Yayasan Perak - Rasmi

Yayasan Perak - Rasmi Yayasan Perak merupakan sebuah Badan Berkanun Negeri Perak yang telah ditubuhkan pada 12 Julai 1979 Terima Kasih.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi di talian 05-255 2929 atau layari laman web Yayasan Perak di www.yayasanperak.gov.my.

03/06/2026

BERMULA DENGAN MASAK SOS YONG TAU FU DI RUMAH, KINI SEDIA TEMBUSI PASARAN LEBIH LUAS

Apa yang bermula sebagai usaha kecil dalam penghasilan sos di rumah, kini berkembang menjadi produk makanan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pelanggan di Perak.

Nurhidayah binti Kamarulzaman merupakan usahawan di Kamunting yang mengusahakan perniagaan pembuatan sos yong tau fu sejak 6 tahun lalu. Dengan pengalaman dan komitmen yang berterusan, beliau berjaya membangunkan produk yang konsisten dari segi kualiti dan rasa.

Seiring perkembangan perniagaan, beliau turut memperkenalkan produk yong tau fu sedia dimakan bagi memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan makanan yang lebih mudah, cepat disediakan tetapi masih mengekalkan kualiti dan keenakan.

Usaha ini turut diperkukuhkan melalui sokongan pembiayaan daripada Tabung Usahawan Yayasan Perak yang membantu memperluaskan kapasiti operasi serta membuka lebih banyak peluang untuk pertumbuhan perniagaan.

Sokongan berterusan Kerajaan Negeri Perak di bawah kepimpinan YAB Menteri Besar Perak terus memperlihatkan komitmen dalam memperkasa usahawan tempatan agar mampu berkembang lebih jauh dan berdaya saing.

Usahawan Perak yang ingin mengembangkan perniagaan turut dipelawa memohon Pinjaman Tanpa Faedah Tabung Usahawan Yayasan Perak sebagai langkah untuk membawa perniagaan ke tahap yang lebih tinggi.



๐Ÿก PERMOHONAN PROGRAM SAYANGI RUMAHKU 2027 KINI DIBUKA!Rumah yang selesa dan selamat adalah keperluan asas setiap keluarg...
02/06/2026

๐Ÿก PERMOHONAN PROGRAM SAYANGI RUMAHKU 2027 KINI DIBUKA!

Rumah yang selesa dan selamat adalah keperluan asas setiap keluarga. Namun, masih ramai yang terpaksa berdepan dengan kediaman yang uzur, sempit dan tidak lagi sesuai untuk didiami.

Prihatin terhadap nasib rakyat yang memerlukan, Yayasan Perak membuka permohonan Program Sayangi Rumahku 2027 bagi membantu golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Perak mendapatkan tempat tinggal yang lebih sempurna dan selesa.

โœจ Bantuan yang ditawarkan:
๐Ÿ”น Baik Pulih Rumah
๐Ÿ”น Bina Baharu Rumah

Lebih istimewa, bantuan ini diberikan tanpa sebarang bayaran, demi memastikan lebih ramai keluarga dapat menikmati kehidupan yang lebih selamat, selesa dan bermaruah. ๐Ÿ’›

๐Ÿ“… Permohonan dibuka mulai 2 Jun 2026 hingga 30 September 2026

Syarat asas permohonan:
โœ… Warganegara Malaysia
โœ… Anak kelahiran Perak atau bermastautin lebih 10 tahun di Perak
โœ… Berumur 45 tahun ke atas
โœ… Belum pernah menerima bantuan perumahan daripada mana-mana agensi

Sebuah rumah yang lebih baik bukan sekadar memberi perlindungan daripada panas dan hujan, malah memberikan ketenangan, keselamatan dan harapan baharu kepada seluruh keluarga.

Selaras dengan usaha Kerajaan Negeri Perak dalam menjaga kebajikan rakyat, Yayasan Perak terus komited membantu mereka yang benar-benar memerlukan agar dapat menikmati kehidupan yang lebih berkualiti. โค๏ธ

๐Ÿ“ข Jika anda layak, mohon segera.
๐Ÿ“ข Jika anda mengenali ibu bapa, jiran, saudara-mara atau individu yang memerlukan bantuan ini, kongsikan maklumat ini kepada mereka.

Mungkin satu perkongsian daripada anda mampu mengubah kehidupan sebuah keluarga. ๐Ÿค๐Ÿก

๐Ÿ“ Permohonan secara dalam talian:
www.yayasanperak.gov.my

๐Ÿ“ž Pertanyaan lanjut:
05-246 0998 / 05-246 0227

๐Ÿก PERMOHONAN RPPYP KINI DIBUKA!Impian memiliki rumah sendiri kini semakin dekat. โœจProgram Rumah Perakku Prihatin Yayasan...
02/06/2026

๐Ÿก PERMOHONAN RPPYP KINI DIBUKA!

