Balai Polis Pekan Baru Ipoh Perak

Balai Polis Pekan Baru Ipoh Perak New Town Cops

16/04/2026
PANGGIL NAMA KPB & MAJLIS PERPISAHAN ANGGOTA BALAI14/04/2026 - Taklimat Panggil Nama KPB bersama anggota balai dan Majli...
14/04/2026

PANGGIL NAMA KPB & MAJLIS PERPISAHAN ANGGOTA BALAI

14/04/2026 - Taklimat Panggil Nama KPB bersama anggota balai dan Majlis Perpisahan telah diadakan di Balai Polis Pekan Baru dalam suasana penuh mesra dan sederhana.

Majlis dimulakan dengan sesi taklimat bersama Ketua Polis Balai Pekan Baru, Insp Mohd Zulhafiz, sebelum diteruskan dengan Majlis Perpisahan bagi meraikan Sjn Mohd Ridzuan atas segala jasa dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di balai ini.

Turut hadir warga balai yang sama-sama memberikan penghargaan serta mengiringi beliau dengan doa dan ucapan terbaik sebelum bertugas di tempat baharu.

Pihak Balai Polis Pekan Baru merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Sjn Mohd Ridzuan atas sumbangan yang telah diberikan semasa bertugas di Balai Polis Pekan Baru.

“Jasamu dikenang, budimu disanjung.”

📢 Jom Follow TikTok Rasmi Balai Polis Pekan BaruOrang ramai dijemput untuk mengikuti akaun TikTok rasmi Balai Polis Peka...
02/04/2026

📢 Jom Follow TikTok Rasmi Balai Polis Pekan Baru

Orang ramai dijemput untuk mengikuti akaun TikTok rasmi Balai Polis Pekan Baru bagi mendapatkan maklumat terkini, aktiviti balai serta perkongsian berkaitan keselamatan dan pencegahan jenayah.

👉 Follow kami di TikTok: [https://www.tiktok.com/.town.cops?_r=1&_t=ZS-95C8NgqFwzV]

Sokongan dan follow daripada anda semua amat dihargai bagi mengeratkan hubungan antara polis dan komuniti.

.town.cops 6 Followers, 1 Following, 0 Likes - Watch awesome short videos created by NEW TOWN COPS

20/03/2026

Ketua Polis Balai, Insp. Mohd Zulhafiz, bersama seluruh warga Balai Polis Pekan Bharu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua muslimin dan muslimat.

Semoga Aidilfitri yang mulia ini membawa keberkatan, kegembiraan serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita. Dalam kegembiraan menyambut Syawal, marilah kita bersama-sama mengutamakan keselamatan dan keharmonian masyarakat.

Ikhlas daripada
KPB dan seluruh warga Balai Polis Pekan Bharu

AKTIVITI GOTONG-ROYONG MEMASAK RENDANG AYAM, LEMANG DAN AYAM PANSUH SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI19 Mac 2026 – W...
20/03/2026

AKTIVITI GOTONG-ROYONG MEMASAK RENDANG AYAM, LEMANG DAN AYAM PANSUH SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

19 Mac 2026 – Warga Balai Polis Pekan Baru telah mengadakan aktiviti gotong-royong memasak rendang ayam, lemang dan ayam pansuh sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Turut hadir memeriahkan aktiviti tersebut ialah Ketua Polis Balai, Insp Mohd Zulhafiz bersama anggota balai yang sama-sama berganding bahu menyediakan juadah dalam suasana penuh semangat kerjasama dan kekeluargaan.

Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga balai, malah memupuk semangat bekerjasama dan muafakat.

Semoga aktiviti seperti ini dapat terus mengeratkan hubungan serta menyemarakkan lagi semangat kebersamaan dalam kalangan warga Balai Polis Pekan Baru dalam menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang. 🌙✨

MAJLIS IFTAR WARGA BALAI POLIS PEKAN BHARU14 Mac 2026 – Telah berlangsung Majlis Iftar Warga Balai Polis Pekan Bharu yan...
14/03/2026

MAJLIS IFTAR WARGA BALAI POLIS PEKAN BHARU

14 Mac 2026 – Telah berlangsung Majlis Iftar Warga Balai Polis Pekan Bharu yang diadakan di Miker Signature dengan kehadiran Ketua Polis Balai Insp. Mohd Zulhafiz, Timbalan Ketua Polis Balai SM Azman, serta anggota Balai Polis Pekan Bharu bersama ahli keluarga masing-masing.

Majlis ini diadakan bersempena bulan Ramadan sebagai medium untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat kekeluargaan dalam kalangan warga Balai Polis Pekan Bharu. Selain itu, ia juga menjadi platform bagi mengukuhkan kerjasama serta kebersamaan antara pegawai, anggota dan keluarga dalam suasana yang penuh mesra dan harmoni.

Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuhkan lagi ukhuwah serta semangat kebersamaan dalam kalangan warga PDRM.


