Pejabat MARA Daerah Jempol

Pejabat MARA Daerah Jempol Selamat Datang ke Official Page Pejabat MARA Daerah Jempol, Negeri Sembilan.. 🫡

Iklan Sewa ARKED SERI JEMPOL !!📢Anda sedang mencari lot kedai/premis untuk perniagaan??Premis Perniagaan MARA mempunyai ...
20/08/2026

Iklan Sewa ARKED SERI JEMPOL !!📢

Anda sedang mencari lot kedai/premis untuk perniagaan??
Premis Perniagaan MARA mempunyai Lot kosong untuk disewa!
✅Perniagaan sepenuh masa
✅Bumiputera berumur 18 tahun-60 tahun
✅Memiliki lesen pendaftaran perniagaan SSM
✅Mempunyai idea dan konsep perniagaan yang bersesuaian

Permohonan secara online https://mypremis.mara.gov.my/portal/
Tarikh Tutup permohonan : 28 OGOS 2026 | JUMAAT

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pejabat MARA Daerah Jempol.
Pejabat MARA Daerah Jempol
RC 12, Arked MARA Seri Jempol
72120 Bandar Seri Jempol
Negeri Sembilan
Tel: 06-458 2070 / En. Fairuz 019-6488 999








20/08/2026

KURSUS HOME NURSING AND CAREGIVER BUSINESS TRAINING

Bina dan kembangkan perniagaan home nursing & caregiver dengan lebih profesional, sistematik dan berdaya saing!

Kursus intensif ini direka khas untuk usahawan, pengusaha pusat jagaan, penyedia perkhidmatan home nursing, caregiver serta individu yang berminat menceburi bidang penjagaan warga emas, pesakit dan golongan yang memerlukan penjagaan di rumah..

🎯 Tujuan Kursus
Kursus ini diadakan bertujuan untuk:
• Membina Sistem Operasi Yang Sistematik : Mempelajari cara mengurus pelanggan, caregiver, jadual tugasan, dokumentasi dan operasi harian secara lebih tersusun.
• Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan : Memahami asas penjagaan yang selamat, profesional dan beretika bagi meningkatkan keyakinan serta kepuasan pelanggan.
• Mengurus Perniagaan Dengan Lebih Berkesan : Mempelajari asas pengurusan kos, penetapan harga perkhidmatan, pemasaran dan pengurusan tenaga kerja.

🏆 Hasil Pembelajaran (Outcome)
Selepas tamat kursus 3 hari ini, peserta akan dapat:
• Membina SOP Perkhidmatan : Mampu menyediakan prosedur kerja asas untuk pengurusan caregiver dan perkhidmatan penjagaan di rumah.
• Asas Kewangan Perniagaan : Memahami struktur kos, penetapan harga pakej perkhidmatan perkhidmatan dan pengurusan aliran tunai.
• Strategi Pemasaran : Mempelajari kaedah mempromosikan perkhidmatan home nursing & caregiver serta membina kepercayaan.

📌 Maklumat Kursus
• Tarikh: 08 hingga 10 September 2026 (Selasa - Khamis)
• Tempat: Dewan D'Curve
• Yuran Pendaftaran: RM200 sahaja!
• Kemudahan Disediakan:
o 🏨 Penginapan hotel disediakan sepanjang kursus
o 🍱 Makan & minum disediakan sepanjang kursus
• Kuota: TERHAD KEPADA 26 ORANG PESERTA SAHAJA! (Siapa cepat, dia dapat)
🚀 Jangan Tunggu Lagi! Pelaburan RM200 ini sangat berbaloi untuk ilmu penjimatan kos operasi bernilai beribu ringgit, siap pakej penginapan dan makan minum.

Klik Link Di Bawah Untuk Tempah Slot Anda Sekarang
👉 https://myusahawan.mara.gov.my/public/Detail_Kursus.aspx?Id=1010180009090120260908&idx=3699
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
MARA Negeri Sembilan
En. Hafizan (019 675 7068)
En. Jamil (018 788 3919)

20/08/2026

𝗣𝗘𝗡𝗔𝗙𝗜𝗔𝗡

MARA tidak melantik mana-mana ejen atau pihak ketiga bagi urusan tajaan dan pengajian. Pastikan urusan dibuat melalui saluran rasmi MARA bagi mengelakkan sebarang penipuan.

