PSP UNIT 5 IPOH

PSP UNIT 5 IPOH PSP UNIT 5 OFFICIAL

SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI 2026Semoga sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai membawa kegembiraan, k...
30/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI 2026

Semoga sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai membawa kegembiraan, kesejahteraan, kemakmuran serta mengeratkan lagi semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ikhlas Daripada:

P/SUPT KENNETH OLIVER SAMUEL
Pegawai Pemerintah
Unit 5 Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP)
Ipoh, Perak

“Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan” & “Gayu Guru Gerai Nyamai” 🌾🎉

Majlis Korban Aidiladha Tahun 2026 Masihi / 1447 Hijrah anjuran Surau Al-Mustaqim Unit 5 PSP telah diadakan pada 28 Mei ...
28/05/2026

Majlis Korban Aidiladha Tahun 2026 Masihi / 1447 Hijrah anjuran Surau Al-Mustaqim Unit 5 PSP telah diadakan pada 28 Mei 2026 (Khamis) bertempat di perkarangan Surau Al-Mustaqim Unit 5 PSP.

Majlis dimulakan seawal jam 0745 HRS dengan kehadiran warga Unit 5 PSP dan PLPSP sebelum diteruskan dengan sesi taklimat oleh ASP Mohd Haniff bin Omar, ASP Water Cannon merangkap Pengerusi Surau Al Mustaqim Unit 5 PSP kepada peserta korban serta para petugas. Program kemudiannya diteruskan dengan sarapan pagi, dan sejurus selesai diikuti dengan ibadah korban. Selesai proses pengagihan daging korban kepada golongan asnaf, kemudian diagihkan kepada petugas terdiri daripada pegawai, anggota dan pegawai awam yang beragama Islam melalui sistem kupon yang telah diselaraskan oleh AJK Surau Al-Mustaqim Unit 5 PSP.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Supt. Kenneth Oliver Samuel, Pegawai Pemerintah Unit 5 dan DSP Muhamad Amin bin Mat Yassin, Timbalan Pegawai Pemerintah merangkap penasihat Surau Al-Mustaqim Unit 5 PSP kemudiannya diteruskan dengan jamuan makan tengah hari. Penganjuran program ini diharap dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim serta menyemarakkan penghayatan ibadah korban dalam kalangan warga pasukan.

Keseluruhan majlis telah berjalan dengan lancar dan sempurna hasil kerjasama serta komitmen semua pihak yang terlibat.

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh masyarakat serta warga Unit 5 PSP Ipoh yang menyambutnya.Semoga Aidiladha ini...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh masyarakat serta warga Unit 5 PSP Ipoh yang menyambutnya.
Semoga Aidiladha ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan mengeratkan lagi ukhuwah serta semangat kebersamaan.

IKHLAS DARIPADA :
P/SUPT KENNETH OLIVER SAMUEL
Pegawai Pemerintah Unit 5
Pasukan Simpanan Persekutuan Ipoh, Perak

Pada 19/05/2026 (Selasa), satu Latihan Jasmani (Hiking) PKP, PRP dan KTA Ibupejabat Unit 5 telah diadakan di Bukit Kleda...
19/05/2026

Pada 19/05/2026 (Selasa), satu Latihan Jasmani (Hiking) PKP, PRP dan KTA Ibupejabat Unit 5 telah diadakan di Bukit Kledang bermula jam 0730hrs hingga 1030hrs. Seramai 13 peserta telah terlibat terdiri daripada 3 PKP, 8 PRP dan 2 KTA. Aktiviti ini bertujuan meningkatkan kecergasan fizikal, daya tahan badan serta memupuk disiplin, ketahanan mental dan semangat kerjasama dalam kalangan anggota.

19/05/2026

Sesi latihan pasukan menembak Unit 5 PSP Ipoh telah diadakan sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Menembak IPSC RMP OPEN CHAMPIONSHIP 2026 Piala KDNKA.

Latihan ini bertujuan meningkatkan tahap kemahiran, ketepatan, disiplin serta kesiapsiagaan anggota dalam menghadapi pertandingan yang bakal berlangsung. Selain itu, latihan berterusan turut memberi penekanan terhadap aspek keselamatan pengendalian senjata, kepantasan tindakan dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan anggota pasukan menembak Unit 5 PSP Ipoh.

Semoga pasukan menembak Unit 5 PSP Ipoh terus memberikan prestasi terbaik serta mengharumkan nama pasukan dalam kejohanan yang akan datang.









LAWATAN KEBAJIKAN KE RUMAH MENDIANG KPL 187709 SHARMMA NAIDU A/L JIVANATHANSatu lawatan kebajikan telah diadakan ke ruma...
15/05/2026

LAWATAN KEBAJIKAN KE RUMAH MENDIANG KPL 187709 SHARMMA NAIDU A/L JIVANATHAN

Satu lawatan kebajikan telah diadakan ke rumah mendiang Kpl 187709 Sharmma Naidu A/L Jivanathan yang pernah berkhidmat selama 9 tahun (2014 – 2023) sebagai anggota Terup 5C, Unit 5 Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Ipoh dan telah meninggal dunia akibat penyakit kanser lymphoma perut.

Lawatan ini diadakan sebagai tanda penghormatan terakhir di samping menzahirkan rasa simpati serta sokongan moral kepada ahli keluarga mendiang atas kehilangan insan tersayang. Jasa dan pengorbanan mendiang sepanjang berkhidmat bersama pasukan amat dihargai dan akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga Unit 5 PSP Ipoh.

