04/08/2025
KONVENSYEN WARDA PERAK KALI KE 2 | 3 OGOS 2025 | IPOH
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Konvensyen WARDA Perak Kali Ke-2 yang diterajui oleh Puan Fatin Nabilla Sharizul, yang menghimpunkan penggerak wanita muda dari seluruh negeri Perak, memperteguh iltizam dalam gerak kerja politik Islam yang progresif dan inklusif.
Konvensyen ini telah dirasmikan oleh Tuan Salman bin Salleh, Setiausaha AMANAH Perak yang meniupkan ruh dan semangat juang dalam kalangan perwakilan, menyeru agar wanita muda terus mara memimpin wacana dan merencana perubahan, menangkis segala cabaran yang menjadi resam dalam perjuangan.
Konvensyen WARDA Perak turut diserikan oleh kehadiran pimpinan parti AMANAH Negeri Perak yang memberi dokongan serta arah pandu berharga:
1. Tuan Haji Adnan Abd Rahman – Naib Pengerusi AMANAH Perak
2. Cik Nusaibah Norbawi – Setiausaha WARDA Nasional
3. Puan Fadzilah Allias – Timbalan Ketua AWAN Perak
4. Puan Nurul Hidayah – Penolong Setiausaha AWAN Perak
Konvensyen ini menjadi medan pencambahan fikrah, penyusunan strategi, dan pengukuhan organisasi.
Di sinilah wanita muda menzahirkan komitmen mereka kepada politik nilai, berteraskan rahmat, keadilan, dan pembelaan terhadap nusa dan bangsa.
"Kami bukan sekadar penyeri,
Tetapi pemikir dan penggerak.
Kami tidak menunggu perubahan,
Kami adalah perubahan itu sendiri."
Dengan semangat kolektif dan kepimpinan berteraskan ilmu serta adab, WARDA Perak terus mara dalam saf perjuangan AMANAH, menegakkan kebenaran, mengangkat suara wanita, dan memperjuangkan nasib rakyat dengan adab, integriti dan hikmah.
Tahniah dan terima kasih semua.
Maralah dalam berkat ALLAH !