Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol

Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol LAMAN RASMI FACEBOOK IPD JEMPOL
( Dicipta Tahun 2024 )

02/06/2026

LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS AHLI KELUARGA ARWAH KELUARGA INSP SYAH LOKMAN LUDZA BIN RAMLI

MAKLUMAN HEBAHAN ORANG HILANG - IBU PEJABAT POLIS DAERAH JEMPOL
02/06/2026

MAKLUMAN HEBAHAN ORANG HILANG - IBU PEJABAT POLIS DAERAH JEMPOL

🚨 WANG DALAM AKAUN TIBA-TIBA BERKURANGAN? JANGAN PANIK, BERTINDAK SEGERA! 🚨Penipu sentiasa mencari peluang untuk memperd...
02/06/2026

🚨 WANG DALAM AKAUN TIBA-TIBA BERKURANGAN? JANGAN PANIK, BERTINDAK SEGERA! 🚨

Penipu sentiasa mencari peluang untuk memperdaya mangsa melalui panggilan telefon, SMS, pautan palsu, media sosial dan pelbagai taktik licik yang lain.

Jangan sesekali berkongsi maklumat perbankan seperti kata laluan, PIN, TAC atau OTP kepada sesiapa.

✅ Jangan klik pautan mencurigakan
✅ Aktifkan pengesahan dua faktor (2FA)
✅ Semak akaun bank secara berkala
✅ Pastikan peranti dan aplikasi sentiasa dikemas kini
✅ Hubungi bank untuk pengesahan jika ragu-ragu

⚠️ INGAT! Bank tidak akan meminta TAC, OTP atau kata laluan anda melalui telefon, SMS atau e-mel.

Sekiranya anda menjadi mangsa penipuan:
📞 Hubungi bank anda dengan segera untuk menyekat transaksi.
👮 Buat laporan polis di balai polis berhampiran.
☎️ Hubungi NSRC di talian 997 secepat mungkin.

💡 Waspada hari ini, selamatkan wang anda esok.


🚨 MURAH SANGAT, AKHIRNYA MENANGIS! 🚨Jangan mudah terpedaya dengan harga yang terlalu murah di media sosial.✅ Semak nombo...
31/05/2026

🚨 MURAH SANGAT, AKHIRNYA MENANGIS! 🚨

Jangan mudah terpedaya dengan harga yang terlalu murah di media sosial.

✅ Semak nombor akaun di Semak Mule
✅ Pilih platform yang mempunyai perlindungan pembeli
✅ Elakkan membuat pembayaran kepada individu yang tidak dikenali.

Ingat, scammer sentiasa mencari peluang. Jadilah pengguna yang bijak dan sentiasa berwaspada.



PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH JEMPOL : BRISK WALKJempol, 29 Mei 2026 (Jumaat) - YDH Supt N...
29/05/2026

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH JEMPOL : BRISK WALK

Jempol, 29 Mei 2026 (Jumaat) - YDH Supt Norhisham bin Mustapar, Ketua Polis Daerah Jempol bersama YBhg Puan Juliana binti Jasman, Pengerusi PERKEP IPD Jempol serta 103 warga IPD Jempol telah menyertai Program Aktiviti Gaya Hidup Sihat. Aktiviti yang dijalankan oleh cawangan Latihan/Sukan Ibu Pejabat Daerah Jempol adalah Brisk walk bertempat di Dataran Feldajaya Selatan.

Program ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti berjalan pantas di samping meningkatkan tahap kecergasan fizikal, kesihatan mental dan kesejahteraan warga kerja. Aktiviti ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kerja berpasukan serta mewujudkan persekitaran kerja yang lebih sihat dan produktif.

Penganjuran program seumpama ini selaras dengan usaha berterusan PDRM dalam membudayakan amalan hidup sihat dan memperkukuhkan tahap kesiapsiagaan warga pasukan dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab dengan lebih berkesan.

Turut hadir program ini ialah Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Polis Balai, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam serta ahli PERKEP IPD Jempol.

