Balai Polis Bandar Seri Jempol

Balai Polis Bandar Seri Jempol Balai Polis Bandar Seri Jempol terletak di bangunan IPD Jempol.Untuk maklumat lanjut sila hubungi di talian 06-4582222.

23/02/2026

PROGRAM EDAR BUBUR LAMBUK – JALINAN UKHWAH KASIH RAMADHAN
GABUNGAN BERSAMA PERKEP BALAI-BALAI IPD JEMPOL DAN NGO (WALIQINI KATERING) JEMPOL NEGERI SEMBILAN.

PROGRAM EDAR BUBUR LAMBUK – JALINAN UKHWAH KASIH RAMADHANGABUNGAN BERSAMA PERKEP BALAI-BALAI IPD JEMPOL DAN NGO (WALIQIN...
23/02/2026

PROGRAM EDAR BUBUR LAMBUK – JALINAN UKHWAH KASIH RAMADHAN
GABUNGAN BERSAMA PERKEP BALAI-BALAI IPD JEMPOL DAN NGO (WALIQINI KATERING) JEMPOL NEGERI SEMBILAN

Balai BSJ, 23 Februari 2026(Isnin) - PERKEP Balai-Balai IPD Jempol bersama NGO Walikini Katering SDN. BHD telah mengadakan Program Gotong Royong Me masak Bubur Lambuk dan Edaran Bubur Lambuk di Medan Selera Waliqini Katering, Jempol Negeri Sembilan.

Program ini diserikan dengan kehadiran YBhg Datin Nor Irdawati binti Juhari – Pemilik Waliqini Katering (NGO), ASP Jamaturakma binti Ahmad Saidi – SU PERKEP Jempol, Insp Sarah binti Olimohamed – KPB Bandar Seri Jempol, Pn. Faradilla binti Redzwan – Ketua PERKEP Balai Air Hitam, Pn. Nornidah binti Maizan dan Ketua PERKEP Balai Ladang Geddes, Jempol.

Objektif Program ini dilaksanakan adalah bagi menghormati dan mengisi keberkatan bulan Ramadhan dengan aktiviti amal, mengeratkan silaturahim antara ahli PERKEP dan NGO, menanam semangat kasih sayang serta kerjasama komuniti serta berkongsi rezeki kepada warga IPD Jempol dan penduduk Jempol yang melalui Jalan Ayer Hitam ke Bandar Seri Jempol.

Program ini mendapat sokongan penuh daripada semua peringkat dari Ketua Polis Balai, ahli PERKEP, serta NGO Waliqini Katering. Ia memberi impak positif dalam mengukuhkan hubungan komuniti dan semangat kebersamaan sepanjang bulan Ramadhan.

Turut hadir iaitu semua PERKEP Balai-Balai IPD Jempol, Semua Ketua Polis Balai IPD Jempol dan Kakitangan dari syarikat Waliqini Katering.

PEMERIKSAAN ASET ALIH KERAJAAN SECARA BERSILANG BAGI SUKU TAHUN PERTAMA (JAN - MAC) 2026 BALAI POLIS BANDAR SERI JEMPOL ...
13/02/2026

PEMERIKSAAN ASET ALIH KERAJAAN SECARA BERSILANG BAGI SUKU TAHUN PERTAMA (JAN - MAC) 2026 BALAI POLIS BANDAR SERI JEMPOL KE BALAI POLIS SG LUI JEMPOL

Balai BSJ - 13 Februari 2026(Jumaat), Insp. Sarah Binti Olimohamed Ketua Polis Balai Bandar Seri Jempol telah menjalankan Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan secara bersilang bagi tahun 2026 suku tahun pertama di Balai Polis Sg. Lui Jempol Negeri Sembilan.

Pemeriksaan aset ini bertujuan memastikan semua aset kerajaan berada dalam keadaan baik, direkod dengan teratur serta mematuhi tatacara pengurusan aset yang betul dan kew.pa 7 dipamerkan tanpa gagal.

Pelaksanaan pemeriksaan ini juga mencerminkan komitmen jabatan dalam memperkukuhkan tadbir urus aset, meningkatkan akauntabiliti serta memastikan pengurusan aset dilaksanakan secara sistematik dan berintegriti.

Pemeriksaan tersebut turut dijalankan oleh (3) orang Pegawai Rendah Polis dan (4) orang Kakitangan Awam dari Balai Polis Bandar Seri Jempol.

Pemeriksaan ini dipermudahkan dengan cara sebegini untuk mempercepatkan proses semakan aset dan merupakan takwim tahunan yang perlu dilaksanakan oleh semua peringkat bahagian dan balai polis.


LAWATAN KEBAJIKAN AHLI KELUARGA PERKEP BALAI POLIS BANDAR SERI JEMPOL(BSJ), JEMPOL, NEGERI SEMBILANBalai BSJ, 12 Januari...
12/02/2026

LAWATAN KEBAJIKAN AHLI KELUARGA PERKEP BALAI POLIS BANDAR SERI JEMPOL(BSJ), JEMPOL, NEGERI SEMBILAN

Balai BSJ, 12 Januari 2026(Khamis) – Insp. Sarah Binti Olimohamed, Ketua Polis Balai Bandar Seri Jempol telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas ahli-ahli PERKEP Balai BSJ di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah Negeri Sembilan.

Lawatan telah dibuat ke atas Puan Norhayati Binti Ibrahim isteri kepada Sjn Maswara Bin Adam yang di masukkan ke ward kerana batu karang dan Puan Noor Suhana Binti Shukri isteri kepada Sjn Mohd Salleh Bin Ibrahim kerana pembedahan mengeluarkan darah beku dalam rahim.

Tujuan lawatan adalah untuk menziarahi pesakit sebagai tanda keprihatinan Ketua Polis Balai BSJ kepada ahli keluarga Balai BSJ dan telah menyampaikan sumbangan ikhlas sebagai tanda sokongan moral daripada warga Balai Polis Bandar Seri Jempol.

Turut hadir dalam lawatan tersebut iaitu Biro Kebajikan PERKEP IPD Jempol, AJK dan ahli PERKEP serta PRP dan KTA Balai Polis Bandar Seri Jempol.


28/10/2025
18/10/2025
04/09/2025

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat
Wilayah Raja Alias. PDRM Jempol turut serta bersama.

Address

Ipd Jempol
Jempol
72120

Telephone

+6064582222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Bandar Seri Jempol posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share