui ??

Kha21OgosAlhamdulillah Majlis Perpisahan "Budi Tersurat,Jasa Tersemat" Tuan GB SKSL En Hazni Muhamad.
21/08/2025

Kha21Ogos
Alhamdulillah
Majlis Perpisahan "Budi Tersurat,Jasa Tersemat" Tuan GB SKSL En Hazni Muhamad.

Jumaat 15 OgosAlhamdulillah 💕 Hari ini... Program Cakna Komuniti GPW Felda Sungai Lui bersama JKKR JPKK MBFM Dan MASJID ...
15/08/2025

Jumaat 15 Ogos
Alhamdulillah 💕
Hari ini... Program Cakna Komuniti GPW Felda Sungai Lui bersama JKKR JPKK MBFM Dan MASJID QARIAH FELDA SGLUI .
Menyantuni Komuniti melalui kunjungan program ziarah kasih x kira apa situasi mereka. Doa kami yg sakit dipercepatkan kesembuhan, yg sihat semoga terus ceria meniti usia
Kami gen 2 mewarisi amanah ayahbonda meneruskan xtvt sebagai Peneroka dengan cara yg berbeza namun tujuan yg sama dgn iringan pengurusan FELDA. Tq boss Fauzi Salleh
Tq tuan rumah, menunggu kami dgn juadah yg sedap2.
Mengeratkan silaturrahim sesama komuniti..
Kunjungan bertanya Khabar, berkongsi rezeki ..
Semoga semua komuniti terus ceria 💕 Aamiin

Sabtu 9ogos Alhamdulillah program kacau bubur Asyura.Terima kasih kepada semua yang terlibat.
09/08/2025

Sabtu 9ogos
Alhamdulillah program kacau bubur Asyura.Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Sempena *Program Sukan Komuniti & Kejohanan Sukan SK (F) Sungai Lui*, kita bawakan *Jualan Rahmah DUN Sungai Lui* 🛒✨ kha...
13/06/2025

Sempena *Program Sukan Komuniti & Kejohanan Sukan SK (F) Sungai Lui*, kita bawakan *Jualan Rahmah DUN Sungai Lui* 🛒✨ khas untuk penduduk sekitar!

Inisiatif ini bertujuan membantu meringankan beban kos sara hidup 💸 dengan harga barangan keperluan yang lebih mampu milik 🥚🍅🧅🥬.

Jom jumpa pada:
📅 *14 Jun 2025 (Sabtu)*
🕣 *8.30 pagi - 12.30 tengahari*
📍 *Padang SK Sungai Lui*

Jangan lupa bawa beg sendiri ya 🛍️♻️
*Moh Waghih!* 🙌🇲🇾

teratas
Razi

Address

JPKK Felda Sungai Lui
Jempol
72120

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Felda Sungai Lui, Bandar Seri Jempol, N. Sembilan Darul Khusus, Malaysia. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share