’refamily

ZIARAH KEMATIAN OLEH YDH KETUA POLIS DAERAH JEMPOL KE ATAS PEGAWAI KANAN DAN ISTERI IBU PEJABAT POLIS DAERAH KUANTANJemp...
27/05/2026

ZIARAH KEMATIAN OLEH YDH KETUA POLIS DAERAH JEMPOL KE ATAS PEGAWAI KANAN DAN ISTERI IBU PEJABAT POLIS DAERAH KUANTAN

Jempol, 27 Mei 2026 (Rabu) – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol telah mengadakan ziarah kematian ke kediaman Allahyarham Insp Syah Lokman Ludza bin Ramli dan isteri, Allahyarhamah Nurulfiza Ardiana binti Ambak di Felda Raja Alias 4, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan bagi menzahirkan penghormatan terakhir serta menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga.

Allahyarham Insp Syah Lokman Ludza bin Ramli, 50 tahun, merupakan pegawai yang bertugas di Bahagian Pentadbiran, IPD Kuantan manakala Allahyarhamah Nurulfiza Ardiana binti Ambak, 46 tahun, ialah seorang suri rumah. Kedua-duanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 27 Mei 2026 jam 0400 hrs di KM-76, Jalan Kuantan–Segamat berhampiran kawasan Felcra Paloh Hinai, Pekan.

Ziarah tersebut diketuai oleh YDH Supt Norhisham bin Mustapar, Ketua Polis Daerah Jempol bersama Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis IPD Jempol. Turut hadir ASP Nazri selaku Pemangku Ketua Bahagian Pengurusan Daerah IPD Kuantan bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis IPD Kuantan bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham dan Allahyarhamah.

Dalam lawatan tersebut, YDH KPD Jempol telah menyampaikan sumbangan derma kilat daripada warga IPD Jempol kepada waris sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral kepada keluarga yang sedang berduka.

Urusan pengebumian telah diuruskan oleh ahli keluarga bersama kariah setempat manakala pihak IPD Jempol turut membantu menyediakan khemah dan kerusi di kawasan tanah perkuburan bagi memastikan kelancaran urusan pengkebumian. Semoga roh Allahyarham dan Allahyarhamah dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan insan beriman. Al-Fatihah.

PROGRAM SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHA DAN IBADAH KORBAN PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH JEMPOL TAHUN 2026Jempol, 27...
27/05/2026

PROGRAM SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHA DAN IBADAH KORBAN PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH JEMPOL TAHUN 2026

Jempol, 27 Mei 2026 (Rabu) – Surau An-Nur IPD Jempol telah menganjurkan Majlis Solat Sunat Aidiladha dan Ibadah Korban Peringkat IPD Jempol Tahun 2026 dalam suasana penuh harmoni, ukhuwah dan semangat kekeluargaan.

Majlis telah diserikan dengan kehadiran YDH Supt Norhisham bin Mustapar, Ketua Polis Daerah Jempol bersama YBhg Puan Juliana binti Jasman, Pengerusi PERKEP IPD Jempol, Ketua-Ketua Bahagian dan isteri, Pegawai Kanan Polis, Ketua Polis Balai dan isteri, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam serta ahli keluarga warga IPD Jempol.

Program dimulakan dengan Solat Sunat Aidiladha secara berjemaah yang dipimpin oleh Ustaz Muhamad Syafiq bin Jalil selaku imam dan pembaca khutbah. Pengisian ibadah ini bertujuan menyemai nilai kesyukuran, keikhlasan serta pengorbanan dalam kalangan warga IPD Jempol selaras dengan tuntutan agama Islam.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan aktiviti penyembelihan lima ekor lembu korban secara bergotong-royong melibatkan warga IPD Jempol. Aktiviti tersebut bukan sahaja memeriahkan sambutan Aidiladha, malah berjaya mengukuhkan hubungan silaturahim, kerjasama dan semangat kebersamaan antara Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam serta ahli keluarga.

Daging korban yang telah siap diproses turut diagihkan kepada golongan asnaf dan masyarakat yang memerlukan melalui Ketua Polis Balai di kawasan pentadbiran masing-masing sebagai tanda keprihatinan serta usaha menyantuni komuniti setempat.

Program diakhiri dengan jamuan makan tengah hari yang menyediakan hidangan sup daging hasil masakan bersama warga IPD Jempol. Penganjuran program ini secara tidak langsung berjaya memupuk semangat “we’arefamily”, mempererat perpaduan serta mengukuhkan hubungan antara warga IPD Jempol dan masyarakat.

26/05/2026

YDH Supt Norhisham bin Mustapar, Ketua Polis Daerah Jempol dan YBhg Puan Juliana binti Jasman, Pengerusi PERKEP IPD Jempol mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada Semua umat Islam yang merayakannya.

Address

Jempol
Jempol

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share