Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak-LPSA Perak

Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak-LPSA Perak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak-LPSA Perak, Government Organization, Aras 4, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, IPOH Darul Ridzuan, Ipoh.

LPSA Perak ialah badan kawal selia yang diperuntukkan kuasa di bawah Enakmen Sumber Air Perak 2023, untuk mengurus sumber air secara bersepadu melalui mekanisme pelesenan dan penguatkuasaan.

β€œSumber Air Terpelihara, Masa Depan Terjaga”

πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ”Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniahKEBAWAH DULI YANG MAHA MULIASERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PER...
01/06/2026

πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ”
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
SULTAN IBRAHIM

sempena
Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku

pada
1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

sembah takzim daripada,
Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak.


✨πŸͺ· SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK 2026  πŸͺ·βœ¨Selamat Hari Wesak diucapkan kepada seluruh masyarakat yang beragama Buddha di M...
31/05/2026

✨πŸͺ· SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK 2026 πŸͺ·βœ¨

Selamat Hari Wesak diucapkan kepada seluruh masyarakat yang beragama Buddha di Malaysia.
Semoga ianya ini disambut dengan penuh ketenangan, kebahagiaan dan membawa kebaikkan kepada semua yang meraikannya.

Mudah-mudahan dengan kepelbagaian budaya, kepercayaan dan semangat saling menghormati akan terus menjadi asas perpaduan rakyat Malaysia.

Ikhlas daripada,
Pengarah dan seluruh warga kerja LPSA Perak


π’π€π‹π€πŒ π€πˆπƒπˆπ‹π€πƒπ‡π€ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡ / πŸπŸŽπŸπŸ”Salam Aidiladha diucapkan kepada seluruh umat Islam yang menyambut perayaan ini. Aidiladha b...
26/05/2026

π’π€π‹π€πŒ π€πˆπƒπˆπ‹π€πƒπ‡π€ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡ / πŸπŸŽπŸπŸ”

Salam Aidiladha diucapkan kepada seluruh umat Islam yang menyambut perayaan ini.

Aidiladha bukanlah hanya sekadar sambutan ibadah korban. Ianya juga merupakan lambang ketaatan, keikhlasan dan pengorbanan yang tinggi dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab.

Semoga semangat pengorbanan dan nilai murni yang dizahirkan melalui sambutan Aidiladha ini dapat memperkukuhkan hubungan silaturahim, menyemai sifat prihatin dan saling membantu serta membentuk masyarakat yang lebih bersatu, harmoni dan sejahtera.

Ikhlas daripada,
Pengarah dan warga kerja LPSA Perak.


πŸ“£ π—›π—˜π—•π—”π—›π—”π—‘ π—žπ—˜π—£π—¨π—§π—¨π—¦π—”π—‘ π—¦π—˜π—•π—¨π—§ 𝗛𝗔π—₯π—šπ—” ✨KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA SEBUT HARGA BIL.1/2026Nombor Sebut Harga : LPSA/SH/ICT...
22/05/2026

πŸ“£ π—›π—˜π—•π—”π—›π—”π—‘ π—žπ—˜π—£π—¨π—§π—¨π—¦π—”π—‘ π—¦π—˜π—•π—¨π—§ 𝗛𝗔π—₯π—šπ—” ✨

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA SEBUT HARGA BIL.1/2026
Nombor Sebut Harga : LPSA/SH/ICT/2026/01

Perkhidmatan Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mentauliah, Menyokong dan Menyelenggara 31 Unit Komputer Standard dan 12 Unit Komputer High End Secara Sewaan Selama 36 Bulan untuk Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak.

Mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak memutuskan penyebut harga yang layak bagi sebut harga tersebut adalah seperti berikut:

Keputusan Jawatankuasa adalah Muktamad.

BENGKEL PENGABSTRAKAN AIR PERMUKAAN BERSAMA TNB JANAMANJUNG DAN TNB MANJUNG FIVEIPOH, 11 Mei 2026 - Lembaga Pengurusan S...
11/05/2026

BENGKEL PENGABSTRAKAN AIR PERMUKAAN BERSAMA TNB JANAMANJUNG DAN TNB MANJUNG FIVE

IPOH, 11 Mei 2026 - Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak (LPSA Perak) telah mengadakan Bengkel Pengabstrakan Air Permukaan bersama pihak TNB Janamanjung Sdn. Bhd. (TNBJ) dan TNB Manjung Five Sdn. Bhd. (TNBM5) bagi membincangkan perkara berkaitan pengurusan dan pelesenan pengambilan air permukaan yang melibatkan operasi stesen janakuasa di Manjung, bertempat di Riverfront Hotel & Suites, Ipoh, hari ini.