Semoga ahli keluarga mendiang diberikan kekuatan, ketabahan serta dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi dugaan ini.

Salam takziah daripada seluruh warga Unit 5 Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Ipoh

08/05/2026
PERHIMPUNAN BULANAN MEI 2026UNIT 5 PASUKAN SIMPANAN PERSEKUTUAN (PSP), IPOHPerhimpunan Bulanan Unit 5 Pasukan Simpanan P...
08/05/2026

PERHIMPUNAN BULANAN MEI 2026
UNIT 5 PASUKAN SIMPANAN PERSEKUTUAN (PSP), IPOH

Perhimpunan Bulanan Unit 5 Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) bagi bulan Mei 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 08 Mei 2026 di Dataran Kawad Unit 5 PSP Ipoh bermula jam 0800 pagi. Majlis ini dihadiri oleh YDH SUPT Kenneth Oliver Samuel, Pegawai Pemerintah Unit 5 PSP Ipoh bersama pegawai dan anggota Unit 5 PSP.

Perhimpunan ini dianjurkan bagi memperkukuhkan semangat kerjasama, disiplin dan kesepaduan dalam kalangan warga Unit 5 PSP, selain menjadi medium penyampaian maklumat serta penghargaan kepada anggota yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan.

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu PDRM, diikuti bacaan doa dan bacaan Ikrar. Seterusnya, berlangsung penyampaian Amanat oleh YDH Supt Kenneth Oliver Samuel, Pegawai Pemerintah Unit 5 PSP Ipoh dan Surat Penghargaan kepada anggota yang telah menunjukkan komitmen tinggi, sumbangan istimewa dan tahap profesionalisme yang membanggakan dalam pelaksanaan tugas.

Penyampaian penghargaan ini mencerminkan pengiktirafan pihak kepimpinan terhadap dedikasi serta usaha gigih anggota, sekali gus menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga Unit 5 PSP untuk terus mengekalkan kecemerlangan dan meningkatkan mutu perkhidmatan.

Kekuatan, Strategi & Semangat, Ujian Terakhir Sebelum Kejohanan KPN Perlawanan persahabatan melibatkan beberapa pasukan ...
05/05/2026

Kekuatan, Strategi & Semangat, Ujian Terakhir Sebelum Kejohanan KPN

Perlawanan persahabatan melibatkan beberapa pasukan tarik tali PDRM dan satu pasukan tarik tali Bomba Perak telah diadakan pada 05.05.26 bertempat dipadang latihan tarik tali Unit 5 PSP Ipoh. Perlawanan persahabatan ini dianjurkan sebagai persediaan dan latihan untuk menghadapi Kejohanan Tarik Tali Piala Ketua Polis Negara yang akan berlangsung pada 7 Mei 2026 hingga 10 Mei 2026 bertempat di Pulau Pinang. Perlawanan melibatkan pasukan lelaki dan wanita daripada pasukan Perak, Redhead (FRU), VAT 69, Johor dan Bomba.

Selain meningkatkan kecergasan fizikal, kemahiran teknikal serta keserasian antara ahli pasukan, perlawanan ini juga turut menguji strategi dan memperbaiki kelemahan pasukan masing masing sebelum kejohanan sebenar.

Sepanjang sesi berlangsung, setiap pasukan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi serta kerjasama berpasukan yang mantap dalam memastikan persiapan berada pada tahap terbaik.

LAWATAN KEBAJIKAN SJN PERUMALSatu tarikh yang amat menyentuh hati seluruh warga PSP hari di mana kita kehilangan insan y...
02/05/2026

LAWATAN KEBAJIKAN SJN PERUMAL

Satu tarikh yang amat menyentuh hati seluruh warga PSP hari di mana kita kehilangan insan yang sangat disayangi dalam tragedi kemalangan konvoi kenderaan Unit 5 PSP Ipoh, mendiang Sarjan Perumal.

Walaupun masa terus berlalu, rindu dan kenangan bersama mendiang tetap segar dalam ingatan. Setiap gelak tawa, setiap nasihat, dan setiap detik kebersamaan yang penuh makna akan sentiasa terpahat di hati kami. Mendiang bukan sekadar rakan setugas, tetapi seorang insan yang banyak memberi tunjuk ajar, kekuatan, dan inspirasi kepada kami semua.

Hari ini genap setahun pemergianmu. Kehilangan itu masih terasa, dan kerinduan tidak pernah pudar. Unit 5 PSP Ipoh akan sentiasa mengenangmu dengan penuh kasih sayang, hormat, dan doa yang tidak putus-putus.

Lawatan kebajikan ke rumah mendiang Sarjan Perumal pada hari ini dilaksanakan dengan penuh rasa kasih dan keprihatinan. Semoga kehadiran kami sedikit sebanyak dapat mengubati kerinduan serta memberi kekuatan kepada keluarga tercinta. Doa kami sentiasa mengiringi agar keluarga mendiang terus dikurniakan ketabahan, ketenangan, dan perlindungan.

Kepada semua rakan seperjuangan, marilah kita terus bersatu hati, saling menjaga, dan meneruskan legasi nilai murni yang telah ditinggalkan oleh arwah. Semoga kita diberikan kekuatan untuk terus berkhidmat dengan penuh keikhlasan dan semangat setiakawan yang utuh.

Pergimu dirasai, kenanganmu abadi.

Address

PASUKAN SIMPANAN PERSEKUTUAN (FRU) UNIT 5 IPOH Sungai Senam
Ipoh
30450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PSP UNIT 5 IPOH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share