23/07/2026

𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗚𝗔𝗧𝗘 𝗧𝗢 𝗚𝗟𝗢𝗕𝗔𝗟 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗖𝗜𝗜𝗘 𝟮𝟬𝟮𝟲

MARA membuka permohonan kepada usahawan di bawah program promosi eksport Gate to Global (GTG) untuk menyertai China International Import Expo (CIIE) 2026 yang akan berlangsung pada 5 hingga 10 November 2026 di National Exhibition and Convention Center (NECC), Shanghai, China.

Yuran Komitmen: RM2,000.00

Kriteria Pemilihan Pempamer:-
1. ⁠Terbuka kepada usahawan bimbingan MARA di bawah Program GTG
2. ⁠Kluster makanan & minuman dan produk kesihatan (wellness)
3. Mempunyai kapasiti untuk pasaran eksport luar negara dari aspek Modal Pusingan dan Pengeluaran Produk
4. Memiliki Persijilan Halal, GMP dan HACCP

Tarikh Tutup Permohonan:
31 Julai 2026 (Jumaat)

Permohonan boleh dikemukakan melalui link di bawah:-
https://forms.cloud.microsoft/r/RG1fFeu1fb

𝑃𝑒𝑚𝑖𝑙𝑖ℎ𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑠𝑒𝑟𝑡𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑝𝑖ℎ𝑎𝑘 𝑀𝐴𝑅𝐴 𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑢𝑘𝑡𝑎𝑚𝑎𝑑.

Sekiranya ada sebarang kemusykilan, sila hubungi:-

Bahagian Pembangunan Usahawan MARA

1. Encik Muhd Fadhly bin Hamzah
No. Telefon: 012-6554824

2. Puan Zaihusny binti Mat Husin
No. Telefon: 013-3939188








22/07/2026

HIMPUNAN USAHAWAN NEGERI SEMBILAN 2026

Satu platform. Pelbagai peluang. Masa depan perniagaan anda bermula di sini.

Jangan lepaskan peluang untuk bersama usahawan, agensi pembangunan dan pemain industri dalam satu himpunan yang padat dengan perkongsian ilmu, peluang jaringan strategik serta inspirasi untuk mengembangkan perniagaan dan memperkukuh ekosistem keusahawanan Bumiputera.

📅 Tarikh: 27 Julai 2026 (Isnin)
📍 Lokasi: d'Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan
🕣 Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang

✅ Perkongsian daripada pemain industri
✅ Peluang membina rangkaian strategik
✅ Maklumat terkini berkaitan pembangunan usahawan
✅ Ruang meneroka peluang kerjasama dan pertumbuhan perniagaan

🎟️ Penyertaan adalah PERCUMA, namun tempat adalah TERHAD.

Daftar sekarang:
https://forms.gle/WAjxgVHdUV7CifDs5

Jom bersama-sama membina jaringan, mencipta peluang dan mengangkat potensi usahawan Negeri Sembilan ke tahap yang lebih tinggi!







18/07/2026
Iklan Sewa ARKED SERI JEMPOL !!📢Anda sedang mencari lot kedai/premis untuk perniagaan??Premis Perniagaan MARA mempunyai ...
13/07/2026

Iklan Sewa ARKED SERI JEMPOL !!📢

Anda sedang mencari lot kedai/premis untuk perniagaan??
Premis Perniagaan MARA mempunyai Lot kosong untuk disewa!
✅Perniagaan sepenuh masa
✅Bumiputera berumur 18 tahun-60 tahun
✅Memiliki lesen pendaftaran perniagaan SSM
✅Mempunyai idea dan konsep perniagaan yang bersesuaian
Permohonan secara online https://mypremis.mara.gov.my/portal/

Tarikh Tutup permohonan : 27 JULAI 2026 | ISNIN

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pejabat MARA Daerah Jempol.
Pejabat MARA Daerah Jempol
RC 12, Arked MARA Seri Jempol
72120 Bandar Seri Jempol
Negeri Sembilan
Tel: 06-458 2070 / En. Fairuz 019-6488 999








06/07/2026

🛑 PROGRAM HALAL BIZSTART: LANGKAH PERTAMA KUASAI PASARAN HALAL
Ingin bawa perniagaan anda ke peringkat seterusnya tetapi pening memikirkan cara nak mohon Sijil Halal? Atau anda rasa Sijil Halal ini hanya untuk syarikat besar sahaja?

Tanggapan itu salah! Memiliki Sijil Halal adalah kunci emas untuk membina kepercayaan pelanggan, meluaskan pasaran, dan melonjakkan jualan perniagaan anda. Sertai Program Halal BizStart—sebuah program khas yang direka untuk membimbing usahawan memulakan langkah pertama dalam pensijilan halal dengan cara yang betul dan mudah.