Impian memiliki rumah sendiri kini semakin dekat. โœจ

Program Rumah Perakku Prihatin Yayasan Perak (RPPYP) kembali dibuka bagi membantu golongan B40 memiliki rumah pertama di atas tanah sendiri atau dengan kebenaran tuan tanah.

๐Ÿ“ข Permohonan dibuka mulai 2 Jun 2026 hingga 30 September 2026.

Antara manfaat yang ditawarkan:

โœ… Pinjaman perumahan tanpa faedah
โœ… Khas untuk anak Perak atau bermastautin di Perak
โœ… Pendapatan isi rumah sehingga RM7,500
โœ… Peluang memiliki rumah pertama dengan bantuan Yayasan Perak

Sebuah rumah bukan sekadar tempat berteduh, tetapi asas kepada kehidupan yang lebih selesa, stabil dan sejahtera untuk seisi keluarga.

Selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri Perak di bawah kepimpinan YAB Menteri Besar Perak dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat, Yayasan Perak terus memainkan peranan membantu golongan yang memerlukan merealisasikan impian memiliki kediaman sendiri. ๐Ÿ’›

๐Ÿ“Œ Jika anda layak, mohon segera.
๐Ÿ“Œ Jika anda mengenali individu yang memerlukan, kongsikan maklumat ini kepada mereka.

Mungkin satu perkongsian daripada anda mampu mengubah kehidupan sebuah keluarga. โค๏ธ

๐Ÿ“ Permohonan secara dalam talian:
www.yayasanperak.gov.my

๐Ÿ“ž Pertanyaan lanjut:
05-246 0998 / 05-246 0227

AnakPerak

๐——๐—œ๐—ฅ๐—š๐—”๐—›๐—”๐—ฌ๐—จ ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก๐—ž๐—จMerafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah,๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ช๐—”๐—› ๐——๐—จ๐—Ÿ๐—œ ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—”๐—›๐—” ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐——๐—จ๐—ž๐—” ๐—•๐—”๐—š๐—œ๐—ก๐——๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—œ-๐—ฃ...
01/06/2026

๐——๐—œ๐—ฅ๐—š๐—”๐—›๐—”๐—ฌ๐—จ ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก๐—ž๐—จ

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah,

๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ช๐—”๐—› ๐——๐—จ๐—Ÿ๐—œ ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—”๐—›๐—” ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐——๐—จ๐—ž๐—” ๐—•๐—”๐—š๐—œ๐—ก๐——๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—œ-๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—”๐—š๐—ข๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—œ๐—•๐—ฅ๐—”๐—›๐—œ๐—  ๐—œ๐—•๐—ก๐—œ ๐—”๐—Ÿ๐— ๐—”๐—ฅ๐—›๐—จ๐—  ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—œ๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ฅ.

Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah takzim daripada Warga Kerja Yayasan Perak.




โœจ SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK 2026 โœจYayasan Perak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh masyarakat be...
31/05/2026

โœจ SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK 2026 โœจ

Yayasan Perak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh masyarakat beragama Buddha yang meraikannya.

Semoga sambutan yang penuh bermakna ini membawa ketenangan, kebijaksanaan, kasih sayang dan kebahagiaan kepada anda sekeluarga serta insan-insan yang tersayang.

Malaysia dibina atas keindahan kepelbagaian. Walaupun berbeza latar belakang, budaya dan kepercayaan, kita terus diperkukuhkan oleh nilai saling menghormati, memahami dan menyantuni antara satu sama lain.

Marilah kita terus memelihara semangat perpaduan dan keharmonian yang menjadi asas kekuatan negara, agar masyarakat dapat hidup bersama dalam suasana yang aman, sejahtera dan penuh rasa kebersamaan.

Selamat Menyambut Hari Wesak 2026.



30/05/2026

Tengah prepare nak sambung study ke tu?
Jangan lupa apply INSENTIF SISWA YAYASAN PERAK.
Cara mohon ada kat ruangan komen.

29/05/2026

๐—ฆ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š๐—œ ๐—ฅ๐—จ๐— ๐—”๐—›๐—ž๐—จ ๐Ÿก
๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฅ๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ต ๐—จ๐˜‡๐˜‚๐—ฟ, ๐—ž๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚

Pernah suatu ketika, ada yang terpaksa tidur dalam kebimbangan setiap kali hujan turun. Bumbung bocor, dinding merekah dan keadaan rumah yang semakin uzur menjadi beban kehidupan yang dipikul saban hari.

Namun hari ini, segalanya berubah.

Melalui inisiatif ๐—ฆ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ถ ๐—ฅ๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ต๐—ธ๐˜‚, Yayasan Perak di bawah pentadbiran YAB Menteri Besar Perak terus komited menyantuni rakyat yang memerlukan dengan menghadirkan sebuah kediaman yang lebih selamat, selesa dan bermaruah untuk didiami bersama keluarga tercinta.

