26/05/2026
๐๐๐๐ ๐๐๐ข๐ก ๐๐๐ง๐ฌ๐ข๐ฃ๐ข๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ ๐๐๐๐:๐๐๐๐ ๐๐ข๐ฌ๐ญ๐๐ฆ ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐๐ง ๐๐ฎ๐๐ฅ๐ข๐ญ๐ข
Bangi, 26 Mei 2026 โ Institut Latihan Islam Malaysia melakar satu lagi pencapaian bermakna apabila berjaya memperoleh Pensijilan ISO 9001 Sistem Pengurusan Kualiti yang dikeluarkan oleh SIRIM QAS International.
Penganugerahan pensijilan ini merupakan pengiktirafan terhadap komitmen ILIM dalam memperkukuh sistem pengurusan organisasi secara sistematik, cekap dan berkesan selaras dengan standard pengurusan kualiti di peringkat antarabangsa. Ia turut membuktikan kesungguhan ILIM dalam memastikan penyampaian perkhidmatan latihan sentiasa berada pada tahap yang berkualiti, tersusun dan memenuhi kehendak pelanggan serta pihak berkepentingan.
Skop pensijilan ini meliputi perkhidmatan latihan dalam bidang pengurusan hal ehwal Islam termasuk pembangunan modul latihan, pengurusan program latihan serta perkhidmatan sokongan. Pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada ILIM untuk terus memperkasa budaya kerja cemerlang dan penambahbaikan berterusan dalam pelaksanaan fungsi serta perkhidmatan institusi.
Kejayaan ini merupakan hasil komitmen, kerjasama dan dedikasi seluruh warga ILIM yang sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi untuk terus melangkah maju dalam memperkukuh kecemerlangan latihan Islam ke arah perkhidmatan yang lebih berkualiti dan berimpak.
Tahniah kepada seluruh warga ILIM atas pencapaian ini.
"Menjana Kecemerlangan"