TANGKAPAN DI BAWAH SEKSYEN 39B AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 DAN SEKSYEN 39A(1) AKTA DADAH BERBAHAYA 195210 Mac 2026 – Sepas...
10/03/2026

TANGKAPAN DI BAWAH SEKSYEN 39B AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 DAN SEKSYEN 39A(1) AKTA DADAH BERBAHAYA 1952

10 Mac 2026 – Sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah Khas yang diketuai oleh Ketua Polis Balai, Insp Mohd Zulhafiz, dari Balai Polis Pekan Bharu telah berjaya menahan seorang lelaki tempatan serta merampas dadah disyaki jenis he**in dan methamphetamine dalam satu serbuan di Kampung Kuchai, Ipoh.

Suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Pekan Bharu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pihak polis akan terus komited dalam membanteras kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah demi memastikan keselamatan serta kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.

TANGKAPAN KES MENDATANGKAN KECEDERAAN (SEKSYEN 324 KANUN KESEKSAAN)8 Mac 2026 – Sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah (R...
08/03/2026

TANGKAPAN KES MENDATANGKAN KECEDERAAN (SEKSYEN 324 KANUN KESEKSAAN)

8 Mac 2026 – Sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah (RCJ) dari Balai Polis Pekan Bharu telah membuat tangkapan terhadap seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian pergaduhan menggunakan senjata pisau di Jalan Foo Yit Kai, Ipoh.

Tangkapan dibuat selepas pihak polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai pergaduhan melibatkan dua lelaki. Hasil tindakan pantas anggota polis yang berada di lokasi, seorang suspek berjaya ditahan dan sebilah pisau turut dirampas.

Mangsa seorang lelaki warga tempatan telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Suspek telah ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata dan telah serah kepada Pegawai Penyiasat untuk tindakan selanjutnya.


Program Singgah Sahur Bersama Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI)Pada 27 Februari 2026 telah berlangsung P...
28/02/2026

Program Singgah Sahur Bersama Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI)

Pada 27 Februari 2026 telah berlangsung Program Singgah Sahur anjuran Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) bertempat di Balai Polis Pekan Bharu. Program ini turut dihadiri oleh wakil SSI iaitu En. Zulkefli bin Abdullah (Pegawai Eksekutif SSI Kerajaan Negeri Perak). Manakala wakil Balai Polis Pekan Bharu terdiri daripada Insp. Mohd Zulhafiz (Ketua Polis Balai Pekan Bharu), SM Azman (Timbalan Ketua Polis Balai Pekan Bharu) serta anggota Balai Pekan Bharu.

Program ini bertujuan merapatkan hubungan PDRM bersama agensi luar serta menunjukkan keprihatinan kepada petugas yang bertugas. Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar.

Terima kasih atas kerjasama semua pihak.

Ingat buka tingkap sikit tu 'life hack' selamat? Silap besar, Tuan-tuan dan Sis sekalian. Itu bukan lubang udara, itu lu...
19/02/2026

Ingat buka tingkap sikit tu 'life hack' selamat? Silap besar, Tuan-tuan dan Sis sekalian. Itu bukan lubang udara, itu lubang maut.

Ramai ingat kalau tidur dalam kereta, engine terpasang, aircond buka, buka tingkap sikit, oksigen boleh masuk, gas jahat boleh keluar.

Realitinya?

Gas Karbon Monoksida (CO) dari ekzos tu sejenis 'ninja'. Dia tak ada bau, tak ada warna, tak ada rasa.

Masalahnya, gas CO ni 'jahat'. Dia akan 'ikat' sel darah merah awak 200 KALI ganda lebih kuat berbanding oksigen!

Bila dia dah masuk, oksigen tak dapat tempat. Otak dengan jantung awak perlahan-lahan 'lemas' tanpa awak sedar.

Mula-mula rasa pening lalat, lepas tu mengantuk yang amat sangat... dan akhirnya, tidur terus tak bangun-bangun.

Janganlah perjudikan nyawa sebab nak jimat duit hotel atau malas cari R&R. Kalau ngantuk sangat, matikan enjin sepenuhnya, cari tempat lapang yang selamat, baru lelap.

Jangan cari pasal dengan pembunuh senyap ni. Nyawa tak ada jual kat kedai spare part.

17/02/2026

KEMPEN RUMAH SELAMAT 2026 IPD IPOH

IPOH, 12 Februari 2026 - Sempena musim cuti dan perayaan, IPD Ipoh menggalakkan orang ramai untuk mengambil langkah proaktif dalam memastikan keselamatan kediaman masing-masing melalui Kempen Rumah Selamat 2026.

Orang ramai yang ingin pulang ke kampung atau bercuti dinasihatkan untuk mengisi borang pemakluman balik kampung di balai polis berhampiran atau membuat pendaftaran secara dalam talian melalui Aplikasi VSP (Volunteer Smartphone Patrol).

📌 Imbas Kod QR pada poster untuk memuat turun aplikasi VSP dengan mudah.

📞 Sebarang pertanyaan atau kecemasan, hubungi Hotline IPD Ipoh:
05-2542222 / 05-2451500 atau balai polis berhampiran.

Keprihatinan anda menjamin keselamatan rumah anda.
Rumah Selamat, Selamat Sampai Destinasi.



16/02/2026

Address

Balai Polis Pekan Baru, Jalan Raja Ekram
Ipoh
30000

Telephone

052549255

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Pekan Baru Ipoh Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Balai Polis Pekan Baru Ipoh Perak:

Share

Category