30/10/2024
๐๐๐ง๐ฒ๐๐ฌ๐๐ซ๐๐ง ๐ฌ๐ฎ๐๐ฌ๐ข๐๐ข ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ซ๐ข ๐ค๐๐ฌ๐๐ง ๐ซ๐๐ง๐ญ๐๐ข๐๐ง ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐ซ๐๐ค๐ฒ๐๐ญ
KUALA LUMPUR, 23 Oktober โ Beberapa pelaksanaan dalam Belanjawan 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu akan memberikan kesan rantaian kepada rakyat.
Presiden BERSATU yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 misalnya akan memberikan kesan terus kepada kenaikan harga barang.
โJika subsidi petrol RON95 ditarik pada tahun hadapan, saya pasti kesan berantainya akan dirasai oleh rakyat.
โWalaupun kerajaan memberi jaminan bahawa hanya golongan T15 yang akan membayar lebih, tetapi siapakah golongan T15 ini? Berapa jumlah mereka? Adakah mereka ini golongan maha kaya?" soalnya dalam perbahasan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.
Muhyiddin, yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, Belanjawan yang dibentangkan acap tahun perlu menjaga kepentingan rakyat dan bukannya memeritkan kehidupan rakyat.
Perkara itu sebaliknya berlaku kepada Belanjawan 2025 yang dibentang Anwar pada Jumaat lalu, tambah beliau.
โDalam keadaan rakyat sedang menanggung beban kos sara hidup yang tinggi dan harga barang melambung, kerajaan tarik subsidi dan naikkan cukai.
โKesan langsung daripada tindakan ini ialah harga barang akan menjadi lebih mahal dan beban yang ditanggung oleh rakyat semakin berat.
โDengan kadar inflasi dijangka meningkat antara 2% hingga 3.5% pada tahun hadapan, kerajaan perlu menimbang semula dasar rasionalisasi subsidi,โ katanya lagi.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata keputusan kerajaan untuk menaikkan kadar gaji minimum baharu iaitu pada RM1,700 juga mempunyai kesan kepada rakyat.
Tambah beliau, kenaikan gaji minimum perlu disokong dengan dasar dan tindakan kawalan harga yang jelas.
Ujarnya, tindakan penguatkuasaan melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 mestilah diperkasa supaya sebarang kenaikan yang tidak wajar dikenakan tindakan tegas.
โPenguatkuasaan perlu lebih berkesan dan meluas. Di samping itu, kerajaan juga mestilah lebih berhati-hati dalam melaksanakan apa-apa dasar yang boleh menyebabkan kesan berantai ke atas kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
โSelain itu, kerajaan mestilah melihat secara terperinci masalah yang dihadapi oleh syarikat-syarikat kecil yang tidak mampu menampung kenaikan kos operasi syarikat akibat kenaikan kos upah.
โIni kerana kesan berantai kenaikan gaji minimum ini besar. Ia bukan sekadar kenaikan kos upah yang terpaksa ditanggung oleh syarikat, tetapi juga kos operasi, logistik, inventori dan lain-lain,โ katanya lagi.
๐๐ข๐ฌ๐๐๐ข๐๐ค๐๐ง ๐จ๐ฅ๐๐ก: ๐๐ง๐ข๐ญ ๐๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐๐ฌ๐ข ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