🎯 Tujuan Program
Program ini diadakan bertujuan untuk:

Membina Kesedaran (Awareness): Memberikan kefahaman tentang kepentingan dan potensi besar pasaran halal untuk usahawan tempatan.
Mempermudahkan Proses: Membongkar langkah demi langkah (step-by-step) proses permohonan Sijil Halal Malaysia yang sebenar agar tidak lagi dianggap rumit.
Persediaan Dokumentasi: Membimbing peserta memahami syarat-syarat asas, kebersihan, dan dokumentasi yang diperlukan sebelum memohon.

🏆 Hasil Pembelajaran (Outcome)
Selepas menghadiri program ini, peserta akan dapat:

Pelan Tindakan Halal: Tahu dengan jelas tindakan pertama yang perlu dilakukan untuk premis atau produk mereka bagi memenuhi kriteria JAKIM / JHEAINS.
Sedia Dokumentasi Asas: Mampu menyemak dan menyediakan keperluan asas seperti spesifikasi bahan mentah dan susun atur premis yang patuh syariah.
Peluang Pasaran Lebih Luas: Bersedia untuk memposisikan jenama perniagaan ke pasaran premium, pasar raya besar, dan industri rantaian bekalan halal.

📌 Maklumat Program
Tarikh: 15 Julai 2026 (Rabu)

Masa: 1.30 Petang - 6.00 Petang
Tempat: Palm Hotel, Seremban
Yuran Pendaftaran: PERCUMA! (Tiada sebarang bayaran dikenakan)
Kemudahan: ☕ Makan & minum disediakan untuk para peserta.

Pegawai untuk dihubungi:
Pn Roszaida 013-396 7792
En. Hafizan 019-675 7068

🚀 Masa Untuk Bertindak! Sijil Halal bukan lagi satu kelebihan, tetapi satu keperluan dalam perniagaan hari ini. Tempat adalah terhad untuk usahawan yang serius ingin berkembang sahaja.

[Klik Link Di Bawah Untuk Daftar Slot Percuma Anda Sekarang]
👉 https://forms.gle/z7pMmycXboHt3jN78

02/07/2026

🤖 Ramai dah mula guna AI... tapi masih ramai yang tak tahu cara guna dengan BETUL.

Bayangkan kalau anda boleh:
✅ Siapkan laporan dalam beberapa minit
✅ Tulis surat rasmi dengan lebih pantas
✅ Hasilkan poster & media sosial tanpa pening kepala
✅ Automasikan tugasan harian
✅ Belajar teknik prompt yang benar-benar berkesan

Semuanya akan dikongsikan dalam kursus "Kecerdasan Buatan (AI) Dalam Tugasan Harian".

💰 Yuran hanya RM15
📍 GIATMARA Jempol
📅 10 Julai 2026

Tempat adalah TERHAD. Jangan tunggu sehingga penuh!



https://forms.gle/2ayYtwtAmbZM23y69 klik disini untuk daftar kursus.

11/06/2026

PROGRAM PENDIGITALAN PERNIAGAAN USAHASAMA MARA , UNIFI BUSINESS N.SEMBILAN &USAHANITA JEMPOL

Tarikh Program :25/Jun/2026
Tempat :Tempat dewan mara
Pejabat Mara daerah jempol
Bandar seri jempol
Jempol , NS
Masa : 9 pagi - 1 petang

Sila isi link di bawah untuk pendaftaran

https://forms.office.com/r/aBiuKCCCEP

Sasaran Peserta :

* Ahli Usahanita Jempol
* Usahawan wanita
* Peniaga kecil dan sederhana
* Belia dan bakal usahawan
* Peniaga online dan offline

Objektif Program :
* Perkongsian eksklusif dari pakar Digital Marketing Solution dari TM HQ
* Perkongsian pemasaran perniagaan anda melalui TikTok platform
* Memberi pendedahan mengenai pendigitalan perniagaan
* Membantu usahawan meningkatkan jualan melalui platform digital
* Memperkenalkan kemudahan dan solusi internet unifi untuk perniagaan
* Membuka peluang jaringan kerjasama dan perkembangan bisnes

Program ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada perubahan positif dalam kalangan usahanita khususnya di daerah Jempol agar lebih bersedia menghadapi cabaran ekonomi digital.

Address

Jempol
72120

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Telephone

+6064582070

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat MARA Daerah Jempol posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat MARA Daerah Jempol:

Shortcuts

Share