Keadilan Bukit Gantang

Keadilan Bukit Gantang LAMAN RASMI SESI 2025-2028

05/06/2026

5hb Jun 2026

Alhamdulillah, minggu lepas saya sekali lagi hadir ke Kampung Menteri, Kuala Sepetang, untuk melihat sendiri penyiapan kerja membaikpulih bumbung rumah selain bertanya khabar akan perkembangan kesihatan terkini Kak Noraisyah Binti Ismail seorang pesakit kanser yang kini terlantar di rumah dan masih dalam proses rawatan di hospital.

Ketika melangkah masuk ke rumah Kak Noraisyah dalam sesi kunjungan Ziarah Kasih pada awal bulan lalu, perasaan saya menjadi hiba dan sayu melihat kedaifan rumah yang didiami oleh beliau sekeluarga, ditambah p**a dengan keadaan kesihatan Kak Noraisyah yang menanggung derita penyakit kanser sejak beberapa bulan yang lalu.

Lantas usai sesi Ziarah Kasih ketika itu, saya terus berbincang dengan Team Pejabat Pusat Khidmat untuk mengambil inisiatif segera menggunakan duit peribadi saya bagi memulakan kerja-kerja membaikpulih bumbung rumah agar suasana kediaman dalam rumah yang sempit dapat dilapangkan selain mampu mengalirkan pengudaraan yang lebih baik di dalam rumah.

Alhamdulillah, difahamkan 2 minggu yang lalu kerja-kerja membaikpulih bumbung rumah telah siap sempurna dilaksanakan yang mengambil tempoh beberapa hari juga untuk disiapkan.

Melihat senyuman yang terukir di wajah Kak Noraisyah dan suaminya ketika kunjungan kami kali ini, nyata memberikan dukungan semangat untuk kami terus bekerja membantu warga Dun Kuala Sepetang yang memerlukan.

Terima Kasih juga kepada Saudara Halim Ketua Ranting Keadilan Kampung Menteri yang mengatur kunjungan ini.

Mohd Khairol Iwan Bin Mat Khairi
Pegawai Khas Yab MB Perak
Dun Kuala Sepetang,
Ketua Cabang
Keadilan Bukit Gantang


3hb Jun 2026Saya mulakan jadual pada hari ini dengan melaksanakan sesi Kunjungan Hormat Pejabat Pegawai Khas Yab MB Pera...
05/06/2026

3hb Jun 2026

Saya mulakan jadual pada hari ini dengan melaksanakan sesi Kunjungan Hormat Pejabat Pegawai Khas Yab MB Perak Dun Kuala Sepetang kepada Tuan Mohamed Akmal Bin Dahalan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping bagi mengukuhkan hubungan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam usaha memperkasa pembangunan kawasan serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Pertemuan ini memberi ruang untuk bertukar pandangan dan membincangkan pelbagai isu berkaitan pembangunan infrastruktur, kebersihan, kemudahan awam, landskap bandar serta keperluan rakyat di kawasan Dun Kuala Sepetang. Turut dibincangkan beberapa cadangan dan inisiatif yang berpotensi dilaksanakan secara bersama demi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan kepada penduduk.

Semoga jalinan kerjasama erat antara pihak Pejabat Pegawai Khas Yab MB Perak Dun Kuala Sepetang dan Majlis Perbandaran Taiping dapat terus diperkukuh bagi merealisasikan agenda pembangunan yang mampan, inklusif dan memberi manfaat kepada seluruh warga Dun Kuala Sepetang khususnya dan Parlimen Bukit Gantang secara amnya.

Mohd Khairol Iwan Bin Mat Khairi
Pegawai Khas Yab MB Perak
Dun Kuala Sepetang,
Ketua Cabang
Keadilan Bukit Gantang


4hb Jun 2026Sumbangan sambung belajar kepada anak-anak di sekitar DUN Kuala Sepetang.Keempat kepada adik Mohamad Haffizu...
04/06/2026

4hb Jun 2026

Sumbangan sambung belajar kepada anak-anak di sekitar DUN Kuala Sepetang.

Keempat kepada adik Mohamad Haffizudin Sahabaludin dari Kampung Bendang Siam yang menyambut pengajian ke Tingkatan Enam.
Kelima kepada adik Muhammad Syazwan Mohammad Shafie dari Taman Palma yang melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi.
Keenam kepada adik Mior Muhammad Hazim Mior Helmi dari Kampung Paya Baru yang melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma Vokasional Malaysia.

Didoakan semoga mereka semua terus berjaya dalam pelajaran.

Mohd Khairol Iwan Bin Mat Khairi
Pegawai Khas YAB Menteri Besar Perak
DUN Kuala Sepetang,
Ketua Cabang
Keadilan Bukit Gantang



4hb Jun 2026Sumbangan sambung belajar kepada anak-anak di sekitar DUN Kuala Sepetang.Pertama kepada adik Nur Batrisya Mo...
04/06/2026

4hb Jun 2026

Sumbangan sambung belajar kepada anak-anak di sekitar DUN Kuala Sepetang.

Pertama kepada adik Nur Batrisya Mohd Azizun dari Kampung Senduk Batu 8 yang melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma di Kolej Vokasional.
Kedua kepada adik Muhammad Haikal Danish Zaini dari Taman Berkat yang melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Teknologi Mara, Permatang Pauh.
Ketiga kepada adik Nur Haziqah Mohd Azizun dari Kampung Senduk yang melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma di Kolej Vokasional.

