08/05/2026
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Merujuk kepada isu berkaitan ternakan yang melibatkan antara Institusi Istana dan Kerajaan Negeri serta Pihak Berkepentingan yang sedang menjadi perhatian masyarakat, kami menegaskan bahawa Kerajaan Negeri dan semua pihak hendaklah menghormati serta menjunjung tinggi pendirian dan ketetapan yang dizahirkan oleh Tuanku Sultan selaku Ketua Negeri dan payung kepada rakyat di Negeri.
Sebagai rakyat yang menjunjung prinsip Rukun Negara, khususnya prinsip โKesetiaan Kepada Raja dan Negaraโ, sewajarnya kita menunjukkan sikap hormat, taat dan bertanggungjawab terhadap institusi diraja yang menjadi tonggak kestabilan, perpaduan serta keharmonian negara.
Isu yang menyentuh sensitiviti agama, masyarakat dan kesejahteraan awam hendaklah ditangani dengan penuh hikmah, berlandaskan undang-undang serta semangat perpaduan. Semua pihak diseru agar tidak mengeruhkan keadaan dengan kenyataan berbaur provokasi, fitnah atau sentimen kebencian yang boleh menggugat keharmonian rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini.
Kami percaya bahawa pendekatan terbaik ialah melalui perbincangan yang matang, penghormatan terhadap titah Tuanku selaku Ketua Negeri serta keutamaan kepada kepentingan rakyat dan alam sekitar.
Marilah kita bersama-sama mempertahankan nilai hormat kepada institusi Raja-Raja Melayu, memelihara keamanan negeri dan terus memperkukuhkan semangat cintakan negara demi masa depan Malaysia yang aman dan sejahtera.
โDaulat Tuankuโ
โKesetiaan Kepada Raja dan Negaraโ
HISHAM SAKARNO
KETUA
LAJNAH PENERANGAN DAN MEDIA BARU
PAS KAWASAN IPOH TIMUR
7 MEI 2026