24/11/2025
Dulu, ada seorang pelajar biasa. Dia bukan pelajar nombor satu. Kadang-kadang dia rasa rendah diri, sebab orang lain nampak lebih pandai. Tapi dia ada satu perkara yang luar biasa iaitu usaha tanpa henti.
Setiap malam dia ulang kaji, walau penat. Dia catat nota kecil, tampal di dinding, baca setiap pagi. Dia tanya cikgu walau takut tersalah. Dan yang paling penting, dia sentiasa doa dan minta restu ibu ayah.
Hari demi hari, usaha dia tak pernah sia-sia. Bila keputusan SPM diumumkan, namanya bukan sekadar lulus, tapi cemerlang. Dan saat itu dia tahu, kejayaan bukan milik orang pandai semata-mata. Kejayaan milik orang yang tak pernah berhenti mencuba.
Hari ini, kisah itu mungkin milik kamu.
Jangan bandingkan dirimu dengan orang lain. Bandingkan dengan dirimu semalam. Teruskan usaha, doa, dan yakin InsyaAllah kamu mampu!
Esok, 25 Nov 25 peperiksaan SPM bertulis akan bermula. Buatlah sebaiknya. SPM ini hanya satu langkah. Tapi langkah ini boleh bawa kamu ke tempat yang jauh. Semoga Allah permudahkan dan berkati setiap titik peluh kalian.