29/05/2026
PROGRAM IBADAH KORBAN PENJARA SEBERANG PERAI TAHUN 1447H / 2026M
28 Mei 2026 (Khamis) | 11 Zulhijjah 1447H
Program Ibadah Korban Penjara Seberang Perai Tahun 1447H / 2026M telah berjaya dilaksanakan dengan lancar di Perkarangan Pusat Komuniti, Perumahan Penjara Seberang Perai dengan penglibatan PKK Norulekhsan bin Abdul Rahim, Pengarah Penjara Seberang Perai, pegawai kanan, kakitangan, ahli PERSIAP serta komuniti setempat.
Sebanyak 4 ekor lembu korban telah berjaya disempurnakan sepanjang program berlangsung. Program turut diserikan dengan kehadiran YB Fadhlina Sidek, Ahli Parlimen Nibong Tebal yang telah menyumbangkan seekor lembu korban serta turut bersama-sama bergotong-royong dengan warga Penjara Seberang Perai.
Pelaksanaan program bermula seawal jam 7.30 pagi melibatkan aktiviti penyembelihan, melapah, memotong dan pengagihan daging korban yang dilaksanakan secara teratur, harmoni dan penuh semangat kerjasama.
Penganjuran program ini bukan sahaja berjaya menyemarakkan syiar Islam sempena Aidiladha, malah turut memperkukuhkan ukhuwah, semangat kebersamaan dan nilai kerjasama dalam kalangan warga jabatan serta komuniti setempat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.