Didoakan semoga mereka semua terus berjaya dalam pelajaran.

Mohd Khairol Iwan Bin Mat Khairi
Pegawai Khas YAB Menteri Besar Perak
DUN Kuala Sepetang,
Ketua Cabang
Keadilan Bukit Gantang



3hb Jun 2026Rumah kedua p**a, saya dan Team Keadilan Bukit Gantang ke rumah adik Siti Asliana berumur 26 tahun dan seora...
04/06/2026

3hb Jun 2026

Rumah kedua p**a, saya dan Team Keadilan Bukit Gantang ke rumah adik Siti Asliana berumur 26 tahun dan seorang yang OKU.

Saya doakan semoga adik Siti Asliana tabah menghadapi ujian kehidupan dan sentiasa ceria. Saya turut menyumbangkan Kotak Makanan dan sedikit sumbangan tunai .

Program Jelajah kali ini dikelolakan oleh saudara Mohd Taharim Saad, Ketua Ranting Kampung Matang Gelugor dan ditemani saudara Johan Johari Itam, Pengerusi JPKK Kampung Matang Gelugor.

Mohd Khairol Iwan Bin Mat Khairi
Pegawai Khas YAB Menteri Besar Perak
DUN Kuala Sepetang,
Ketua Cabang
Keadilan Bukit Gantang


3hb Jun 2026Sumbangan Kotak Makanan di Kampung India Simpang Halt oleh saudara Diyagaraja Mariagapanthi, Ketua Ranting S...
03/06/2026

3hb Jun 2026

Sumbangan Kotak Makanan di Kampung India Simpang Halt oleh saudara Diyagaraja Mariagapanthi, Ketua Ranting Simpang Halt merangkap Naib 2 Ketua Cabang.

Semoga dengan santunan oleh saudara Diyagaraja kepada masyarakat Simpang Halt memberi kegembiraan dalam menjalani kehidupan.

Mohd Khairol Iwan Bin Mat Khairi
Pegawai Khas YAB Menteri Besar Perak
DUN Kuala Sepetang,
Ketua Cabang
Keadilan Bukit Gantang


3hb Jun 2026Hari ini Program Ziarah Kasih Pegawai Khas Kepada YAB Menteri Besar DUN Kuala Sepetang & Keadilan Bukit Gant...
03/06/2026

3hb Jun 2026

Hari ini Program Ziarah Kasih Pegawai Khas Kepada YAB Menteri Besar DUN Kuala Sepetang & Keadilan Bukit Gantang diteruskan di Kampung Matang Gelugor. Rumah pertama saya menziarahi adik Mohamad Alif Najmi Mat Jamal yang berumur 22 tahun.

Adik Alif menghidapi kanser lidah tahap 4. Beliau jugak merupakan cucu kepada Ketua Ranting saudara Mohd Taharim Saad. Saya doakan semoga adik Alif cepat sembuh dan dipermudah segala urusan mendatang.

Saya turut menyumbangkan kotak makanan dan sedikit sumbangan tunai sebagai tanda keperihatinan saya kepada keluarga ini.

Mohd Khairol Iwan Bin Mat Khairi
Pegawai Khas YAB MB Perak
DUN Kuala Sepetang,
Ketua Cabang
Keadilan Bukit Gantang


03/06/2026

31hb Mei 2026

Malam ini telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Cabang Keadilan Bukit Gantang Bil.12 Sesi 2025-2028 yang menghimpunkan barisan kepimpinan dan ahli jawatankuasa Cabang bagi membincangkan pelbagai agenda penting berkaitan pengurusan, perancangan program, kebajikan ahli serta hala tuju organisasi menuju pilihanraya umum yang akan datang.

Mesyuarat ini menjadi platform untuk bertukar pandangan, menyelaras gerak kerja dan memperkukuhkan kerjasama dalam memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun, berkesan dan memberi impak positif kepada masyarakat.

Dalam mesyuarat malam ini juga saya mengumumkan beberapa perlantikan baru antaranya Saudara Mohd Shahril Bin Othman selaku Setiausaha Pengelola Cabang, Saudari Saadiah Binti Mat Salleh Penolong Setiausaha Pengelola Cabang, Saudara Khairul Azman Bin Ahmad Pengarah Strategi Cabang, dan Mohd Zambri Bin Zainon Biro Sukarelawan Cabang.

Terima kasih diucapkan kepada 32 orang Jawatankuasa Cabang yang hadir atas komitmen, idea dan sumbangan yang diberikan. Semoga segala keputusan serta perancangan yang telah dipersetujui dapat direalisasikan dengan jayanya demi mencapai matlamat dan aspirasi bersama.

Mohd Khairol Iwan Bin Mat Khairi
Ketua Cabang
Keadilan Bukit Gantang


3hb Jun 2026Sumbangan Kotak Makanan di Kampung Menteri oleh Ketua Ranting Kampung Menteri saudara Abd Halim Shaari.Semog...
03/06/2026

3hb Jun 2026

Sumbangan Kotak Makanan di Kampung Menteri oleh Ketua Ranting Kampung Menteri saudara Abd Halim Shaari.

Semoga dengan sumbangan Kotak Makanan ini dapat meringankan beban kos barangan dapur.

Mohd Khairol Iwan Bin Mat Khairi
Pegawai Khas YAB Menteri Besar Perak
DUN Kuala Sepetang,
Ketua Cabang
Keadilan Bukit Gantang


Address

292 Jalan Sultan Idris Shah
Ipoh
31400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Keadilan Bukit Gantang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share