Bengkel ini diadakan sebagai platform penyelarasan teknikal dan operasi susulan lawatan tapak yang telah dilaksanakan sebelum ini bagi meneliti proses pengabstrakan air, keperluan penggunaan air mentah serta kaedah pengiraan kapasiti pengabstrakan air yang digunapakai oleh pihak TNB.

Antara fokus utama perbincangan tersebut adalah prosedur pengeluaran lesen pengabstrakan air permukaan, pengesahan kaedah pengiraan kapasiti pengambilan air, tatacara pembayaran berkaitan pengabstrakan air dan penetapan garis masa serta kitaran pembayaran yang bersesuaian antara pihak LPSA Perak dan TNB.

Pengarah LPSA Perak, YBrs. Puan Siti Azura binti Haji Juki di dalam ucaptamanya berkata, penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan LPSA Perak dalam memperkukuhkan tadbir urus sumber air negeri melalui pendekatan kerjasama strategik bersama pihak industri, khususnya sektor tenaga yang memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negeri dan negara.

Telah hadir pada bengkel tersebut ialah YBrs. Ir. Ts. Ahmad Afzainizam bin Mokhtar, Pengarah Urusan TNBJ serta pegawai-pegawai daripada syarikat TNBJ danTNBM5. Turut hadir bersama ialah wakil daripada Pejabat Kewangan Negeri Perak, Encik Hafizul bin Ismail, Penolong Pegawai Kewangan Negeri.

LPSA Perak turut merakamkan penghargaan kepada pihak TNBJ dan TNBM5 atas kerjasama erat dan komitmen yang diberikan semasa bengkel ini demi memastikan pengurusan sumber air negeri dapat dilaksanakan secara mampan, cekap dan berintegriti.

"Sumber Air Terpelihara, Masa Depan Terjaga"


SELAMAT HARI IBU 2026Di sebalik senyuman seorang ibu, tersimpan seribu pengorbanan yang sering tidak terlihat dan tidak ...
10/05/2026

SELAMAT HARI IBU 2026

Di sebalik senyuman seorang ibu, tersimpan seribu pengorbanan yang sering tidak terlihat dan tidak terungkap dengan kata-kata.

Terima kasih atas setiap doa yang tidak pernah putus, kasih sayang yang tidak pernah berkurang dan pengorbanan yang tiada penghujungnya.

Selamat Hari Ibu diucapkan kepada semua wanita hebat yang bergelar ibu.
Semoga setiap pengorbanan dibalas dengan kebahagiaan, kesihatan yang baik dan kasih sayang yang berpanjangan. πŸ’β€οΈ

Ikhlas daripada,
Pengarah dan seluruh warga kerja LPSA Perak.


06/05/2026
Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026Di sebalik setiap kejayaan, ada pengorbanan yang tidak terlihat, ada lelah yang disem...
01/05/2026

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026

Di sebalik setiap kejayaan, ada pengorbanan yang tidak terlihat, ada lelah yang disembunyikan dan ada harapan yang terus dipertahankan. Pekerjaan bukan sekadar tanggungjawab tetapi satu perjalanan membina makna, maruah dan masa depan.

Walau sekecil mana usaha yang telah dilakukan, ianya tetap bernilai dan membawa keberkatan. Teruslah melangkah, kerana setiap titik keringat adalah merupakan bukti perjuangan yang tidak sia-sia.

Selamat Hari Pekerja 2026,
ikhlas daripada Pengarah dan seluruh warga LPSA Perak.


Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin ✨✨Semoga Syawal kali ini membawa sinar kegembiraan, kesyuku...
20/03/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin ✨✨

Semoga Syawal kali ini membawa sinar kegembiraan, kesyukuran dan kedamaian dalam setiap langkah kehidupan.

Moga hubungan yang terjalin terus mekar, dan segala kesilapan lalu dimaafkan dengan hati yang ikhlas. πŸŒ™

Ikhlas daripada,
Pengarah dan seluruh warga LPSA Perak


10/03/2026

[VIDEO RANGKUMAN]

Dikongsikan video rangkuman lawatan ke Loji Rawatan Air Sauk dan di sekitar jajaran hulu Sungai Sauk yang diadakan semalam.

β€œSumber Air Terpelihara, Masa Depan Terjaga”


Address

Aras 4, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, IPOH Darul Ridzuan
Ipoh
30000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak-LPSA Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share