10/05/2026
📌 Program Kepimpinan Pelajar SMK Teknik Tuanku Jaafar
🗓️ 8 HINGGA 10 MEI 2026
Program Kepimpinan Pelajar melibatkan seramai 119 orang pelajar SMK Teknik Tuanku Jaafar telah berjaya dilaksanakan di Pusat Latihan dan Kepimpinan Kem Kongkoi. Program ini diadakan bertujuan untuk membentuk sahsiah diri, meningkatkan keyakinan serta memupuk semangat kepimpinan dan kerjasama dalam kalangan pelajar.
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah menjalani pelbagai aktiviti mencabar seperti latihan dalam kumpulan, aktiviti merempuh halangan, pengurusan pasukan serta aktiviti lasak yang mampu menguji ketahanan mental dan fizikal peserta.
Selain itu, program ini turut memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan disiplin, komunikasi berkesan dan semangat setiakawan dalam membentuk seorang pemimpin yang berkualiti.
Semoga segala pengalaman dan ilmu yang diperoleh sepanjang program ini dapat dimanfaatkan serta menjadi kenangan dan pengalaman berharga buat semua peserta pada masa akan datang.
Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini dengan penuh komitmen dan semangat kerjasama.