08/09/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ (๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Taklimat Pelaksanaan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) Negeri Johor telah diadakan pada 8 September 2026 (Selasa) bertempat di Dewan Banquet, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, dengan penyertaan seramai 150 orang yang terdiri daripada ketua jabatan serta wakil jabatan dan agensi negeri dan persekutuan.
Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Encik Mohd Amir Abdullah bin Mohd Amir Najib, Ketua Unit Korporat dan Kualiti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, yang menekankan kepentingan komitmen dan kesepakatan semua pihak dalam memperkukuh agenda reformasi sektor awam serta meningkatkan kecekapan dan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Seterusnya, Taklimat Pelaksanaan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) Negeri Johor telah disampaikan oleh Encik Mohd Fauzi bin Mohd Said, Pengarah Seksyen Perancangan Strategik, Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Pejabat Perdana Menteri. Sesi ini memberikan pendedahan dan kefahaman berkaitan pelaksanaan ARPA yang memberi penekanan kepada usaha membentuk perkhidmatan awam yang lebih cekap, berintegriti, responsif, tangkas, inovatif dan berorientasikan hasil.
Pelaksanaan ARPA memberi penekanan kepada lima teras utama, iaitu Penghayatan Nilai dan Tadbir Urus, Pembangunan Modal Insan, Pembangunan Organisasi, Penyampaian Perkhidmatan serta Sinergi antara Sektor Awam dan Masyarakat. Kelima-lima teras ini menjadi asas dalam memperkukuh keupayaan sektor awam serta memastikan sistem penyampaian perkhidmatan sentiasa memenuhi keperluan dan aspirasi rakyat.
Turut hadir Encik Mohd Azwan bin Mohd Salleh, Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Wilayah Selatan, yang memberikan sokongan terhadap usaha memperkukuh reformasi dan produktiviti sektor awam.
Seiring dengan aspirasi reformasi, Kerajaan Negeri Johor terus memperkasa Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB), pendigitalan perkhidmatan, pemanfaatan kecerdasan buatan (AI) serta budaya inovasi bagi menambah baik proses kerja, mengurangkan kerenah birokrasi dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.
Taklimat ini diharapkan menjadi titik tolak kepada usaha yang lebih tersusun dan bersepadu dalam memperkukuh pelaksanaan reformasi di Negeri Johor, dengan setiap jabatan dan agensi memainkan peranan melalui tindakan yang praktikal, konsisten dan berimpak tinggi demi memastikan setiap perkhidmatan yang disampaikan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.
Bersama memacu reformasi, memperkasa penyampaian perkhidmatan, demi rakyat dan Negeri Johor yang lebih gemilang.