Program ini bukan sekadar membaiki rumah yang rosak.
Ia membina semula harapan.
Ia mengembalikan ketenangan.
Ia menghadirkan semula senyuman buat mereka yang sekian lama hidup dalam serba kekurangan.

Kali ini juga, seramai empat keluarga telah menerima manfaat bantuan bina baharu dan baik pulih kediaman melibatkan mukim:

๐Ÿ“ Belanja
๐Ÿ“ Pengkalan Baharu
๐Ÿ“ Chegar Galah
๐Ÿ“ Kenering

Inisiatif bantuan tanpa bayaran ini memberi fokus kepada golongan miskin tegar agar mereka dapat meneruskan kehidupan dalam suasana yang lebih selamat, sempurna dan penuh dignity.

Di sebalik setiap dinding yang diperbaiki dan setiap bumbung yang diganti, terselit sebuah kisah perjuangan rakyat yang kini kembali memiliki tempat berteduh yang lebih baik untuk masa depan keluarga mereka.

Keprihatinan berterusan ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Perak menerusi Yayasan Perak dalam memastikan kebajikan rakyat terus diberi perhatian, selaras dengan aspirasi ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ต๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฏ๐Ÿฌ demi kesejahteraan seluruh rakyat negeri Perak.

๐ŸŽ“ ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—™ ๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ช๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒโ€“ ๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—”! ๐ŸŽ“Tahniah kepada sebahagian penerima Bantuan Ins...
28/05/2026

๐ŸŽ“ ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—™ ๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ช๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒโ€“ ๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—”! ๐ŸŽ“

Tahniah kepada sebahagian penerima Bantuan Insentif Siswa Yayasan Perak (INSIS YP) Dalam Negara 2026! ๐ŸŒŸ

Bantuan ini adalah bukti komitmen Negeri Perak dalam memperkasa pendidikan anak-anak Perak di institusi pengajian dalam negara agar terus cemerlang dan berjaya.

Semoga insentif ini menjadi pemangkin semangat untuk menimba ilmu dan mencapai kejayaan! โœจ





SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA ๐ŸŒ™โ€œOleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban sebaga...
27/05/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA ๐ŸŒ™

โ€œOleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban sebagai tanda bersyukur.โ€
โ€” Surah Al-Kautsar, Ayat 2

Aidiladha bukan sekadar tentang pengorbanan, tetapi tentang keikhlasan hati dalam memberi, ketabahan dalam mentaati dan kasih sayang dalam berkongsi rezeki.

Di sebalik setiap ibadah korban, tersimpan nilai kemanusiaan yang menyatukan kita, saling membantu, menghulurkan kebaikan dan mengingati mereka yang memerlukan.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan buat seluruh keluarga, menghadirkan ketenangan jiwa serta mengeratkan lagi silaturahim sesama insan.



26/05/2026

BERMULA DARI BAWAH, KINI MEDIFA CARE MENCIPTA NAMA

Kejayaan tidak datang dengan mudah. Di sebalik sebuah perniagaan yang berjaya, pasti ada perjuangan, pengorbanan dan cabaran yang pernah dilalui.

Begitulah perjalanan inspirasi Shahrul Faisal bin Zam, Pengarah Medifa Care Group Sdn Bhd di Teluk Intan. Bermula dari bawah dengan penuh cabaran, beliau tidak pernah mengalah dalam membina perniagaan sehingga berjaya mengembangkan perkhidmatan pusat jagaan berjururawat, klinik dan ambulans yang kini memberi manfaat kepada masyarakat.

Antara pemangkin penting kejayaan beliau adalah sokongan pembiayaan daripada Tabung Usahawan Yayasan Perak yang membantu memperkukuh dan mengembangkan lagi perniagaan yang diusahakan.

Komitmen Kerajaan Negeri Perak di bawah kepimpinan YAB Menteri Besar Perak jelas membuktikan kesungguhan dalam memperkasa ekonomi rakyat serta melahirkan lebih ramai usahawan berjaya di negeri ini. Sebagai agensi di bawah Kerajaan Negeri Perak, Yayasan Perak terus komited membantu usahawan negeri untuk berkembang lebih jauh melalui kemudahan pembiayaan yang mampu menjadi pemula kepada kejayaan lebih besar.

Kisah ini membuktikan bahawa dengan usaha, kesungguhan dan sokongan yang tepat, impian mampu menjadi kenyataan.

Usahawan Perak yang ingin mengembangkan perniagaan, dipelawa memohon pinjaman tanpa faedah Tabung Usahawan Yayasan Perak sebagai langkah untuk membawa perniagaan ke tahap yang lebih tinggi.




Address

Wisma Yayasan Perak, No 111, Jalan Sultan Idris Shah
Ipoh
30000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+6052531701

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Perak - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share