03/06/2026
๐๐๐ฆ๐๐๐๐ง๐๐ก ๐๐ช๐๐ ๐๐จ๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ก๐ ๐ ๐๐ช๐๐: ๐๐๐ก๐ง๐๐๐๐ก ๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐๐ฃ ๐ฃ๐๐ ๐ข๐ง๐ข๐ก๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ก๐๐๐ช๐๐ก ๐๐๐
Kenyataan bersama | 3 Jun 2026
Jawatankuasa Kempen Selamatkan Sistem Kesihatan Awam memandang serius cadangan pemotongan peruntukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga RM4.65 bilion bagi tahun 2026.
Walaupun Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa sektor kesihatan dan pendidikan tidak akan terjejas, pemotongan sebesar ini tetap menimbulkan kebimbangan besar terhadap masa depan sistem kesihatan awam negara yang sememangnya telah lama mengalami kekurangan dana, tenaga kerja, fasiliti dan peralatan asas.
Kerajaan menyatakan bahawa langkah penjimatan ini melibatkan โperbelanjaan berlebihanโ seperti kursus luar negara, acara di hotel mewah dan projek pembangunan yang melampaui keperluan sebenar.
Namun begitu, kami sukar mempercayai bahawa jumlah perbelanjaan sedemikian boleh mencecah sehingga RM4.65 bilion.
Oleh itu, kerajaan perlu mengemukakan pecahan terperinci dan telus mengenai bentuk pemotongan yang dicadangkan, termasuk kategori perbelanjaan yang terlibat dan jumlah penjimatan bagi setiap kategori.
Ketelusan amat penting supaya alasan โpenjimatanโ tidak dijadikan asas untuk mengurangkan perkhidmatan awam yang penting kepada rakyat.
Kami juga menegaskan bahawa sebarang penjimatan yang diperoleh kerajaan mesti disalurkan semula kepada sektor perkhidmatan asas seperti kesihatan dan pendidikan, bukannya dikeluarkan daripada sektor tersebut.
Sistem kesihatan awam negara memerlukan pelaburan yang lebih besar, bukannya pengurangan peruntukan.
Malaysia sendiri masih membelanjakan jumlah yang rendah untuk kesihatan awam berbanding keperluan sebenar rakyat, sedangkan pelbagai pihak termasuklah kami telah lama mencadangkan agar peruntukan kesihatan awam ditingkatkan sekurang-kurangnya kepada 5% daripada KDNK.
Kami turut membantah sebarang pengurangan peruntukan kepada hospital universiti. Kenaikan caj sehingga 233% oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 1 Januari tahun lalu telah memberi tekanan besar kepada rakyat yang memerlukan rawatan pada kos yang munasabah.
Hospital universiti memainkan peranan penting sebagai alternatif yang lebih murah berbanding hospital swasta, khususnya di kawasan bandar.
Oleh itu, kenaikan caj hospital universiti perlu dibekukan sehingga kerajaan mampu menyediakan alternatif hospital awam yang mencukupi di kawasan terlibat.
Dalam masa yang sama, kerajaan seharusnya mempertimbangkan peningkatan cukai terhadap hospital swasta yang meraih keuntungan besar daripada industri pelancongan perubatan. Pulau Pinang sahaja merekodkan lebih 527,000 pesakit asing pada tahun 2025 dengan hasil melebihi RM1.1 bilion.
Ketika hospital kerajaan berdepan kekurangan dana dan kakitangan, sektor swasta p**a terus menikmati keuntungan besar.
Adalah munasabah untuk kerajaan memperkenalkan cukai atau levi khas terhadap keuntungan pelancongan perubatan dan menyalurkan hasil tersebut kepada sistem kesihatan awam.
Kami juga menegaskan bahawa langkah austeriti dan penjimatan negara mesti bermula daripada golongan atasan politik dan elit ekonomi, bukannya dengan mengurangkan peruntukan sektor awam yang memberi perkhidmatan kepada rakyat biasa.
Pengurangan pembaziran, projek mega yang tidak mendesak, perbelanjaan mewah kerajaan serta ketirisan institusi harus diberi keutamaan sebelum sebarang pemotongan dilakukan terhadap sektor kesihatan dan pendidikan.
Jawatankuasa Kempen Selamatkan Sistem Kesihatan Awam menyeru kerajaan supaya menarik balik cadangan pemotongan besar terhadap KKM dan memastikan sistem kesihatan awam negara diperkukuhkan demi kepentingan rakyat.
๐๐ถ๐๐ผ๐ธ๐ผ๐ป๐ด ๐ผ๐น๐ฒ๐ต:
๐ข๐ฟ๐ด๐ฎ๐ป๐ถ๐๐ฎ๐๐ถ
Agora Society Malaysia
Aliran
Angkatan Kesatuan Siswa Sosialis (AKSI)
Care for Older Persons in Malaysia
CCM Malaysia
Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4 Centre)
Citizens' Health Initiative
Consumers' Association of Penang (CAP)
Gabungan Marhaen
Greenpeace
Health Equity Initiatives
Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (HARAM)
Independent Advocate and Activist of Access Affordable.Medicine Malaysia (AAMM)
ISLAH
Islamic Renaissance Front
Jaringan Kg Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM)
Jawatankuasa Hak Sivil KLSCAH (KLSCAH-CRC)
JEJAKA
Johor Indian Innovation Hub
Justice for Sisters
Karunjattai Ilaingar Padai
Klima Action Malaysia (KAMY)
Kolektif Iklim
Kolektif Mahasiswa UiTM (KMUiTM)
Life Under Umbrella
Liga Mahasiswa Malaysia
Movement for Change, Sarawak (MoCS)
North South Initiative
Oriental Hearts and Mind Study Institute
Parti MUDA
Parti Rakyat Malaysia
Parti Sosialis Malaysia
Pemuda Sosialis
Persahabatan Semparuthi
Persatuan Kebudayaan dan Sosial India Bandar Baru Kangkar Pulai
Persatuan Penduduk Jalan Papan, Pandamaran
Persatuan Sahabat Wanita Selangor
Pertubuhan Kebajikan Ar Riqab Kuala Lumpur
Pertubuhan SiraguGal
Positive Malaysian Treatment Access & Advocacy Group (MTAAG+)
PT Foundation
Reproductive Rights Advocacy Alliance Malaysia (RRAAM)
Ruang Lawan Malaysia
Rumah Rakan Islah
Rural Malaysia
Sahabat Alam Malaysia
Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
SEED Malaysia
Seovangers
Suara Siswa UiTM
Support Each Other
Tanjong Bungah Residents' Association Penang (TBRA)
Tenaganita
The Global Funds
Third World Network
Treat Every Environment Special (TrEES)
Undi18
Urimai
Victory de home
Women 4 Women
Womenโs Aid Organisation
Women for Equality Association (WEA)
Zero Waste Sabah
๐๐ป๐ฑ๐ถ๐๐ถ๐ฑ๐
Ahmad Kamar Pilos
Bakhtiar Bin Majid
Chee Heng Leng
Laodedo Mohammad Akmal Bin Laodedo Doro
S. Munirah Alatas, Ph.D.
Baca kenyataan penuh di Sosialis: https://sosialis.net/2026/06/03/kerajaan-harus-tarik-balik-pemotongan-perbelanjaan-kesihatan-awam/
Tandatangan petisyen Selamatkan Sistem Kesihatan Awam: https://www.change.org/p/selamatkan-sistem-kesihatan-awam-jangan-wujudkan-dua-darjat-dalam-sistem-kesihatan