21/01/2022
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan yang dihormati,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang menjalankan satu tinjauan yang bertajuk *"Perkhidmatan Penjagaan di Pusat Jagaan Berdaftar”*.
Tinjauan ini bertujuan untuk mengumpul maklumat berkenaan persepsi orang awam terhadap perkhidmatan penjagaan di pusat jagaan berdaftar. Maklumat yang diperolehi adalah penting untuk membantu KPWKM dalam menentukan hala tuju program dan dasar yang lebih berkesan bagi pekhidmatan di pusat jagaan.
Pautan Tinjauan : https://forms.gle/g4UhFqTMPijDR9vdA
Tinjauan ini adalah terbuka kepada semua orang awam di Malaysia.
Tinjauan ini dibuka sehingga *28 Januari 2022*.
Segala maklumat yang diberikan adalah *SULIT* dan hanya digunakan untuk kajian ini sahaja. Kerjasama tuan/puan dalam meluangkan sedikit masa untuk menjawab tinjauan ini diucapkan ribuan terima kasih.
Tuan/Puan yang dihormati, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang menjalankan satu tinjauan yang bertajuk "Perkhidmatan Penjagaan di Pusat Jagaan Berdaftar”. Tinjauan ini bertujuan untuk mengumpul maklumat berkenaan persepsi orang awam terhadap perkhidmatan penjagaan...